Liga Super 2011 | Johor FC Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Isnin, 6 Jun 2011
Stadium JCorp, Pasir Gudang
8:45 Malam

Perak akan mengharungi perlawanan ke 24 Liga Super di Pasir Gudang. Menentang Johor FC bukanlah sesuatu yang mudah. Biarpun 9 mata membezakan mereka dengan Perak namun, itu bukan syarat untuk Perak ambil mudah dalam perlawanan yang dianggap penting ini.

Johor FC ternyata akan menggunakan peluang bermain di laman sendiri untuk mencipta kemenangan dalam memperbaiki kedudukan mereka. Mereka dilihat kurang konsisten dalam 3 perlawanan terakhir selepas hanya mampu menang 2 daripada 3 perlawanan tersebut. 2 perlawanan di laman sendiri, mereka hanya menang sekali.

Perak yang dilihat agak goyah diawal pusingan kedua kembali ke landasan yang betul sejak 6 perlawanan lalu dengan berjaya mengekal rekod bersih tanpa kalah. Daripada 6 perlawanan terakhir, Perak berjaya menang 3 perlawanan dan seri juga 3 perlawanan.

Di Stadium JCorp nanti, Perak perlu menang dalam memastikan kedudukan yang dihuni ketika ini lebih selamat kerana kini diekori rapat oleh Kedah ditangga ke 5 dibezakan dengan jaringan sahaja. Namun begitu, Harimau Muda A juga dilihat mampu menggugat kedudukan Perak yang kini berada ditangga ke 6 dengan 36 mata.

Semangat para penyokong juga dilihat semakin positif biar pun panas dengan isu penamatan kontrak penyerang sensasi Razali Umar Kandasamy, segalanya dilihat kembali stabil apabila tempat Razali Umar Kandasamy seolah-olah sudah ada penggantinya, iaitu penyerang muda Mohd Shazuan Ashraff Matthew yang berjaya meledakkan gol dalam setiap perlawanan ketika ini.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.