Liga Super 2011 | Perak Vs T-Team (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 28 Mei 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 0 T-Team

Malam gemilang buat Perak, dua jaringan tanpa balas. Lebih menarik, ianya adalah hasil jaringan dua Syazwan yang berbeza.

Syazwan Roslan terlebih dahulu mencuri peluang meletakkan Perak di hadapan, berpunca sepakan penjuru lewat separuh masa pertama di minit ke 45. Beliau berjaya menanduk masuk untuk gol pertama Perak.

Separuh masa kedua, ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan hanya satu gol, muncul Mohd Shazuan Matthew yang menyambut baik lorongan Akmal Rizal Rakhli dan merembat dari tengah untuk gol kedua Perak minit ke 87 sekali gus merencatkan semangat T-Team untuk mencari gol penyamaan.

Kini Perak dilihat kembali menemui konsistensi seperti yang sebelum diawal musim. Mohd Shazuan Matthew mula mendapat sentuhan gol selain Akmal Rizal, Razali Umar Kandasamy dan Mohd Syafiq Jamal. Sekurang-kurangnya, pengendali Skuad Seladang Norizan Bakar berjaya mengetengahkan seorang lagi anak muda yang boleh menjadi peledak yang digeruni suatu masa nanti.

Likes(0)Dislikes(0)

8 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs T-Team (result)

  1. zizou85

    tahniah Perak...ini pasukan muda yang banyak potensi , norhazrul, syazwan, hisyam, fazrul, nurridzuan, syazwan ashraf matthew, hussien ..sumenye berbakat...klu tahun depan kite boleh dapatkan 2-3 pemain import yang kental dan berbisa..Insya Allah, top 3 dalam tangan.

    Perak bleh cari seorang lagi striker daripada Liga Perdana untuk gantikan Razali Umar...ada 2-3 org yang bagus...harap management action segera bagi Piala Malaysia nanti

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. chuck

      Assalamualaikum.....

      SETUJU kesemua nama diatas kecuali nurridzuan yang agak lemau!!

      Kejap import kejap idak,kejap 14 kejap 12.ntah apekebende ntah demenie..

      Cadangan kita gunapakai jer awang tempatan yang ader dan fresh untuk season depan.

      Kalo betul nak amek jugak,kita amek X-player skuad BARCA season 1992 ( dream team-batch Josep Pep Guardiola ) kita kutip yang mana ade kita higher jadikan coach untuk skuad liga super or untuk youth system kita.

      Dah jelas diorang punya philosophy bukan sahaja menampakan kemenangan malah art of football tu cukup-cukup seni tanpa dakwa-dakwi lagi.

      Dah sampai masanya untuk kita berubah!!Beralih kepada kesempurnaan....

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. Putra

    salam ..

    sekadar bertanya..
    kemana razali umar kandasamy ?
    dah kene buang ke atau direhatkan atau sebaliknya..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. hazwan

    salam.....

    tahniah buat pasukan perak atas kemenangan semalam menentang t team 2 gol tanpa balas di tambah pula dengan jaringan menarik dan juga denagn nama baru buat pasukan perak iaitu shazuan....

    apa-apa pun teruskan kemenangan baki 3 perlawanan liga lagi bagi memastikan perak dapat menduduki tempat yang terbaik musim ini....musim depan saranan aku kepada pafa agar cari salah seorang pemain iport di setiap posisi bek..midfield...striker tentu perak akan terbaikk musim depan....

    sekian...kejor yob kejor....terbaikkk yob...

    wasalam

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Assalamualaikum....

    Tahniah tahniah dan tahniah....

    Teruskan rentak kemenagan ini.Ini kerana Kedah juga tidak lagi melepaskan mata berharga walaupun menentang pendahulu liga super Terengganu.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. syidi Post author

    Salam.

    Terima kasih kepada semua yang memberi maklum balas kepada tim.

    Harapan amat tinggi untuk melihat Perak mengekalkan momentum kemenangan ini dengan hanya beberapa perlawanan yang tinggal sebelum masuk ke saingan yang berprestij iaitu Piala Malaysia 2011.

    Kemunculan Mohd Shazuan Ashraff dilihat sebagai dimensi baru saraf pemusnah yang mencermin kesungguhan Norizan Bakar untuk mencipta lebih ramai pelapis untuk tim Perak. Sekali gus menutup mulut pengkritik yang sebelum ni mengatakan Cikgu Jan seorang jurulatih 'Old Fashion' yang gemar menggunakan khidmat pemain lama.

    Bukan Mohd Shazuan sahaja malah jika kita lihat, Flanker kanan yang pernah perform dengan baik dan menjaringkan gol Fazrul Hazli Kadri, juga muka baru bagi Perak yang berjaya meraih perhatian kita.

    Percayalah, beri ruang dan peluang kepada Perak terutama pemain dan Jurulatih untuk melakukan sesuatu dan teman yakin akan ada lagi muka-muka baru yang akan MELETOP! nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. saidin

    salam...

    Aku mengharapkan Shazuan Akan diberi peluang semaksimum yang mungkin,kerana jelas prestasinya kembali berada dilandasan yang terbaik,mungkin ramai yang tidak kenal beliau, beliau seorang penyerang yang baik ketika berada didalam barisan piala presiden Selangor musim lepas.

    Diharapkan juga Shafiq jamal kembali sembuh agar cikgu Jan memiliki lebih banyak strategi,Walaupun teman kurang gemar dengan beberapa strategi cikgu Jan tapi teman berpuas hati dengan disiplin yang dipamerkan oleh pemain sepanjang perlawanan.

    Cuma kekurangan pada kali ini,apabila Shahrulnizam tiada dalam senarai,posisi tengah masih lagi belum mampu memiliki pemain yang berwibawa.

    Apa apapun good luck kepada semua yang terlibat,harapan piala malaysia pasukan Perak mampu berada di dalam peringkat akhir.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.