Impian Dan Harapan 2011 Ver 2.0 | Piala Malaysia 2011

 Liga Malaysia 2011

Perak kini menjadi sebutan. Biarpun sebelum saingan bermula banyak pihak terutama penyokong-penyokong Perak kecewa dengan tindakan FAM yang mengambil tindakan menghukum 5 tonggak utama namun segalanya ibarat ‘satu keajaiban’ buat Perak yang mempamerkan aksi luar jangkaan.

Hasil daripada 6 perlawanan peringkat kumpulan, Perak berjaya mencuri tumpuan dengan melakarkan 4 kemenangan dan 2 seri dengan rekod kemenangan bersih di gelanggang sendiri. Dengan keputusan ini, Perak menjadi pasukan terbaik keseluruhan setakat ini ketika saingan menghampiri kelompok 8 pasukan.

Kebangkitan Perak ketika ini dilihat adalah hasil perancangan yang jitu dan perlaksanaan yang konsisten oleh semua pemain yang beraksi. Dibantu pula oleh pemain-pemain pinjaman yang cemerlang disetiap perlawanan. Secara tiba-tiba, nama Mohd Failee Ghazali pemain pinjaman daripada Pasukan USM FC meniti dibibir penyokong-penyokong Yob ketika ini.

Beliau sedar, tanggungjawab yang dipikul amatlah berat sekali mana tidaknya, beliau terpaksa memikul tugas sebagai gandingan utama menggantikan Akmal Rizal Rakhli yang digantung sebelum ini.

Mohd Failee kini menjadi ancaman utama buat pertahanan pasukan-pasukan lain. Kebolehan beliau melakukan rembatan semasa berlari atau ‘on the run shoot’ amat dikagumi.

Mohd Syafiq Jamal juga dilihat kembali mendapat sentuhan semenjak digandingkan dengan Mohd Failee. Nama mereka berdua ibarat kembar yang dinukilkan dalam keputusan boleh dikatakan dalam setiap perlawanan.

Keampuhan jentera pertahanan dan bahagian tengah yang kuat menjadi nadi utama kekuatan Perak. Kehadiran semula Wan Hossen dilihat memberi impak yang positif. Pemain ini yang berkelana semusim ke Pulau Mutiara ternyata telah mempelajari sesuatu yang bermakna dengan mempamerkan peningkatan dalam setiap penampilannya bersama Perak.

Khairi Zainuddin patut diberikan pujian kerana berjaya mengetuai pertahanan Perak dengan baik. Beliau dilihat bersungguh-sungguh mengawal rakan pertahanan yang lain dan hasilnya hanya bolos 5 gol daripada 6 perlawanan.Biarpun beliau direhatkan dalam perlawanan terakhir menentang Kedah, namun pertahanan Perak tetap sukar ditembusi apabila mereka berjaya mengekalkan tahap disiplin yang digarapkan oleh Jurulatih Perak.

Cerita Piala Malaysia 2011 bakal membuka episod baru yang lebih dramatik dan mencabar. 10 Okt 2011 nanti, ‘The Red Giants’ akan menanti Sang Seladang di Shah Alam untuk suku akhir pertama. Selangor yang dirundung masalah sejak kebelakangan mula mempamerkan kebangkitan dengan menyekat kemaraan Kuala Lumpur untuk layak ke suku akhir.

Berdasarkan prestasi semasa, Perak dilihat memiliki kelebihan untuk menang. Namun begitu, 180 minit terakhir dalam saingan suku akhir ini akan menjadi penentuan. P Maniam pemangku jurulatih Selangor pastinya gusar untuk menghadapi Perak dikala prestasi anak-anak buah turun naik ketika ini.

‘Perang belum berakhir, sebaliknya ia baru bermula’. Inilah peperangan sebenar. Inilah medan untuk menguji siapa lebih layak bergelar juara. Perak dilihat akan mengekal sikap rendah diri seperti sebelumnya, tiada harapan yang tinggi digembar-gemburkan sebaliknya terselit azam membara mencipta kejutan seterusnya.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum and tagged , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

16 thoughts on “Impian Dan Harapan 2011 Ver 2.0 | Piala Malaysia 2011

  1. chuck

    Piala Malaysia edisi kali ini sebenarnya memberikan 3kali-4kali aksi game final sebenarnya.Ini berikutan pertemuan yang melibatkan oldtimer piala Malaysia Perak vs Selangor dan juga jagoan baru Kelantan vs Terengganu.

    Pemenang kedua-dua game tersebut akan berentap sesama sendiri samada Perak/Selangor vs Kelantan/Terengganu di semi final nanti.

    Kemuncak final piala Malaysia nanti sudah pasti menampilkan kembali best of 4 tersebut dengan wakil final di antara Sabah/T-team or Negeri Sembilan/Felda.

    Secara tak langsung menampakan road to final yang agak kurang seimbang namun sangat menarik perhatian bagi sesetengah pemerhati bola sepak.

    Apa yang dapat teman simpulkan disini,selain dari kita disajikan dengan 3-4 kali game final ni,pasukan yang bakal bergelar juara piala Malaysia untuk kali ini bakal menjadi milik best of 4 yang teman maksudkan diatas iaitu(Perak/Selangor/Kelantan&Terengganu).

    Sekian,Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. razlan

    Rekod pertemuan Perak / Selangor musim ini:
    - 6 Julai: Perak 0-0 Selangor
    - 16 April: Selangor 1-0 Perak
    Kedua-dua perlawanan di atas adalah untuk persaingan Liga Super. Adakah Selangor mempunyai kelebihan? Di atas kertas, ya. Namun, itu adalah sejarah lama. Sejarah baru masih boleh dicipta. Jangan putus asa. Kejor Yob, Skor!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. miez3

      Kalau dilihat dari rekod pertemuan musim ni di antara pasukan Selangor ternyata jauh bezanya dari masa & ketika mula-mula pemain2 muda ni beraksi...banyak tohmahan & kutukan diterima ketika itu...nah sekarang lihatlah...orang-orang yang anda kutuk itulah yg sekarang ni membawa panji2 Perak...sang Seladang yg kian ganas...mana tahu rezeki tahun ni..Piala Malaysia pula dalam dakapan?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Assalamualaikum..

        Bukan kutukan mahupun tohmahan yang dilemparkan.Mungkin lebih kepada rasa tidak puashati serta kata2 semangat yang berbentuk cabaran yang diberi..

        Tak dinafikan jika berjayanya kita sehingga setakat ini dibantu oleh kata2 semangat/cabaran yang diberikan.Mungkin ini antara kesan +ve yang dapat kita lihat.

        Kalau tak kerana button emergency tersebut,mungkin sekarangni kita masih lagi terawang2/mengelamun dialam mimpi.

        'jangan menghalalkan perkara yang haram'Jika haram secara beranilah katakan haram kerana itu sifat kita sebagai muslim.Jangan dah nampak salah,kita buat taktahujer.Jika dalam komuniti masyarakat kita dikatakan anti sosial/kera sumbang.Tapi jika didalam fan apetah lagi.

        Sokongan moral anda semua diperlukan bagi menambahbaik sistem yang ada.

        Teman anti kepada orang yang menidakkan hak bersuara orang lain.Jika ianya bertujuan murni untuk membangunkan mutu bolasepak kita.Khusunya Perak.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. miez3

          Ada Yob...teman nengok dari jauh je...lately busy sangat dengan koje..impian teman nak tengok budak2 muda ni naik dah dekat dah...cuma deme kena fokus le..game by game...

          Likes(0)Dislikes(0)
      2. syidi Post author

        Salam..yob..rindu siot komen-komen mike dalam ni. Terima kasih sudi singgah lagi. Teman tau, mike memang ambik berat pasal Perak ni hehe. Whatever pun tq.

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    Ayoh wahai pemain pemain muda seladang.Kekalkan terus permusuhan diantara seladang dan Red Giants,kekalkan rentak membenci terhadap mereka.Kembalikan Rekod kemenangan seperti di erak 90 an,Dimana pasukan Perak punca skuad mereka tidak layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia dan terus merudum ke liga Perdana.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    Failee adalah pemain yang paling mencuri tumpuan...Sekurang-kurangnya, kita sudah boleh menarik lafas lega apabila terdapat pemain kelahiran negeri di bahagian serangan yang boleh diharapkan.. Jika dulu Razali Umar, kini Failee...
    Shafiq Jamal juga membuktikan bahawa dia clinical finisher, menjaringkan gol2 meskipun peluang shot on goal begitu kurang.

    Kamarul Effendi , adalah pemain yang amat diharapkan, corak permainannya walaupun tidak begitu bagus...tetapi secara keseluruhannya telah menunjukkan aksi di luar jangkaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Assalamualaikum...

      Teman terbayang2jer kalo dapat digandingkan Razali dengan Failee..fuhhh..dah macam gandingan Khalid & Saravanan pulak sebelum ini...

      Mampukah impian dan mimpi teman ini jadi kenyataan??
      Semoga ada jalan yang mampu untuk kita selesaikan bersama2 demi mengubah mimpi menjadi realiti.

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. Raul hashim

    Formasi yang boleh digunakan adalah 4-4-2

    Kamarul Efendi

    mohd nor hazrul-hisyamuddin-khairi-isma alif

    fazrul hazli-nantha-harizul izuan-rafiudin

    failee-shazuan

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. hazwan

    salam...

    perak dalam saingan piala malaysia kali cukup mengagumkan disetiap pelusuk negeri di malaysia yg sering mengtakan tentang pasukan perak....perak antara pasukan terbaik setakat ini....you all terbaikk perak....

    cadangan saya kali ini bagi barisan perak

    kamarul efendi
    norhazrul
    hishamuddin
    khairi
    chan wing hong
    hazrul fadzli
    k.nanthakumar/nazri kamal
    wan hoseen
    rafiudin
    syafiq jamal
    faili

    nampak gandingan pemain ini mampu menggalas tugas buat perak dalam pertemuan menentang sabah....
    marilah kita sama-sama berdoa untuk pasukan kita berjaya melangkah ke pusingan eterusnya dan sekligus piala malaysia di bawa ke negeri perak musim ini....

    perak pasti menang dengan jaringan 2-0....

    kejor yob kejor....
    perak terbaikkk....
    putih kuning hitam lambag negeri.....

    wasalam...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.