Majlis Perasmian Jersi Baru dan Pemain-Pemain Perak Musim 2012

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk semua Pasukan menghadapi Saingan Liga Malaysia Musim 2012. Oleh yang demikian, Skuad Seladang tidak ketinggalan untuk memperkenalkan barisan pemain bagi musim baru nanti.

Justeru itu, Pihak Persatuan Bola Sepak Perak(PAFA) akan mengadakan Sesi Pengenalan Pemain-Pemain Dan Pegawai Untuk Musim 2012, serta Merasmikan Jersi Pasukan Perak yang baru, butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Tempat: Kediaman Menteri Besar Perak
Tarikh:   02 Januari 2012
Masa:      9.00 Pagi.

Difahamkan, para penyokong boleh turut serta untuk menyaksikan perasmian tersebut. Hebahan mengenainya juga boleh dibaca di laman-laman web/sosial dan akhbar serta boleh didengari di radio-radio terutama Perak FM.

Diharap para Penyokong Skor Yob Skor tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri majlis bersejarah ini dan boleh dikatakan sebagai tradisi Perak setiap tahun sebelum memulakan musim baru Liga Malaysia.

Likes(0)Dislikes(0)