Piala Malaysia 2011 | Kedah vs Perak (review)

Liga Malaysia 2011

Selasa , 27 Sept 2011
Stadium Darul Aman, Alor Star
8:45 Malam (Channel 801 ASTRO ARENA)

Biarpun Perak sudah mengesahkan tempat ke Suku Akhir, namun perlawanan terakhir peringkat Kumpulan ini sudah semestinya tidak akan diambil mudah oleh semua pemain-pemain Perak.

Perlawanan ini juga adalah perlawanan maruah dan Perak tidak akan sekali-kali menyerah kalah. Kedah dilihat amat tertekan untuk meraih kemenangan dengan jaringan yang banyak untuk mengiringi Perak ke pusingan seterusnya. Begitu juga dengan Sabah yang kini berkongsi 7 mata dengan Kedah hanya jumlah jaringan yang memisahkan.

Secara amnya, berdasarkan keadaan sebenar ketika ini, Perak tiada tekanan langsung bertandang ke Alor Star, besar kemungkinan Norizan Bakar akan merehatkan pemain-pemain utama dan memberi peluang kepada pemain-pemain simpanan untuk membarisi kesebelasan utama malam Rabu nanti.

Biar apa pun yang terjadi, Perak harus mempertahankan maruah dan rekod tanpa kalah yang berdasarkan rekod, Perak cemerlang dengan 4 kemenangan dan satu seri. Di peringkat Kumpulan secara keseluruhannya Perak adalah yang terbaik setakat 5 perlawanan.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Piala Malaysia 2011 | Kedah vs Perak (review)

  1. chuck

    Salam PERAK AmanJaya...

    Diharapkan coach Norizan bukan sekadar memberi ruang dan peluang kepada pemain bangku simpanan untuk memanaskan badan.Tapi dikesempatan yang sebeginilah seharusnya coach Norizan mencuba serta mempelbagaikan kaedah bertahan dan menyerang yang terbaik.

    coach Norizan juga disarankan merehat beberapa player yang bermain di Johor tempoh hari.Apa yang teman harapkan coach Norizan dapat mencuba gandingan Failee dan Shazwan Mathew pulak.Disamping bahagian tengah terus mengekalkan Wan Hosein dan Nazri Kamal,isma Alif dan player Harimau Muda tu.defend pula masukkan muka-muka baru dibangku simpanan tu.

    Atleast jika player Midfield berempat tu boleh menunjukkan sesuatu kepada coach sebelum 5player yang digantung tu mula mengisi tempat mereka balik nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. zizou85

    setuju dengan Chuck..perlu rehat player senior ataupun player yang mempunyai kad kuning, bagi mengelak digantung atau kecederaan serius.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      TQ..

      Tapi tang merehatkan player yang ade kad tu sebenarnya,elok dikorbankan masa game dengan Johor tempoh hari.So pada game malamni automatik dia kan tersuspended dan makna kata menjelang sepak mula quarter nanti dia dah bersih dari sebarang pergantung.melainkanlah masa game dekat Johor tempoh hari baru dia dapat kad.Jika begitu,elok simpanlah dia untuk game malamni.Ater nak buat macamna sebab kita nak kena prepare gak untuk 1st kickoff quarter nanti.

      Tang rehat pulak,kadangtu temanpun konpius gak kadangtu.Samada baik direhatkan mesin yang dah lama running or tak.Sebab ada setengah mesin ni,lagi panas lagi sedap dan ada pulaktu lagi panas overheating pulak.DIharapkan coach lebih mengenali mesin yang beliau ada samada Vtec or turbo.

      Juga teman suka,jika game malamni kita terapkan teknik'BERTAHAN".manatau ianya berguna untuk game quarter yang melibatkan game "home&Away"dimana melibatkan peraturan gol ditempat lawan.Tentu ianya memberikan 1 pengalaman dan pembelajaran yang baru buat pasukan.

      sekian..

      Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Orang-orang macam teman ni amat memerlukan support and courage daripada individu yang berpengalaman seperti Saudara.

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.