Liga Super 2011 | Perak vs Pahang (review)

logo-liga-201.jpg

Jumaat, 6 Mei 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Prestasi Perak yang turun naik sejak 2-3 perlawanan lalu amat menggusarkan penyokong-penyokong setianya. Pengendali Perak dilihat masih tercari-cari ramuan baru dalam dua perlawanan terakhir sebelum ini.

Terbaru ketika menentang Negeri Sembilan, yang mana perlawanan tersebut seolah-olah akan berpihak kepada Perak namun, segalanya musnah dek kerana kesilapan percaturan.

Perlawanan menentang Pahang ini akan dijadikan ‘Turning Point’ untuk bangkit. Kehadiran bekas pemain Harimau Muda, Shahrul Hafiz dilihat memberikan impak yang positif dalam penampilan pertamanya dalam perlawanan lalu. Penyokong mula resah apabila pemain dengan nama panggilan ‘Black’ itu dikeluarkan pada separuh masa kedua, dikala kepantasan beliau merunsingkan pertahanan lawan.

Para penyokong amat yakin bahawa Norizan Bakar telah menemui ramuan ideal untuk melayan Pahang di Ipoh nanti. Semoga Perak mampu bangkit dan kekal konsisten seperti yang dipamerkan di awal-awal musim lalu.

Barisan Kemungkinan:

Kamarul Effendi (GK)
Mohd Hisyamuddin
Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K. Nanthakumar
Shahrul Hafiz
Isma Alif Mohd Salim
Razali Umar Kandasamy
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak vs Pahang (review)

  1. chuck

    Salam..

    Diharapkan defend kita akan membuktikan betapa suatu masa diawal dan pertengahan musim ini mereka antara pertahanan yang terbaik dalam super league ini.

    Pada Razali,Proof it!

    wallahualam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    "jangan ada jualbeli haram" dalam mencari rezeki halal...jika benar ada insaflah...apepun harap pemain berubah, capai kemenangan yang halal, jika tertewas pun tewas dalam perjuangan bukannya pasukan tewas, pemain kenyang, penyokong tertipu...penyokong setia tetap mengharapkan kemenangan demi kemenangan "HALAL" dr pasukan Perak...

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. saidin

    Salam...

    Teman mengharapkan Black akan diturunkan lagi malam ini,dan pertahanan perlu ada perubahan dimana Ariff ismail berganding dengan Khairy zainuddin ataupun Hishamuddin,malah dipertahanan kiri Azmeer dan Pertahanan kanan Khairul izat ataupun Shazwn roslan. teman yakin dengan kesebelasan utama yang baru pasukan Perak mampu melakar kemenangan bergaya pada malam ini.

    Kepada rakan rakan yang lain berilah komen yang bernas,janganlah pula antara kita bercakaran.

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.