Perlawanan Persahabatan – Perak v Sime Darby FC

Pasukan Perak berjaya membenam Sime Darby 3-0 dalam aksi perlawanan persahabatan yang dilangsungkan di Stadium TLDM, Lumut, Perak malam tadi. Gol-gol pasukan Perak dijaringkan oleh penyerang import dari Serbia, Lazar Popovic, Mohd Rafiuddin Roddin dan Mohd Fazrul Hazli Kadri.

Persembahan yang meyakinkan ini memberikan suntikan semangat kepada skuad Seladang untuk mengharungi musim Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi dengan lebih cemerlang.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Perlawanan Persahabatan – Perak v Sime Darby FC

  1. zizou85

    Satu kemenangan meningkatkan moral pemain.
    Cikgu Jan seperti telah memberi bayangan skuad utama sizen hadapan dengan membariskan hampir kesebelasan yang terkuat menentang Sime Darby.

    Sime Darby satu pasukan yang baik setelah menewaskan beberapa pasukan kuat dlm perlawanan persahabatan.

    Dua pemain import menunjukkan aksi yang baik. Popovic bermain secara tenang dan menunjukkan teknikal play yg kemas.

    Kubala nampak masih mencari keserasian dengan permainan yang diterapkan..mempunyai teknikal dan through pass yg bagus..

    Satu ujian perlwann yg baik..harap diteruskan lagi dengan ujian perlwnn seterusnya.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Daniyal Post author

      Terima kasih brader Zizou85 di atas review yang diberikan. Teman ni dekat KL dan mengharapkan kalau ada review penuh perlawanan yang ditulis dapat dihantar ke emel teman giga.rorqual16@gmail.com untuk diletakkan di laman ini. Terima kasih yob! :-)

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.