Liga Super 2011 | Perak Vs Selangor (result)

logo-liga-201.jpg

Rabu, 6 Jul 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 0 – 0 Selangor

Ternyata Perak tidak mudah melepaskan mata diperlawanan terakhir Liga Super 2011 dengan berjaya mengikat Selangor 0-0.

Biarpun menerima asakan bertalu-talu seawal separuh masa namun ianya bukanlah satu masalah yang besar buat pertahanan Perak yang diketuai oleh Mohd Khairi Zainuddin.

Separuh masa kedua, Perak tampil lebih garang dibantu dengan persembahan kurang baik yang dipamerkan oleh pemain-pemain Selangor yang kebanyakannya adalah pemain utama kebangsaan ketika ini.

Peluang demi peluang terhidang buat barisan serangan Perak, namun ketumpulan serangan jelas dan ketiadaan Akmal Rizal Rakhli amat dirasai. Antara pemain yang melepaskan peluang terbaik untuk menjaringkan gol adalah Mohd Shazuan Matthew dan Nazri Kamal yang masuk menggantikan Shafiq Jamal yang kurang menyerlah.

Jika dilihat secara keseluruhannya, Perak berhak memperoleh 3 mata penuh berdasarkan mutu permainan yang jauh lebih baik berbanding Selangor yang agak longlai di barisan serangan.

Biar apa pun, keputusan muktamad Perak adalah ke 6 terbaik di Malaysia dengan 10 menang, 10 seri, dan 6 kalah. Manakala jumlah jaringan, 31 gol dan 24 bolos membayangkan Perak memiliki pertahanan yang baik.

Juara liga super 2011 sah milik Kelantan yang berjaya mengutip 3 mata terakhir di Likas setelah menang 2-1 ke atas Sabah.

Keputusan Perlawanan Lain:

Sabah (1) V Kelantan (2)
Std Likas

Felda United (2) V Terengganu (6)
Std MBPJ

N.Sembilan (2) V Perlis (0)
Std Tunku Abd Rahman, Paroi

Harimau Muda A (2) V Johor FC (2)
Std Shah Alam

T-Team (2) V K.Lumpur (3)
Std Sultan Nasiruddin Shah

Pahang (0) V Kedah (1)
Std Darulmakmur, Kuantan

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

18 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Selangor (result)

  1. syidi Post author

    Salam..

    Sekalung tahniah kepada PAFA. Diharap ini permulaan sebenar selepas bertahun kami menunggu untuk Perak kembali menyinar.

    Teman amat idamkan melihat Perak Juara Liga Super. Tak kisahlah bila pun, esok ke lusa janji Perak Juara Liga.

    So, lepas ni target Piala Malaysia. Usaha lebih sikit lagi kita boleh dapat piala musim ini.

    Kalau tak musim ini musim depan masih ada peluang. Cuma kena pastikan kelemahan diperbaiki dari masa ke semasa, baru ada peningkatan.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Kalo best of 6,ramalan paling lekeh untuk Perak berada di quarter final piala Malaysia..

      Kalo below,under PAR laaaaaa

      Should be reconsrtuct wif new management...N

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. syidi Post author

        Apa la..sikit-sikit nak rombak management, ibarat macam kalau ada nyamuk kelambu dibakar..kenapa yob?

        Realistic la sikit. Asyik rombak je bila nak maju? Baru nak siap tapak dah kena pecah buat baru, bila nak naik tiang bila nak siap? Come on la

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          target best of 5.Tapi dapat best of 6.Kita bagi peluang beliau membuktikan pada kita dengan piala malaysia.Jika kita deserve untuk 6place makanya teman meletakkan kita sekurang2nya berada di quarterfinal coz quarter melibatkan best of 8.itu maksud teman dan jika gagal,maka kita benar2 gagal dalam target kita season nih.
          sekian..

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. chuck

            biler tiang"honey comb"maybe kita boleh bega sikit.tapi tak secantik asas atau tiang yang kita bina semula dengan spec yang lebih jitu tatkala kekuatan reinforcement kita/structure kita kaji dengan detail kembali...sekian

            Likes(0)Dislikes(0)
      2. adib_mat

        maaf la yer kalau teman nak komen sedikit...come on la yob,bagi diaorang satu musim lagi untuk membuktikan keupayaan sebenar mereka...rata-rata pemain sekarang masih muda lagi dan Perak mempunyai masa depan yang cerah jika skuad sedia ada dikekalkan..di samping itu, kemasukan 2-3 orang baru masih diperlukan...

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. saidin

          teman mintak maap la yer.....

          kenap musim lepas tak nak di beri peluang jugak.....
          pasai tahun nie ada pemai nstar yang ternama so kia kene bagi peluanglah....
          kalau macam tuer sampai sudahlah tak merasa cup....maggie cup mungkin tiap tiap saat boleh dapat...

          korang korang yang ada nilai sendiri la...musim lepas rata rata pemain baru dapat 30 point untuk sepanjang liga. musim nie hampeh bebeno.....

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. adib_mat

            mike ikut ke idak sume game Perak??ada perubahan ke idak dari tahun lepas??ada kan..so,ternyata pemain dan jurulatih serta pengurusan serasi bersama pada tahun ni...sape star yang mike maksudkan tu??bagi teman semua pemain Perak sama sahaja...kalau akmal atau syafiq jamal tu mike kate star, teman rase idak...ye, memang mereka star tapi itu dulu masa zaman kegemilangan mereka...

            musim lepas 30 mata...tahun ini 40 mata yob...itu sume dari 10menang, 10 seri, dan 6 kalah..cube mike bayangkan kalau seri itu kita dapat hasilkan kemenangan....mungkin mata kita sekarang sudah 60mata...

            teman harap yob, saidin tidak terase dengan kata-kata teman..sekian...

            Likes(0)Dislikes(0)
          2. saidin

            kepada adip-mat

            teman antara individu dan penyokong yang tak pernah ketinggalan perlawanan dari 2 musim lepas.mungkin mike baru musim ini tengok game perak kot.

            bagi teman pemain yang berada dalam pasukan 2 musim lepas dan musim lepas lebih bagus dari pemain yang baru diambil kembali pada musim ini.so bagi teman takder apa yang bagus sangat.bagi teman musim ini musim untuk pemain pemain tua retired saja.

            ingat pasukan perak tempat badan kebajikan ker. musim ini pemain star dan power berada dalam pasukan tapi keputusan bagaikan pemain pemain mentah yang berada dalam pasukan.tengok kaji dan fikirkan.....

            Likes(0)Dislikes(0)
        2. chuck

          Assalamualikum...

          Syidi dan Adib.itu lumrah dalam bola sepak..

          Rasanya teman tak peronah tinggal dalam mengikuti perkembangan semasa bola sepak,baik tempatan mahupun antara bangsa.

          Kita sendiri dapat lihat,bagaimana kelab-kelab ternama di eropah dan juga international team bagaimana cara mereka mengendali permasalahan ini??Kita sering mendengar bagaimana dalam 1musim 2-3orang pengurus ditukar ganti.

          Walaupun pada awalnya dulu bagi teman tempoh yang diberikan adalah terlalu singkat bagi mengenalpasti keupayaan pengurus tersebut.Namun kelab-kelab ternama dan juga negara tersebut sudah tentunya mempunyai 1001 alasan yang konkrit bagi menjawab persoalan itu.

          Setibanya Andres Boas Villas ke Malaysia,beliau telahpun diajukan soalan berkenaan dengan kerusi panas yang beliau duduki kini,dengan tenang beliau menjawab"ini adalah lumrah dalam bola sepak".begitu juga bila diajukan soalan yang seumpanya dalam wawancara2 yang dikendalikan di Espn dan uefa dot com berkenaan dengan penghijrahan player segalanya lebih tertumpu menjawab'ini adalah bola sepak'.

          Kenapa kita sebuah kelab yang belum tentu dikenali diluar dari kotak ASEAN kata tak boleh dan bagi chances??kita lihatkan apa yang dah terjadi sebelum ini??

          Teman juga agak kurang setuju jika dalam 1 musim pengurus sering ditukar ganti.seakan2 tidak adil.Namun kita kena akur"ini adalah bola sepak".

          Adib_mat,betul musim lepas 30point dan sekarang 40point..tapi mike sedar ataupun tidak yang pengurus dan management keseluruhanya telahpun di restructure kembali pada season lepas??nahh..nyata sekali yang sebarang perubahan adalah demi kebaikan pasukan khususnya.Bukanlah berubah kearah yang lebih teruk.

          Sekian,Wassalam...

          Likes(0)Dislikes(0)
  2. adib_mat

    salam...
    tahniah kepada pasukan Perak kerana berjaya menamatkan liga super di kedudukan ke 6...semalam Perak telah menunjukkan permainan yang menarik pada separuh masa kedua...namun,jentera serangan Perak gagal untuk menjaringkan gol...pada pendapat teman,Perak harus mencari striker baru untuk piala malaysia nanti bagi mempertajamkan lagi jentera serangan...gandingan nizam&nantha di tengah pula sudah mantap bagi teman..cuma bahagian sayap yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi...sayap Perak no.26 semalam menunjukkan permainan yang tidak kemas apabila kerap hilang bola dan skil yang kurang menjadi..kemasukan isma alif menggantikan no.26 telah memberi nafas baru kepada syap Perak...di bahagian pertahanan pula..gandingan semalam menunjukkan keserasian yang baik kecuali pemain no.4 yang kelihatan gugup sedikit...diharapkan PAFA tidak menggugurkan pemain dan pengurusan yang sedia ada...pada pendapat teman bagi mereka satu musim lagi untuk buktikan keupayaan sebenar mereka...

    sekian....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yobscout

    Dimana Kuda-kuda tua ini diakhir musim? Sudahku bilang diawal musim. Apa gunanya mereka ini? dimana Akmal? dimana Chan? malas aku memperkatakan pasukan ini lagi.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      Bajet tahun ni berganda2 lebih dari musim lepas, pehtu takat dapat no berapa je? ini yang kata kemajuan? apa yang aku nampak peminat semua kena tipu je dengan janji palsu pengurusan PAFA yang ada skang ni. Dibarisi ramai pemain2 senior yang ada nama dengan gaji yang melambung2 tinggi tapi pencapaian elok skit dari musim lepas? apa cerite wehhhhhhh !!!!!

      Akmal, Shafiq, Shahrulnizam Mustafa, Nantha, Nasril, Khairi, Chan Wing Hoong, Fazrul Hazli dan lelain boleh dianggap pemain yang dah matang dalam permainan tapi adakah pasukan kita dapat capai target yang sepatutnya dengan pemain dan bajet besar yang dikeluarkan?

      Udah ler wehh...cukup2 le kena tipu dengan deme, jangan kita nak menipu diri sendiri plak. Hakikatnya pengurusan tahun nih GAGAL untuk memperbaiki pasukan Perak ketahap yang sepatutnya. Jangan banding buah epal dengan nanas, banding EPAL to EPAL. Elok le pecat sape2 yang patut dalam pasukan tu, termasuk beberapa pegawai pasukan yang mengabihkan beras jek.

      Kalau gentleman letak jawatan, jangan sampai orang halau keluar atau kena maki. Kalau rasa target tak sampai tak perlu nak cakap kita guna pemain muda, takde muda der tahun nih, ramai KUDA tua nak menopous dah.

      Hakikatnya PERAK tahun ni GAGAL !!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        teman setuju dengan yobscout dan robslam.....
        kerana korang memang tahu pasal bola sepak....
        bagi yang tak tahu deme akan kata ini lah keputusan yang bagus sangat......

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. robslam

          Perak musim 2009 di bawah Dato Karathu lebih baik...walau dengan bebudak muda tapi masih mampu beri cabaran...tapi masa tu ramai yang kata Karathu idea lapok le, orang tua nyanyuk le, macam2 lagi, tapi tengok tahun ni Karathu bawak team Kelantan sampai jadi juara Liga Super. Apa kome nak komen???? Karathu tak bagus ke?

          Musim 2010, Raja Azlan bawak team pulak, ada kemajuan skit lebih dari Karathu, dengan bajet ciput dan pemain yang terhad lebih kurang macam Karathu jugak, so result pun so so je. Tapi at least dapat jugak Perak menang dengan Selangor musuh tradisi kita kat stadium Perak. Tahun ni???? harap menang dengan Kelantan sampai 4 bijik tapi dengan Selangor tak merasa menang, apa jadahnya???? Nemesis kita Selangor bukan Kelantan !!!.

          Apa yang teman nampak baik Karathu baik Raja Azlan ni kalau dapat pemain yang baik, comfirm team bole pegi lagi baik dan cemerlang. Tak le macam coach yang ada sekarang, dapat barisan bajet besar pun takat no 6 jer....ini yang kome kata baik???? ini yang kata pencapaian meningkat???.... Jangan tipu diri sendiri yob, terima hakikat tahun ni memang HAMPEH !!! takde dolak dalik lagi.... KENA TIPU KITA YOBBB !!!

          Likes(0)Dislikes(0)
  4. zizou85

    ternyata 5 pasukan diatas Perak lebih bagus...Perak layak di tempat keenam, meskipun mampu meraih tempat keempat jika lebih konsisten..

    Jadi kome tak perlu la meletakkan sasaran top 3..kalau tgk balik kualiti team seperti Kelantan , Terengganu , Kedah dan Harimau Muda, Selangor...pemain dorang lebih berpengalaman, kecuali HM yang mempunyai sekumpulan pemain muda yang berbakat untuk menjadi star Liga M dalam tempoh 3 tahun lagi.

    Bagi gem terakhir, teman tgk Nantha kembali berfungsi dengan agak baik berbanding gem sebelumnya...namun winger , nurridzuan masih gugup, dan fazrul hazri kurang menjadi...walaupun permainan Perak adalah baik...Serangan terlalu tumpul ...kalau RUK masih ada, mungkin lebih baik..lupakan je la dia ni...Shahrul Nizam ball winner di tengah yang bagus...defend kita adalah yang terbaik sejak 3-4 musim..Nasril telah banyak peningkatan, meskipun tenggelam dalam 3-4 gem...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. chuck

    Assalamualaikum..

    Teman sokong Perak 100%..tapi kalo Razali Umar Kandasamy ada,teman sokong 101%.Teman dah lihat budakni dari jaman Khalid Jamlus,saravanan lagi.Memang superb dan ada skill cumanya masa tue,penyudah beliau belum boleh nampak lagi.Tapi kini beliau lebih tajam.

    Diharapkan isteri beliau dan keluarganya dapat membantu dalam mengembalikan semula semangat beliau yang telah hilang.

    Beliau Razali Umar Kandasamy adalah antara sebutir permata dalam kancah bola sepak negara kita...

    sekian,wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.