Monthly Archives: September 2011

Impian Dan Harapan 2011 Ver 2.0 | Piala Malaysia 2011

 Liga Malaysia 2011

Perak kini menjadi sebutan. Biarpun sebelum saingan bermula banyak pihak terutama penyokong-penyokong Perak kecewa dengan tindakan FAM yang mengambil tindakan menghukum 5 tonggak utama namun segalanya ibarat ‘satu keajaiban’ buat Perak yang mempamerkan aksi luar jangkaan.

Hasil daripada 6 perlawanan peringkat kumpulan, Perak berjaya mencuri tumpuan dengan melakarkan 4 kemenangan dan 2 seri dengan rekod kemenangan bersih di gelanggang sendiri. Dengan keputusan ini, Perak menjadi pasukan terbaik keseluruhan setakat ini ketika saingan menghampiri kelompok 8 pasukan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Kedah Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa , 27 Sept 2011
Stadium Darul Aman, Alor Star
8:45 Malam

Kedah 1 – 1 Perak

Malam yang panjang buat Sang Kenari tatkala Sang Seladang mengasah tanduknya menjelang Suku Akhir 10 Okt 2011 nanti, Kedah tersisih biarpun berjaya mengikat Perak di Alor Setar semalam.

Perlawanan semalam bukanlah yang terbaik dipamerkan Perak. Namun begitu, beberapa insiden yang menyaksikan keputusan pengadil perlawanan membatalkan dua gol di babak pertama, telah menjadi isu panas diperkatakan semalam. Biarpun begitu keputusan pengadil adalah mukatamad.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Piala Malaysia 2011 | Kedah vs Perak (review)

Liga Malaysia 2011

Selasa , 27 Sept 2011
Stadium Darul Aman, Alor Star
8:45 Malam (Channel 801 ASTRO ARENA)

Biarpun Perak sudah mengesahkan tempat ke Suku Akhir, namun perlawanan terakhir peringkat Kumpulan ini sudah semestinya tidak akan diambil mudah oleh semua pemain-pemain Perak.

Perlawanan ini juga adalah perlawanan maruah dan Perak tidak akan sekali-kali menyerah kalah. Kedah dilihat amat tertekan untuk meraih kemenangan dengan jaringan yang banyak untuk mengiringi Perak ke pusingan seterusnya. Begitu juga dengan Sabah yang kini berkongsi 7 mata dengan Kedah hanya jumlah jaringan yang memisahkan.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Info | Moderator & Admin – Diperlukan !!!

Pihak Seladang.Net telah membuka peluang bagi individu-individu yang berminat untuk menjadi Moderator & Admin halaman ini memandangkan tenaga kerja sedia ada mempunyai komitmen lain yang lebih penting. Tiada kelayakan khusus untuk memohon jawatan ini.

Namun mereka yang berpengalaman dalam mengendalikan Platform WordPress akan diberikan keutamaan tetapi bukan suatu kemestian. Skop dan ruang kerja selanjutnya akan diberikan penerangan dari ADMIN selepas proses permohonan selesai.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)