Liga Super 2011 | Kelantan Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 14 Jun 2011
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru
8:45 Malam

Perak bakal berdepan tugasan agak sukar di dua perlawanan terakhir Liga Super 2011. 14 Jun 2011 akan bertandang ke Kota Bahru untuk membuat perhitungan dengan Skuad Kijang sebelum menentang Selangor 6 Julai 2011 depan di Ipoh.

Misinya mudah, menang di Kota Bahru dan menang di Ipoh. Di atas kertas, Perak dan Kelantan dilihat seimbang ditambah pula dengan rekod perlawanan pertama yang mana Perak membelasah Kelantan 4-0. Namun begitu, bukan tugas yang mudah sebenarnya untuk menjinakkan Sang Kijang yang dirundung luka. Sudah semestinya mereka akan mengubati luka Piala FA apabila menentang Perak nanti.

Kelebihan bermain di laman sendiri akan dipergunakan sebaiknya. Pun begitu, Perak yang berehat panjang memiliki kelebihan dengan pemain-pemain yang cergas 100% akan diturunkan malam Rabu nanti.

Perak wajib menang perlawanan ini dalam memastikan kedudukan dalam liga terjamin dan diperbaiki.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Liga Super 2011 | Kelantan Vs Perak (review)

  1. keristujuh

    hanya kemenangan jawapannya untuk pasukan pasukan perak...usaha untuk menang hingga ke titisan terakhir perjuangan pasti akan membuahkan hasil yang terbaik...bekerja keras lah pemain-pemain yang dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas mencari kemenangan malam ni...teruskan perjuangan utk menang, tewaskan kelantan...penyokong akan menyanjung pasukan perak jika kemenangan bermaruah dan "bersih" dari "wang tidak halal" dicapai...jika ditakdirkan kalah atas usaha yang bersungguh-sungguh ianya baharulah dikatakan perjuangan yang dihormati..."keringat dikerah, gunakan mentaliti tahap tinggi dalam permainan, ada jaringan kelebihan gol, capailah kemenangan...ayuh perak fa...tewaskan kelantan dan selangor selepas ini..."harapan mahukan perak menang kedua-dua perlawanan ni"

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam.....
    Udah lama rasanya tak ziarah laman nie semenjak teman dah berpindah luar perak...Tapi teman tetap mengambil perkembangan terhadap pasukan kesayangan kita semua.

    Teman dikhabarkan Sekumpulan penyokong akan turut hadir menyaksikan secara lebih dekat di Kota Baharu,apa yang teman mampu lakukan adalah doa kepada mereka yang pergi ke Kota Baharu selamat pulan dan selamat tiba.

    Kepada pemain pemain teman doakan juga agar sepanjang perlawanan kita tidak tahu apakah musibah bakal diterima,kerana sudah pasti mereka mereka adalah golongan penyokong yang boleh digelar komunis.

    Kepada pengurusan PAFA hargai lah kepada kami dan mereka yang turut memberi sokongan tidak kira apa jua situasi.....Faham fahamlah yer

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.