Liga Super 2011 | Perak vs Selangor (review)

logo-liga-201.jpg

Rabu , 6 Julai 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Ini merupakan perlawanan terakhir saingan Liga Super 2011. Selangor akan menjadi tetamu di Ipoh dengan misi untuk mencari 3 mata penuh dalam memastikan impian mereka menjadi juara liga menjadi kenyataan.

Biarpun juara liga masih diawangan yang menyaksikan persaingan 3 penjuru iaitu antara Kelantan, Selangor dan Terengganu. Jika kesemua 3 pasukan ini mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir ini, Kelantan akan dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2011.

Bagi Perak, berada di kelompok 6 terbaik liga dilihat sudah memadai dan ia merupakan kedudukan yang terbaik selepas beberapa musim bergelut dengan konsistensi ditambah pula dengan masalah dalam pentadbiran persatuan.

Namun begitu, Perak mampu menambah mata memperbaiki kedudukan. Saingan dikelompok ini menyaksikan Harimau Muda, Kedah dan Perak bersaingan untuk merebut kedudukan ke 5 liga. Harimau Muda dilihat memiliki kelebihan kerana kekurangan satu perlawanan dengan 39 mata sama dengan Perak dan hanya kelebihan jaringan berpihak kepada mereka. Manakala Kedah ditangga ke 4 dengan 42 mata.

Jika Perak menang manakala Kedah dan Harimau Muda gagal mengutip sebarang mata, Perak memiliki peluang untuk menghuni tangga ke 4 Liga Super 2011.

Harapan penyokong Perak ingin menyaksikan Skuad Seladang berjaya menumbangkan The Red Giants di Ipoh nanti bagi menebus kekecewaan di Shah Alam dalam pusingan pertama lalu.

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak vs Selangor (review)

  1. saidin

    salam...

    Aku cabar kepada pemain pemain Perak yang bakal diturunkan dalam perlawanan terakhir ini untuk memastikan pasukan Perak kekal berada dalam kelompok lima terbaik.

    Buktikan kepada semua dengan adanya korang korang didalam pasukan Perak musim ini berguna.

    Kemenangan sahaja diperlukan lain lain keutusan tidak diperlukan untuk kami anak jati negeri Perak.Kalau yang diberi peluang untuk beraksi nanti buktikan bahawa korang bermaruah tinggi...itu jer pesanan ku.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.