Jadual Perlawanan Piala FA 2012 – Pusingan Pertama (18 Februari 2012)

Perak bakal berdepan cabaran hebat pada perlawanan pusingan pertama Piala FA 2012 apabila diundi bertemu dengan pasukan yang mendapat jolokan ‘Manchester City’ Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Seperti yang sudah dimaklumi, ATM pada musim ini walaupun beraksi di dalam kancah Liga Perdana, tetapi berjaya diperkuatkan dengan kehadiran bintang-bintang utama bolasepak tempatan seperti Hairudin Omar, Zaquan Adha, Aidil Zafuan, Azmi Muslim dan penyerang import yang pernah membantu Kedah muncul juara ‘treble’ dua musim berturut-turut, Marlon Alex James. Namun begitu, Perak dilihat mempunyai kekuatan tersendiri untuk memusnahkan harapan ATM untuk mencipta kejutan.

Perlawanan ini diramalkan menjadi  perlawananan tumpuan dan sama-sama kita memberi sokongan padu kepada skuad Seladang!

Senarai perlawanan lain

Terengganu v PDRM

Perak v ATM

UiTM v Lions XI

Betaria FC v Melaka

Pos Malaysia v USM FC

Sime Darby v Sabah

Negeri Sembilan v Johor FC

Shahzan Muda v Selangor

Kelantan v Sarawak

Kuala Lumpur v MP Muar

Harimau Muda B v Pulau Pinang

KL SPA v MBJB FC

Kedah v PKNS

SDM v Perlis

Johor v T-Team

Pahang v Felda United

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Jadual Perlawanan Piala FA 2012 – Pusingan Pertama (18 Februari 2012)

  1. sunrise

    salam..

    semoga pasukan Perak tidak akan dimalukan dan mencatat rekod buat pertama kali gagal layak ke pusingan kedua saingan Piala FA edisi kali ini.

    Diatas kertas sememangnya pasukan ATM tidak akan menghadapi masalah untuk menang keatas pasukan Perak, namun begitu bukanlah bermakna pemain pemain pasukan Perak boleh terus mengaku kalah sebelum bermulanya perlawanan itu .

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Salam..

      Dah ade import takkan kalah lagi??sibok sangat nak guna awang import..dahtu amek ntah sape2 ntah..nak kata track record cemerlang..tak taula teman..bese2jer rasanya.anak jati tempatan cukuplah wehh..Bajet yang ader tu salurkan untuk pembangunan bola sepak Perak.Kita sedia maklum perkembangan bola sepak Perak ni dah mula kelam...

      Diharapkan soal gaji tertunggak dsb tak timbul lagi..sebab kita sedia maklum,kesannya cukup perit untuk kita telan.Yang jadi mangsa dah tentu player2 selain penyokong2ni..

      salam Qaulan..

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.