Liga Super 2011 | Kelantan Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 14 Jun 2011
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru
8:45 Malam

Kelantan 1 – 0 Perak

Kelantan ternyata hebat. Dengan kemenangan itu, juara lagi masih diambang tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Babak pertama kita disajikan dengan permainan yang baik daripada pasukan Perak dengan menguasai bola namun tiada penyudah yang baik untuk Perak mendahului. Minit ke 20, Perak ditimpa malang berganda apabila Akmal Rizal diusung keluar akibat terjahan oleh S Subramaniam dan selepas itu Mohd Syahman menghadiahkan sepakan penalti selepas menjatuhkan Nor Shahrul Idlan dalam kotak penalti.

Namun begitu, sepakan penalti itu berjaya dihalang untuk Perak kembali bernafas untuk memburu gol.

Babak kedua, Kelantan memperkemaskan jentera tengahnya dan Nor Shahrul Idlan Talaha menebus kekecewaan dengan menjaringkan gol pada minit ke 53.

Perak gagal bangkit selepas itu biarpun cuba untuk mengatur semula permainan. Ketiadaan Akmal Rizal Rakhli dilihat amat dirasai apabila jentera serangan Perak lumpuh hampir keseluruhannya. Ketika barisan tengah bermain baik, ianya tidak bermakna apabila barisan serangan seolah-olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Norizan Bakar seharusnya memikirkan perkara ini sejak awal musim lagi untuk menghadapi situasi kritikal sebegini. Buktinya, Perak ketandusan penyerang yang mampu meledakkan gol seperti Akmal Rizal. Dalam pasukan Perak ketika ini, dilihat penyerang-penyerang muda masih belum mampu menghasilkan impak yang positif dan masih mengharapkan bantuan pemain senior yang lain untuk bertindak.

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Liga Super 2011 | Kelantan Vs Perak (result)

  1. yobscout

    Aku dah cakap dari dulu, Perak akan terus jatuh dan jatuh dan jatuh, Sudah pemain semakin kurang akibat kecederaan, ditambah pula pemain muda yang kurang pengalaman. Susahlah macam ni kalau nak main Piala Malaysia lagi lepas ni. hurmm..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    tewas 1-0...tiada serangan mantap, jentera tengah layu, kurang mantap n tiada idea nak support bahagian serangan, tiada "starter playerz" pada aras bawah..."kecewa" apepun tahniah pasukan kelantan...lagi-lagi daudsu, anda hebat dapat kawal kekecewaan dlm diri dan berjaya bermain cemerlang utk membantu klate menang ngan perak...idea untuk tukarkan strategi permainan ikut situasi & keadaan serta kedudukan terkini tiada langsung..."nampak tidak bersungguh-sungguh untuk menang"...('gurauan-biar YB jelah jd coach...lg banyak taktikal & idea nya)...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.