Karnival Remaja ‘First Touch Soccer Kid’ 2011

Persatuan Bolasepak Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak, Jabatan Belia & Sukan dan Dewan Bandaraya Ipoh akan mengadakan Karnival Remaja ‘First Touch Soccer Kid’ pada hari Sabtu 25 Jun 2011, pukul 8:00 pagi bertempat di Padang Ipoh.

Berikut adalah kategori yang dipertandingkan :

Kategori bawah 8 tahun – 4 sebelah tanpa penjaga gol / pendaftaran 6 pemain.
Kategori bawah 10 tahun – 5 sebelah dengan penjaga gol / pendaftaran 7 pemain.
Kategori bawah 12 tahun – 5 sebelah dengan penjaga gol / pendaftaran 7 pemain.

Format Pertandingan :

Ukuran Padang - 40′ x 35′
Masa Permainan - 8 minit (separuh pertama) – 2  minit (rehat) – 8 minit (separuh kedua)

Sebanyak 16 pasukan akan dipilih pada setiap kategori dan terbahagi kepada 4 kumpulan serta pertandingan akan dijalankan secara liga. Hanya Johan dan Naib Johan kumpulan akan layak ke peringkat suku akhir untuk pertandingan kalah singkir.

Hadiah semua kategori :

Johan :
Wang Tunai – RM 300 + Insentif Jurulatih RM 200 + Piala Iringan + Pingat + T-Shirt + Sijil

N. Johan :
Wang Tunai – RM 150 + Piala Iringan + Pingat + T-Shirt + Sijil

Ketiga :
Wang Tunai – RM 50 + Pingat + T-Shirt + Sijil

Suka diingatkan kepada mana-mana individu persendirian, kelab-kelab atau pihak sekolah sekitar negeri Perak yang berminat menyertai karnival ini supaya memastikan setiap pemain hendaklah memakai pakaian sukan yang lengkap untuk bermain bolasepak.

Bayaran penyertaan adalah RM 20 setiap pasukan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Jun 2011, jam 5 petang. Borang penyertaan boleh didapati di pejabat Persatuan Bolasepak Perak, No. 70A, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park, Ipoh atau boleh menghubungi jurulatih Raja Azlan Shah Raja So’ib di talian 013-5205292 untuk sebarang maklumat lanjut.

Likes(1)Dislikes(0)