Liga Super 2011 | Perlis Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Rabu, 25 Mei 2011
Stadium Utama, Kangar
8:45 Malam

Perak bakal bertandang ke Kangar untuk perlawanan ke 22 kedua-dua pasukan. Dalam pusingan pertama 5 April 2011 lalu Perak berjaya menumpaskan Perlis dengan jaringan 2-1.

Perlis ternyata masih tercari-cri rentak kemenangan selepas mereka gagal dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Lebih tertekan lagi, mereka bakal diturunkan ke Liga Premier musim depan apabila hanya mengutip 10 mata daripada 21 perlawanan dan menghuni tangga terbawah liga ketika ini.

Perak harus memanfaatkan peluang ini sebaiknya biarpun kini berjaya memperbaiki kedudukan dengan mendaki ke tangga keempat setelah menang dalam perlawanan lalu.

Kemenangan ini amat penting kerana Kedah dan Harimau Muda A mengekori rapat di belakang Perak.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2011 | Perlis Vs Perak (review)

  1. chuck

    Assalamualaikum...

    Seharusnya pertahanan Perak mesti berwaspada dalam 20minit pertama perlawanan.Ini kerana kebiasaanya Perlis berkeupayaan untuk menjaringkan gol pendahuluan terlebih dahulu.

    Kita pernah mengalami juga rata-rata pasukan lain juga pernah mengalami yang jaringan gol Perlis dilakukan dalam tempoh 20minit awal.Ini dibuktikan lagi dengan statistik game yang telah dibuat sebelum ini.

    Semoga Perak beroleh kemenangan dan pada player atau muka baru yang menggantikan first eleven sediada dapat menjalankan amanat serta memainkan watak penting dalam KEJAYAAN Perak nanti.

    Sekian..Wassalam....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.