Pertandingan Mencipta Logo Skuad Seladang

Persatuan Bola Sepak Perak ( Pafa ) menganjurkan pertandingan mencipta logo, slogan, lagu rasmi dan gelaran baru skuad Seladang musim 2012. hadiah wang tunai berjumlah RM8,500 bagi pertandingan

Bagi kategori penciptaan lagu rasmi skuad Seladang tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Pemenang tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 dan RM500 bagi pemenang tempat ketiga.

Manakala untuk kategori penciptaan logo skuad Seladang, rekaan terbaik akan menerima hadiah wang tunai RM1,000 manakala tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM700 dan tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM400.

Selain itu, Pafa menyediakan lima hadiah bagi kategori mencipta slogan skuad Seladang yang mana pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai RM500, tempat kedua akan menerima hadiah wang tunai RM300, tempat ketiga menerima RM200 dan RM150 bagi tempat keempat dan RM100 tempat kelima.

Pafa turut meminta orang ramai mencipta gelaran nama bagi skuad Seladang yang mana pemenang penciptaan gelaran nama terbaik itu akan menerinma hadiah wang tunai RM500.

Pemenang tempat kedua dalam kategori tersebut akan menerima wang tunai RM300, tempat ketiga RM200; tempat keempat RM150 dan tempat kelima RM100.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Padzi Paharuddin memberitahu bahawa pertandingan bagi keempat-empat kategori itu bermula pada minggu lalu sehingga 16 Januari akan datang dan menyeru warga Perak termasuk para penyokong Kejop Yeop Kejor dapat menyertai pertandingan tersebut.

Sila rujuk Pejabat Pafa di 70A, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, Ipoh untuk sebaranh maklumat lanjut.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Pertandingan Mencipta Logo Skuad Seladang

Comments are closed.