Piala Malaysia 2011 | Selangor vs Perak (review)

Liga Malaysia 2011

Isnin ,10 Okt 2011
Stadium Shah Alam
8:45 Malam

Kecoh didada akhbar, di medium-medium lain seperti laman sosial perang psikologi menjelang pertemuan suku akhir ini. Terima kasih kerana menghangatkan suasana bolasepak Malaysia. Ternyata bolasepak Malaysia ‘masih hidup’ dengan sokongan kita semua.

Pertembungan dua gergasi bolasepak Malaysia iaitu Sang Seladang dan The Red Giant dilihat bukan sahaja pertembungan antara dua pasukan semata-mata, tetapi juga pertembungan dua penyokong yang fanatik. Ternyata penyokong kedua-dua belah pihak tidak sabar menantikan pertemuan yang disifatkan klasik ini.

Bagi pengendali Perak Norizan Bakar, beliau tetap dengan sikap ‘low profile’ nya yang menganggap ini pertemuan yang biasa seperti perlawanan-perlawanan lain. Ternyata kenyataannya mendatangkan gusar kepada P Maniam yang mengatakan mereka tidak gentar dengan perang psikologi Perak.

Biar apa pun kenyataan atau spekulasi, pertemuan ini amat dinantikan. Penyokong-penyokong Yob sudah semestinya mahu ‘menutup’ mulut para penyokong lawan dan mengharapkan para pemain menyelesaikan misi dengan jayanya Isnin nanti.

Para pemain diharap dapat mengekalkan konsistensi seperti dalam perlawanan sebelumnya dan tidak hilang fokus sepanjang 90 minit nanti. Kelibat Mohd Failee dan Mohd Shafiq Jamal pasti dinanti dan diharap meneruskan kecemerlangan dengan menghasilkan jaringan.

Perlawanan ini diharap akan menjadi ‘turning point’ untuk mencipta kejutan seterusnya kerana Perak bukanlah pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia sekali gus mencetuskan revolusi yang positif dalam memastikan Perak kembali mengegarkan bolasepak Malaysia di masa-masa akan datang.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Piala Malaysia 2011 | Selangor vs Perak (review)

  1. Jasbisa

    games hari Isnin, buka Selasa. Insyaallah turun stadium. Ada hikmah rupanya 5 pemain digantung 7 games. failee permata baru bolasepak Perak dan Malaysia. Sekurang-kurangnya, pemain yg digantung tu tidak boleh mendabik dada. Mereka sudah ada pesaing utk first eleven. Ayuh, buktikan, pemain muda Perak boleh kalahkan Selangor yang dibarisi majoriti pemain dan bekas pemain kebangsaan. Sekiranya pemain2 ini dikekalkan dan ditambah dgn pemain import berkualiti, rasanya pasukan ini mampu pergi jauh bagi musim 2012. Pengurusan PAFA jgn lupa ikat Failee utk musim 2012.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.