Ada pihak pertikai pengambilan awang import dari Serbia

Terdapat dakwaan sesetengah pihak yang mempertikaikan pengambilan pemain import dari Serbia, Lazar Popovic untuk menyarung jersi skuad Kejor Yob Kejor bagi perlawanan musim depan.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi isu berkenaan tidak wajar ditimbulkan kerana jelas ianya bermotif politik berbanding isu sukan bola sepak itu sendiri.

Pihak terbabit mendakwa pihak PAFA tidak sensitif dalam isu pengambilan pemain import kerana mengambil khidmat pemain yang berasal dari negara Serbia yang dahulunya lebih dikenali dengan nama ‘pengganas Serb’.

Menurut Zainol. perkara itu telah berlalu hampir 20 tahun lalu dan Lazar Popivic telah berusia 28 tahun pada hari ini.

“Selain itu, kita perlu fikir, Pafa memilih Popovic ketika dia masih bermain dalam Liga Premier di Bosnia. Liga berkenaan secara majoritinya disertai oleh masyarakat Islam dan Popovic sendiri bermain dengan kelab yang dibarisi ramai pemain-pemain Bosnia yang beragama Islam”, tambahnya lagi.

‘Ini boleh memberi kesan negatif dalam pembangunan bola sepak negeri secara keseluruhanny”

Katanya, isu-isu berkaitan bola sepak khususnya dari segi bagaimana untuk membangunkan pasukan Perak dan Pafa perlu lebih kerap diperbincangkan dan bukannya isu-isu yang tidak berkaitan seperti ini yang tidak akan memajukan perkembangan sukan di negeri Perak.

Likes(0)Dislikes(0)

One thought on “Ada pihak pertikai pengambilan awang import dari Serbia

  1. syidi

    Salam. Pertikaian ini ibarat lumrah dalam apa jua perkara. Namun begitu, penyokong perlu bersikap realistik dan positif dalam memastikan kita tidak tertekan dengan situasi semasa berpandukan rekod pemain yang dipertikaikan.

    Secara mudahnya, kita tidak perlu mudah melatah dengan fakta-fakta lampau dan sebaliknya terus merencana masa depan untuk memahatkan kesetiaan dalam diri menyokong pasukan kesayangan kita.

    Perang belum bermula. Bala tentera masih diperingkat persiapan, senjata dalam gudang masih diperingkat awal". Jangan melulu seolah-olah kita sudah kecundang. Tiap andaian akan mempengaruhi keputusan secara psikologinya. Jadi, kita buat andaian positif.

    Pada saya, kita tidak perlulah mempertikaikan apa yang PAFA buat untuk pasukan kita. Mereka telah membuat keputusan yang baik untuk memastikan keampuhan Perak di musim 2012. Kita sokong dan pantau sejauh mana Perak mampu bersaing di musim baru nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.