Info | Moderator & Admin – Diperlukan !!!

Pihak Seladang.Net telah membuka peluang bagi individu-individu yang berminat untuk menjadi Moderator & Admin halaman ini memandangkan tenaga kerja sedia ada mempunyai komitmen lain yang lebih penting. Tiada kelayakan khusus untuk memohon jawatan ini.

Namun mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan Platform WordPress akan diberikan keutamaan tetapi bukan suatu kemestian. Skop dan ruang kerja selanjutnya akan diberikan penerangan dari ADMIN selepas proses permohonan selesai.

Butiran yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  1. Username SDN (jika ada):
  2. Nama Penuh:
  3. No.Tel:
  4. Email:

Semua butiran ini akan disimpan sebagai rekod pihak kami dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak. Oleh yang demikian, permohonan yang tidak lengkap TIDAK AKAN dilayan. Hantar butiran tersebut melalui email kepada seladang.net@gmail.com

Permohonan terbuka kepada semua yang berminat !!!

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Info | Moderator & Admin – Diperlukan !!!

  1. chuck

    Syabas!!!

    Langkah drastik telahpun berjaya diambil oleh pihak pengurusan SDN.
    Diharapkan ianya akan memberikan wajah baru dalam dunia bola sepak Perak.
    Takkan sangup dibiarkan berkuburje usaha dan keringat yang telah digemblingkan dengan ikhlas semata-mata tanda cintakan bola sepak Perak selama ini.
    Ayuh bangun dan terus gagah berlari!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. webmaster Post author

    Setakat ini kita telah menerima 2 permohonan dari pengguna. Kita masih mengalu-alukan permohonan dari sesiapa juga yang berminat. Permohonan tidak semestinya berasal atau lahir di negeri Perak.

    Terima Kasih
    admin

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Assalamualikum dan Salam sejahtera..

    Diharapkan ada pengganti yang jika tak setara hebatpun dengan webmaster dan moderator SDN sebelumni,namun diharapkan orang baru kelak mempunyai komitmen yang lebih dari yang sebelumnya.

    Ikhlas,semangat serta berkeupayaan untuk bekerja dibawah tekanan yang tinggi serta mempunyai semangat cintakan bola sepak Perak serta mampu memberikan liputan yang menyeluruh dan terkesan mengenai bola sepak Perak.

    Teman hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk SDN serta warga kerjanya.semoga SDN terus sukses dan beroleh rahmat dariNya-Ameen.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi

    Salam. Seperti yang semua sedia maklum saya adalah salah seorang 'admin' yang membantu webmaster sebelum ini. Tentu ada yang tertanya-tanya mengapa SDN sudah ibarat hidup segan mati tak mahu.

    Saya secara peribadi agak sibuk sejak berkerja di tempat baru ni. Tahun-tahun sebelumnya memang terlalu banyak masa untuk saya luangkan untuk update apa-apa terbaru dan Webmaster pun ada saja info tentang tim seladang ni.

    Kerjaya saya melibatkan Negara dan memerlukan komitmen yang 200% dan lebih kadang-kadang tu. Dan kadang-kadang melibatkan nyawa manusia yang perlu dijaga. (Sapa2 Yang Faham Tu Faham2 je la).

    Jadi, Bolasepak Perak tetap saya ikut perkembangan dari masa ke semasa, cuma tak di update kan dalam website saja.

    Kepada yang tidak berpuashati, maaf dipohon, cuma satu perkara saya nak simpulkan di sini, " Teguhnya sepohon kayu adalah dari teras(Tunjangnya). Teras yang rapuh akan menyebabkan pohon itu akan tumbang bila2 masa saja, tiada ertinya ranting yang penuh dengan bunga dan buahan enak ketika pohon menyembah bumi".

    (Aku Sebatang Ranting)

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.