Perak Pancing Dua Import Eropah

Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi mengesahkan Perak telah menawarkan kontrak dan akan mengikat dua pemain import masing-masing dari Slovakia dan Serbia untuk mengharungi musim baru bolasepak Malaysia.

Dua pemain berkenaan Lazar Popovic, 28 (Serbia) dan Michal Kubala, 31 (Slovakia) dipilih kerana mempunyai mutu permainan berkualiti di samping memiliki ketahanan fizikal yang menarik perhatian barisan kejurulatihan Perak.

Diharapkan kedua-dua pemain baru ini akan memberikan sumbangan bermakna untuk pasukan.

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Perak Pancing Dua Import Eropah

  1. sunrise

    salam....

    Diharapkan dengan kehadiran 2 pemain import tersebut mampu memberi impak yang berguna kepada pasukan,jangan jadi seperti ketika pasukan Perak memiliki pemain import yang tidak berkualiti ketika dibawah pimpinan steve darby iaitu ketiga tiga pemain yang berasal dari negara CHILIE........

    Seandainya pemain pemain import ini tidak berguna kepada pasukan siapakah harus dipersalahkan adakah penyokong ataupun peminat bola sepak Perak?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      bagi saya munoz saja yang tak boleh pakai...tapi Mario Berrios dan Caceres menunjukkan prestasi yang agak baik. terutamanya Caceres yang menjaringkan 25 gol dalam musim pertama...

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam buat kali kedua...

    teman baru dapat lihat wajah pemain import Perak iaitu Michal Kubala yang dilihat dari mata kasar pihak pengurusan Perak kononnya beliau seorang pemain yang berkualiti.

    Persoalan yang teman ingin timbulkan kenapa ketika beliau yang menjalani latihan pemilihan bersama skuad ATM melayakkan beliau ditolak dari mendatangani kontrak bersama pasukan tersebut,adakah kerana terlalu bagus atau adakah kerana terlalu hebat yang setaraf dengan budak budak mentah............

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Daniyal Post author

      Salam yob. Terima kasih di atas komen yang diberikan. Teman fikir mungkin faktor keperluan pasukan masing-masing yang menjadikan proses pemilihan pemain import menjadi berbeza. Pemain yang handal di mata satu pasukan mungkin dianggap tidak diperlukan di dalam melengkapkan satu lagi pasukan lain. Ini pandangan teman. sama-sama kita kongsikan. :-)

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Assalamualaikum...

        Itu pendapat penulis..macamna dengan reality sebenarnya??kita bukan nak degar rumous yang melalut2.realitynya bagaimana???
        tentu mempunyai sebab-akibat.
        logiknya persoalan yang bakal terbit dibir2 kita adekah dia tak sebagus mana sebenarnya??adakah kerana dia tak demand terlalu tinggi??dsb..
        sekadar nak mencukupkan kuota pemain import??

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          juga nak tambah disini,bukan sekadar info,artikel sahaja yang admin SDN perlukan.akan tetapi komen membina juga diperlukan oleh SDN untuk terus relevan dan berdaya maju.Agar tak lapok dihujan,tak lekang dipanas..

          Jazzakallah...Sekian..

          Likes(0)Dislikes(0)
    2. zizou85

      contoh terbaik Chiepeta...Perak rejek, tetapi akhirnya menjadi penyerang yang sangat digeruni di Perlis..Kita lihat dulu prestasi pemain itu nanti...

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. syidi

      Sunrise. Mike ni suka sangat cipta kontrovesi. Realitinya memang macam tu. ATM taste tinggi yob. Deme duit banyak. Kita tengok la nanti macam mana. Relak jangan terburu-buru, liga belum start lagi. Kalau Kubala baca komen ni dia mesti tercabar, teman takut nanti Mike akan telan balik kata-kata mike ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
  3. Daniyal Post author

    Salam Yob. Teman hargai semua komen yang diberikan. Ini semua menandakan sokongan dan pemerhatian jitu masih wujud dan segar dalam kalangan penyokong Perak. Di samping memberi pandangan kita sama-sama meraikan perbedaan pandangan. :-) Teman harapkan yob chuck dapat menyumbangkan pandangan dan artikel tertentu pada masa hadapan. Kami amat mengalu-alukannya.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.