Liga Super 2011 | Kedah Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa , 27 Sept 2011
Stadium Darul Aman, Alor Star
8:45 Malam

Kedah 1 – 1 Perak

Malam yang panjang buat Sang Kenari tatkala Sang Seladang mengasah tanduknya menjelang Suku Akhir 10 Okt 2011 nanti, Kedah tersisih biarpun berjaya mengikat Perak di Alor Setar semalam.

Perlawanan semalam bukanlah yang terbaik dipamerkan Perak. Namun begitu, beberapa insiden yang menyaksikan keputusan pengadil perlawanan membatalkan dua gol di babak pertama, telah menjadi isu panas diperkatakan semalam. Biarpun begitu keputusan pengadil adalah mukatamad.

Gol Perak terhasil ke 53 apabila Mohd Syafiq Jamal bijak menyudah jolokan Mohd Failee Ghazali yang sebelum itu berjaya melepas bek kanan Kedah.

Kedah kembali bernafas apabila Mohd Faizal Abu Bakar menanduk masuk gol penyamaan berpunca daripada sepakan penjuru selepas 3 minit berselang.

Secara keseluruhannya, Kedah menguasai permainan dengan baik sekali. Biar pun begitu serang balas pantas Perak membuatkan pertahanan Kedah sedikit goyang pada satu-satu ketika.

Perak cemerlang dengan rekod tanpa kalah dan menjadi pasukan yang mempunyai rekod terbaik Piala Malaysia 2011 dengan 14 mata tanpa sebarang kekalahan direkodkan.

Pada saingan suku akhir nanti Perak bakal bertemu musuh tradisi iaitu Selangor Darul Ehsan.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Liga Super 2011 | Kedah Vs Perak (result)

  1. chuck

    Salam..

    Antara perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh player kita-jangan leka bila bola berada dikaki(seakan tak perasan ada musuh dikeliling kita yang menunggu peluang untuk mencuri bola dikaki)

    Tahniah buat skuad Yop,bukan sahaja menurunkan barisan player reserve malahan coach juga menggunakan coach reserve aka assistang coach.BRAVOOoo...

    Reaksi Wan Jamak-Kontroversi yang ditimbulkan oleh refree berkenaan 2 gol yang dikata oleh beliau "clean"tapi dinafikan jaringan tersebut.Serta kemuskilan beliau bagaimana Johor boleh diabkan dengan jumlah jaringan yang cukup besar.
    >>>Pada teman,jika Sabah menang tipis semalam bolehla kalo Wan Jamak nak mengadu-domba.Seandainya Kedah menang dengan jaringan 3-1,belom tentu lagi Kedah layak berdasarkan jumlah jaringan besar yang dapat dihasilkan oleh SABAH di Larkin.

    Prepare for d'glory!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam...

    Teman bangga dengan kejayaan dimana pasukan Perak berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan peringkat kumpulan dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

    Namun begitu teman agak kecewa dengan keputusan pengadil yang begitu lemah,bukan teman sahaja berkata begitu,malah pengacara iaitu Haji Zainal juga berkata begitu.
    Teman juga menyokong dengan kata kata Wan Jamak jurulatih Kedah, orang ke 13 iaitu pengadil telah merompak kedah.

    Teman,tidaklah menyokong pasukan Kedah,tetapi pengadil punca segala emosi panas distadium mahupun dihadapan kaca tv.Malah maruah pasukan Perak hampir dijatuhkan oleh pengadil,dengan kata kata,Perak seri kerana bantuan pengadil yang tidak bermaruah.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.