Jawatan Kosong Petugas Stadium Perak Liga M – 2012

Perak FA | Persatuan Bolasepak Perak

Persatuan Bolasepak Perak akan melantik petugas-petugas yang berminat bagi mengisi kekosongan tugasan di Stadium Perak, di sepanjang perlawanan Liga Malaysia 2012 yang akan di adakan di Stadium Perak Ipoh.

Lantikan akan dibuat melalui temuduga yang akan diadakan pada awal December 2011 ini.

Kekosongan tugasan yang di perlukan adalah seperti berikut :

1.    Ketua Keselamatan
2.    Penyelia pintu ( Pentas Utama, B, D dan E )
3.    Kaunter Jualan Tiket ( Pentas Utama, B, D dan E ) – Wanita sahaja
4.    Pemeriksaan Tiket ( Pentas Utama, pintu B, D dan E )
5.    Keselamatan pintu masuk Stadium ( Pentas Utama, Pintu B, D dan E )
6.    Keselamatan  di kawasan Trek dan pentas utama
7.    Kawasan parkir kenderaan hadapan Stadium
8.    Kawasan Tapak perniagaan dalam Stadium

Mereka yang berjaya akan diberikan kemudahan seperti di bawah :

1.    Kemasukan percuma ke Stadium
2.    T-Shirt percuma bagi menjalankan tugas
3.    Makan / minum semasa bertugas
4.    Insuran PA
5.    Rombongan selepas tamat Liga M ke lokasi yang akan ditetapkan

Syarat-syarat kelayakan ialah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.

Kepada sesiapa yang berminat, sila dapatkan borang di pejabat Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) di 70A, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, Ipoh mulai dari 14 November 2011 hingga 17 November 2011.

Semua borang yang telah diisi hendaklah dikembalikan sebelum atau selewat-lewat nya pada 30 November 2011 kepada urusetia PAFA.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Setiausaha Kehormat PAFA di talian 017 5635434.

Likes(0)Dislikes(0)