Kerja-Kerja Menyelenggara Stadium Perak, Ipoh

Stadium Ipoh terpaksa ditutup sehingga 31 Disember 2011. Dengan ini mungkin persoalan yang berlegar difikiran sesetengah pihak mengapa Perak berlatih dan sering mengadakan perlawanan persahabatan di luar.

Untuk pengetahuan para penyokong, di mana pengurusan stadium terpaksa melakukan semua perubahan dari segi faktor lampu limpah dan garisan garisan yang berada diatas padang termasuk mengubah kedudukan tiang gol yang selama ini tidak megikuti specifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak FAM.

Jelas sekali FAM ingin melakukan yang terbaik pada musim hadapan, agar Liga Malaysia musim hadapan berada di kelas yang tersendiri dan melakukan penambahbaikan dalam memastikan mutu bolasepak Malaysia berada di tahap yang terbaik.

Persoalan yang mungkin timbul, apakah selama ini stadium Ipoh tidak mengikuti specifikasi yang telah ditetapkan,walhal di stadium itu pernah menganjurkan perbagai kejohanan termasuk di peringkat AFC. Apakah hanya Stadium Ipoh sahaja yang tidak memiliki specifikasi yang ditetapkan.

Atau, selama ini Stadium Ipoh hanya memenuhi syarat minimum FIFA yang hanya membolehkan ianya digunakan untuk perlawanan yang bertaraf tempatan?

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Kerja-Kerja Menyelenggara Stadium Perak, Ipoh

  1. ausbos

    jika benar stadium Perak Ipoh akan ditutup sehingga 31 Disember 2012 maka game season depan team perak akan main diluar la ya...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscout

    Tahun lepas masalah lampu, tahun ini masalah lampu, duit dah keluar berjuta juta tapi masalah sama masih berulang, dan kenapa pula PAFA perlu tanggung sedangkan stadium milik Majlis Bandaraya Ipoh? selain itu tandas yang kurang memuaskan selain dari surau yang menggunakan 'plywood' tidak pula dinaiktarafkan?

    Kehangatan Liga 2012 turut dicacatkan dengan langkah MBI yang terus memungut yuran bagi setiap kenderaan yang parking dalam kawasan tempat letak kereta Stadium walaupun harga tiket telah naik bagi musim hadapan. kamu semua fikirkanlah rasionalnya itu!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    salam...

    Teman setuju sangat sangat dengan komen Yobscout,

    Dimana stadium ibarat rumah setinggan di tengah kotaraya,keadaan tandas yang uzur,tidak berpintu,tidak berlampu,berbau busuk,keadaan surau pula tak ubah seperti tempat untu orang merempat,keadaan padang yang terlalu uzur ini boleh memalukan negeri dan menjejasan nama baik negara.

    Keadaan lampu limpah yang tidak mengikuti sepecifikasi disebabkan kabel kabel yang ada tidak bertukar ganti.bukan itu sahaja malah apabila hujan dibawah banir bagaikan hujan seminggu yang tidak berhenti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.