Selamat Datang Musim Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih terhadap pihak pentadbiran seladang.net kerana memberikan kepercayaan kepada saya dan rakan-rakan maya untuk menerajui kandungan bagi laman utama peminat bolasepak Perak ini. Bagi menghadapi musim baru bolasepak Malaysia tidak lama lagi, kami akan memastikan seladang.net akan hadir dengan kandungan yang lebih bernilai, baik dan memberi maklumat bermanfaat kepada semua. Kami akan cuba sedaya upaya bagi memastikan beberapa perubahan utama dapat dilaksanakan untuk memenuhi matlamat penyampaian maklumat berkesan.

Namun usaha murni ini bukan sahaja terletak kepada kami, tetapi kami amat berharap akan menerima sokongan padu daripada semua pembaca dan peminat bolasepak tempatan. Kami amat mengalu-alukan sebarang sumbangan artikel, review dan maklumat terkini perkembangan pasukan Perak khususnya. Jika ada dalam kalangan pembaca yang berminat untuk menyumbangkan artikel berkenaan bolasepak Malaysia, idea anda amat kami hargai.

Semua artikel, review dan maklumat terkini perkembangan pasukan Perak khususnya boleh dihantar kepada saya melalui e-mel giga.rorqual16@gmail.com dan akan diberikan kredit nama penulis masing-masing.

Sekian sahaja buat waktu ini dan nantikan kandungan terbaik bolasepak Perak hanya di seladang.net. :-)

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Selamat Datang Musim Baru

  1. sunrise

    salam...

    Tahniah kepada anda yang telah berjaya dipilih menjadi ADMIN SELADANG DOT NET.cuma pendapat saya kalau boleh tolong gunakan perkataan penyokong jangan gunakan peminat.

    Apa yang saya fahami erti perkataan peminat adalah seseorang yang hanya meminati pasukan ketika sesebuah pasukan ataupun organisasi tersebut ketika berada diatas sahaja bukan ketika pasukan atau organisasi ketika dizaman kejatuhan.

    contoh seperti ketika pasukan Perak berada dikelompok yang hina iaitu ketika ditangga tercorot dibawah pimpinan Coach Raja Azlan,peminat sanggup membiarkan pasukan beraksi dalam suasana yang sunyi dan kesepian.Tetapi yang hadir hanyalah penyokong yang betul betul menyayangi pasukan.

    Contoh yang kedua pula yang saya lihat apabila Seladang dot net tidak lagi mendapat memberi artikel artikel yang diperlukan tiada seorang individu pun sanggup membantu untuk mendapat maklumat untuk pihak admin mengluarkan artikel kepada semua yang melayari laman sesawang ini,lantas semuanya menghilang yang tinggal hanyalah penyokong setia seladangdot net sahaja.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Daniyal Post author

      Terima kasih saudara! Kami faham saudara merupakan penyokong setia pasukan Perak, bolasepak tempatan dan laman seladang.net. Kami di sini amat menghargai sokongan saudara dan menerima dengan positif teguran yang diberikan. Sama-sama kita menghargai pasukan dan bolasepak tempatan.

      Kami juga amat mengalu-alukan jika saudara mempunyai sebarang idea/artikel/ulasan yang mahu dikongsikan boleh menghantarnya kepada alamat yang diberikan.

      Teruskan sokongan dan terima kasih :-)

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.