Monthly Archives: June 2011

Liga Super 2011 | Perak vs Selangor (review)

logo-liga-201.jpg

Rabu , 6 Julai 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Ini merupakan perlawanan terakhir saingan Liga Super 2011. Selangor akan menjadi tetamu di Ipoh dengan misi untuk mencari 3 mata penuh dalam memastikan impian mereka menjadi juara liga menjadi kenyataan.

Biarpun juara liga masih diawangan yang menyaksikan persaingan 3 penjuru iaitu antara Kelantan, Selangor dan Terengganu. Jika kesemua 3 pasukan ini mencatatkan kemenangan dalam perlawanan terakhir ini, Kelantan akan dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2011.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Karnival Remaja ‘First Touch Soccer Kid’ 2011

Persatuan Bolasepak Perak dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Perak, Jabatan Belia & Sukan dan Dewan Bandaraya Ipoh akan mengadakan Karnival Remaja ‘First Touch Soccer Kid’ pada hari Sabtu 25 Jun 2011, pukul 8:00 pagi bertempat di Padang Ipoh.

Berikut adalah kategori yang dipertandingkan :

Kategori bawah 8 tahun – 4 sebelah tanpa penjaga gol / pendaftaran 6 pemain.
Kategori bawah 10 tahun – 5 sebelah dengan penjaga gol / pendaftaran 7 pemain.
Kategori bawah 12 tahun – 5 sebelah dengan penjaga gol / pendaftaran 7 pemain.

Continue reading

Likes(1)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Kelantan Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 14 Jun 2011
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru
8:45 Malam

Kelantan 1 – 0 Perak

Kelantan ternyata hebat. Dengan kemenangan itu, juara lagi masih diambang tiga penjuru antara Kelantan, Selangor dan Terengganu.

Babak pertama kita disajikan dengan permainan yang baik daripada pasukan Perak dengan menguasai bola namun tiada penyudah yang baik untuk Perak mendahului. Minit ke 20, Perak ditimpa malang berganda apabila Akmal Rizal diusung keluar akibat terjahan oleh S Subramaniam dan selepas itu Mohd Syahman menghadiahkan sepakan penalti selepas menjatuhkan Nor Shahrul Idlan dalam kotak penalti.

Namun begitu, sepakan penalti itu berjaya dihalang untuk Perak kembali bernafas untuk memburu gol.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Kelantan Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 14 Jun 2011
Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru
8:45 Malam

Perak bakal berdepan tugasan agak sukar di dua perlawanan terakhir Liga Super 2011. 14 Jun 2011 akan bertandang ke Kota Bahru untuk membuat perhitungan dengan Skuad Kijang sebelum menentang Selangor 6 Julai 2011 depan di Ipoh.

Misinya mudah, menang di Kota Bahru dan menang di Ipoh. Di atas kertas, Perak dan Kelantan dilihat seimbang ditambah pula dengan rekod perlawanan pertama yang mana Perak membelasah Kelantan 4-0. Namun begitu, bukan tugas yang mudah sebenarnya untuk menjinakkan Sang Kijang yang dirundung luka. Sudah semestinya mereka akan mengubati luka Piala FA apabila menentang Perak nanti.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)