Liga Super 2011 | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 3 Mei 2011
Stadium Tuanku Abdul Rahman
8:45 Malam

Negeri Sembilan 3 – 1 Perak

Perak lebur buat kali keempat musim ini apabila tewas kepada Negeri Sembilan dengan jaringan 3 gol berbalas 1. Gol pertama tuan rumah pada minit ke 33 melalui kuisan Khairul Ridzwan setelah berlaku pergelutan di depan pintu gol Perak.

Pada separuh masa kedua, tuan rumah menambah gol kedua pada minit ke 56 melalui Hairuddin Omar yang berjaya memperdayakan pertahanan Perak seterusnya menyepak masuk bola melewati jangkauan Kamarul Effandi.

Hairuddin Omar mendapatkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke 73 hasil bola lambung dari luar kotak penalti Perak sebelum Razali Umar menghasilkan gol saguhati pada lewat masa tambahan hasil hantaran Akmal Rizal.

Keputusan Perlawanan Lain 3 Mei 2011:

Kuala Lumpur 1 vs 3 Selangor
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Pahang 0 vs 0 Felda United FC
Stadium Darulmakmur

Johor FC 0 vs 1 Kelantan
Stadium JCorp, Pasir Gudang

Kedah 1 vs 1 Sabah
Stadium Darulaman

Terengganu 3 vs 1 Perlis
Stadium Sultan Nasiruddin Shah

Likes(0)Dislikes(0)

34 thoughts on “Liga Super 2011 | Negeri Sembilan Vs Perak (result)

  1. Jasbisa

    ayuh perak bangkit kembali. Perkemaskan taktikal dan kesusuaian pemain. Rasanya pemain2 muda dan senior boleh berubah. Perak dah ketinggalan banyak mata dgn pendahulu liga kelantan. Cuba dapatkan kemengan untuk pulihkan motivasi yang semakin goyah akhir2 ini. Hanya dengan kemenangan mampu merubah nasib perak musim ini. Tak sabar nak tengok perak lwn harimau dan felda di lembah kelang.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum...

    Rasanya sudah lebih daripada separuh perjalanan liga yang telah pasukan Perak lalui.

    Makanya terdapatla beberapa kerja-kerja penambahbaikan didalam pasukan yang harus dibuat antaranya :-

    Gugurkan muka-muka berikut:

    1. Cekgu Jan-kepelbagaian dalam menconggak strategi/formasi dan taktik yang old fashion dan tak mencapai target.

    2.Kamarul Efendi - Berapa kali dah teman kaborkan yang budakni memang tak berbakat??tengokla malam tadi untuk kesekian kalinya gol bodoh dilepaskan..Rasa nak penerajangjer televisyen semalam.Sape ke yang beria benor suh turunkan budakni..

    3.semua budak-budak baru yang peronah masuk sebagai sub kecuali ade seorang budak yang rajin cekgu Jan turunkan awal-awal dolu tue boleh pakai.Yang lately 4-5 game ni tak payahla kot rasanya.

    4.K.nantha Kumar replaced dengan Wan Hossen(budakni walaupun mentah tapi bersemangat dan rajin)

    5.Chan wing hong

    6.Akmal rizal

    7.Shaziman budak Teluk Intan tupun gugurkanlah.

    leadership serahkan kepada Shahrul Nizam mustapha dan Khairi Zainuddin.

    yang lain masih boleh lagi untuk diguna pakai.

    Nilah kesan dari penggunaan mesin -mesin tua yang kita selalu perah dan perah.

    Baiklah cadangan teman untuk game seterusnya di Ipoh nanti.Better kita pakai sorangjer top kat belah depan nun.Sorang lagi biar support dari belakang dan banyak men kat belah tengah.Onces tengah kita hancur,maka hancurlah keseluruhan perlawanan tersebut.2 orang wings dari belah kiri dan kanan banyak men peranan untuk more attacking choice.

    Sekian..wallahuallam bissawab

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Salam..

    4-4-1-1

    Nasril Nordin

    Khairi Zainuddin Hisyamuddin

    Noor hazrul Syazwan

    Wan Hossen Shahrul Nizam/Nazri kamal

    Fazrul Hazli Isma Alif/Shahrul Nizam

    Nazri kamal/Syafiq Jamal

    Razali Umar Kandasamy / Akmal Rizal

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      Posting mike kat atas nun kata gugurkan akmal, skang nama akmal ada plak dalam lineup mike? mike ni nyanyuk ke atau mudah lupa???? mana pendirian mike yob? kejap cakap camni kejap cakap camtu??? Mike pun sama macam cikgu jan jugak...melalut je yobbb..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam..

        Teman tak nyanyuk lagi..Tapi mungkin kalo bercakap dengan mike ni kena seketul-seketul dan terang detail benor-benor kot.

        Tu line-up untuk game jumaatni.Ater Akmal Rizal dah kena gugur ke??Kalo betul dah kena gugur,bukan ke teman dah letakkan choice tue??miker tak nampak ker priority pada Razali Umar kandasamy tue?

        Maaflah kalo tak kena cara teman terangkan.Tapi itulah yang teman maksudkan.

        Muka-muka yang digugurkan tu ialah untuk season depan.Bukanya sekarang.Kalo dapat sekarang lagi bagus.Kalo tak dapat,mungkin kita boleh belajor untuk cuba kurangkan guna tenaga deme ni.Yang mana macam Akmal tu kita tak dapat pengganti lagi,pakai dululer buat sementara ni.Walaupun dalam banyak-banyak muka yang nak digugurkan tu,pada teman Akmal masih lagi dalam pertimbangan.Tapi mengenangkan sumbangan tenaga yang terhad dari beliau,maka terpaksa juga teman suggest untuk beliau digugurkan..

        Sekian,wassalam..

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. saidin

    Assalamualaikum...

    Teman agak kurang berpuas hati dengan gol gol yang dilepaskan semalam,bukanlah kesemua itu salah penjaga gol,tapi yang memainkan peranan membiarkan gol gol dilepaskan dari hasil yang hebat dilakukan oleh Nor hazrul Mustafa,kerana beliau amat rajin untuk melihat sahaja.

    Keadaan padang yang lecak,dan licin membuatkan pemain pemain mudah rasa letih ditambah pula strategi yang kurang tepat.

    Line up yang sesuai untuk perlawanan akan datang bagi teman yang hanya ada lesen memandu:

    Khairul Amri(Pg)
    Ariff ismail - CB
    Khairy zainuddin - CB
    Khairul Izzat - RB
    Hishamuddin - LB
    Black - RM
    Shahrulnizam -CDM
    Shafiq jamal -CAM
    Isma aliff - LM
    Razali - FW
    Akmal - FW

    Maka pemain seperti Nurridzuan,khalis ibrahim,Fazrul hazli boleh dijadikan super sub,tidak mustahil inilah realitinya barisan yang mampu mengerunkan dan corak taktikal yang lebih kemas.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      maafle yob...teman nak tegur cikit...khairul izzat tu men Striker...ngape mike suh men defend plak...nanti bukan 3 bolos, 4-5 gol pon bleh...

      Lagi 1 teman tak setuju letakkan Fazrul sbg sub, sbb die tak men 2 gem sbb digantung...die lah yg banyak gerakkan bola..lagi 1, koc perlu rehatkan akmal, syazwan dan shahrulnizam 1 gem sbb deme belum pernah rehat lagi, bagi org len men kejap....

      black - shahrul hafiz...mmg laju, perlu diberi peluang lagi

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. ayop

        salam..
        itulah gamaknye kalau bagi mengkome jadi coach dalam 1 hari... ataupun 1 game... yg keeper kome letak penyerang.... yang penyerang letak kan di pertahanan.. ate ape chegite ni yop? bior org yang dipertanggungjawapkan sahaja menentukan semua tu... deme ada ilmu dan di bayar gajinye... kita nengok jer sampai habis musim ni.. apa kesudahannya... jangan lah nak memandai

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. chuck

          Salam..

          Mike ni pun kalo dihitung-conggak kurang lebihjer dengan yopscout tue yop..

          Ater bior ler deme nak jadi coach sari ke apaker..

          Kalo bolasepak eropah dan liga bolasepak negara kita sendiri ada rancangan dan program realiti yang membincangkan tentang isu semasa pasukan,yang miker sibuk nak kata nyebok tu apekeheynya???

          Miker tau tak ade program yang teman maksudkan tu??Kalo belah eropah dan EPL ler yang besenya bukan ke ada Maxis,Castrol footbal crazy tue..my predictla sebagainya dan kat Malaysia kita ni ade Formasi dan sebagainya yang membincangkan tentang perkara yang teman maksudkan tue??

          Miker jangan nak cuba membataskan cari fan Perak berpikir dan memberikan pendapat.

          Bijak pandai ke idak itu terpulang pada Head coach untuk menerima pakai.

          Dia tak akan mampu berdiri dengan sendirinya tanpa ada pendokong disekeliling.Pahamkan bebaik maksud peranan fan dalam sesebuah pasukan.Bukannya sekadar datang ke stadium terpekek terlolong tak tentu pasal.

          Bior jadi katak dalam tempurung dari jadi katak didalam botol..

          Wallahualam bissawab...renung,pikir,check,bincang,tengok dan tawakal...

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. ayop

            katak dalam botol macam mike lah....bila ada sejangkal air, melompat-lompat cari peluang nak keluar..itu baru sejengkal air... bila dah penuh air.. boleh jadi macam-macam...pandai cakap sangat.. ambil lah jawatan head coach perak...baru boleh berkokok.....

            :baru terkehel sikit...terus nak buat operation...

            Likes(0)Dislikes(0)
            1. chuck

              Salam..

              Jangan ambik mudah..belajar dari kesilapan dan pengalaman yang lepas..

              :mencegah lebih baik dan mudah untuk diubati..

              takkan dah teruk sakit dan nazak baru nak tercari tempat nak berubat??

              biar banyak bercakap asalkan ade statement sendiri.jangan nanti peluang nak membantai orangjer..

              Likes(0)Dislikes(0)
                  1. ayop

                    perak sebenarnya tidak memerlukan penyokong seperti miker chuck....beremosi... mudah mental..
                    miker telan saja lah ludah miker tu sendiri... nabi muhammad tak ajar umat nya ludah muka orang lain....miker ni ikut fahaman mana ni... jenis macam miker ni lah yang buat perangai dalam stadium kalau tim kalah... buat provokasi.. sabar sahabat... melayu seperti sahabat ni kalau ada 100 orang..boleh runtuh melayu kita ni.. sabar....miker boleh beri pendapat dan jatuh kan orang dengan pendapat miker... orang boleh terima.. kenapa bila pendapat miker orang sungkit miker mental... ini dah salah cara miker ni.. berubah...
                    jadi penyokong yang baik...

                    salam..

                    Likes(0)Dislikes(0)
      2. saidin

        Teman setuju dengan zizou.....Khairul izzat memang pemain penyerang...tapi ingat tak dia pernah bermain di bahagian pertahanan kanan musim lepas.....beliau beraksi dengan cukup mantap.....malah menyukarkan pihak lawan menyerang dibahagian itu kerana larian pantasnya...

        Malah khairul izat sebenarnya seorang pemain yang serba boleh.....beliau juga sebenarnya bermain diposisi awal iaitu di posisi sayap kanan....

        Fazrul kalau dimasukkan sebagai super sub maka posisi tersebut menjadi satu posisi yang lebih baik dari sebelum ini,kerana kita mempunyai 2 pemapin sayap kanan yang begitu laju dan berkualiti ini taktikal chor,kalau ada sikit perubahan macam nie,tak dinafikan mati kutu pihak lawan.

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. robslam

    Bila teman komen skit ramai yang marah...terasa tak tentu hala, tapi hakikatnya apa yang teman kabo selama ni idak ke betul? Kalau dah pemain tak jujur bior lantak le sape pun managementnya, pakat leboh le jugak team Perak tahun ni. Sembang pasal jual game ni takde sape pun bole kasi bukti, tapi kome2 yang dah lama tengok bola ni idak ke rasa macam kena tipu je? Tahun lepas lawan N9 pun tak penah kalah, kat Ipoh menang kat Paroi lak draw...takat amik player ada nama tapi kalah yang memalukan tu apa jadahnye wehhhhh...

    Lepas ni teman harap kome komen skit pasal team, jangan dok pangkah teman je itu ini tak betul...kome semua penyokong pun sama jugak..hampehhhhhh...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. saidin

      Teman setuju dengan mike....

      Dimana ketika pasukan Perak menang masa lawan Negeri Sembilan di Ipoh,waktu itu Cocach Raja memberanikan diri menurunkan penjaga gol yang masih kain putih iaitu Khairul Amri. Waktu itu keeper tersebut telah membuktkan kewibawaan beliau yang mampu setaraf keeper Kebangsaan.

      Tapi apa apapun kita berdoa sajalah agar kepada mereka mereka yang terlibat dengan Penentuan keputusan perlawanan akan dilaknati Allah seumur hidup dan sehingga ke Hari Kiamat nanti....

      Kalau boleh seluruh anak anak Perak terus sumpahje mereka mereka yang terlibat......maka kalau diizinkan Allah time itu jugak kene sumpahan......

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. yobscout

    Semalam memang aku tak tengok di kaca televisyen pun, apa lagi pergi stadium yang jauh nun sedangkan stadium Ipoh pun aku tak pergi. Sebab aku rasa dari aku tertipu dengan sandiwara ini, baik aku tengok sandiwara drama di siaran lain. Aku dengar semua gol-gol bodoh, tapi aku rasa siapa yang tengok tuh lagi bodoh. Tak perlulah sokong lagi pasukan yang sememang dilanda pelbagai cemuhan. Sokonglah pasukan Hoki Malaysia esok mulanya Piala Sultan Azlan Shah, ada cabutan bertuah silap-silap bawa balik hadiah lagi untung.

    Kamu semua aku tengok dah mula mendiamkan diri, kenapa? malu? malu sebab apa yang aku cakapkan sebelum ini menjadi kenyataan? itulah, aku dah bilang dari awal, hentikan niat kamu nak tengok Perak berjaya dalam Liga Super tahun ini. bukan kuat mana pun selagi kuda tua berada dalam pasukan. Dan aku dengar semalam kali pertama juruletih menurunkan 3 penyerang dalam 1 1 masa, itu pun kalah? baik balik belajar dulu macam mana main PS3 atau Xbox takpun Manager football.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Raul hashim

      Kamu ni yobscout memang mcmtu le pendapat kamu..van der sar pun kuda tua jugak tapi tetap berguna buat united..so kamu jangan le nak salahkan kuda tua ni pulak..kita main satu team..bukan nak tuduh individu tertentu jer..kamu pikir guna kepala lutut..bila perak menang nanti kamu jangan terlompat-lompat macam beruk nak mengaku kamu fan perakk...salam

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        apalah mike ni Raul hashim, janganlah bantal peribadi, itu pendapat dia,apakata mike pun bagilah idea lain pulak.....kita kat sini ada hak masing masing untuk memberi idea....

        tapi kalau dari pihak PAFA tak baca lama nie pun tak guna.......

        Likes(0)Dislikes(0)
      1. Raul hashim

        Yop saidin teman bukan marah tp teman geram tengok dia..bagi le komen yang membina. jangan bila menang jer dipuji..kita kena bersatu untuk kemajuan team kita. ini tidak nak main hentam jer..lemah semangat pemain perak nanti..apa-apa terjadi perak tetap di hati..insyaallah perak akan bangkit nanti..tunggu dan lihat jer.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi

          Salam..

          Bagus..teman hargai semua komen di atas dikala team macam ni elok la komen macam tu. Tak pe masing2 dengan pendirian masing2.

          Cuma satu. Teman masih terfikir2 kenapa si 'Black' tu dikeluarkan separuh masa kedua??

          Apa masalah dia?

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. Raul hashim

            Tumle pasal syidi..black tu dah le laju..kalau cikgu jan kuar wan hossen pun xpe kan..xpe ler syidi, kita belajar dari pengalaman. nanti coach belajar dari kesilapan..

            Likes(0)Dislikes(0)
    2. chuck

      Salam..

      Setahu teman ler webni untuk football talk jer..Ke teman yang salah masuk rumah ni??

      kalo miker tak berkenan tak payah ler amek port lagi dah..retired jer dari jadi fan Seladang..

      Memang bukan hak teman nak jatuh pahala-dosa miker,kalo miker tak selesa diperlakukan begitu,tak payah ler miker mulakan dulu ngatakan fan yang masih setia nyokong bodoh pulak..

      Likes(0)Dislikes(0)
    3. zizou85

      si yobscout ni mmg terkenal kt Laman Web ni, terkenal dengan komen-komen yang negatif dan provokatif dan sengaja buat orang sakit hati. Kalau yang dah lama kt Laman Web ni tahulah siapa gerangan YOBSCOUT.

      Memang jenis penyokong lalang yang tak guna , orang jenis camni la.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. ayop

        ape ke tetiba cerita hoki di sabit kan dalam kisah perak kalah dengan n9 haritu... tu yang ayop tak paham dengan kamu ni yobscout.. kamu tak payah jadi lalang lah... baik kamu jadi batu.... batu api..

        Likes(0)Dislikes(0)
  7. seansan

    Disebabkan tidak mahu dituduh berat sebelah atau memilih kasih, semua komentar yang dihantar warga SDN tidak lagi ditapis, semua akan approve sendiri. Dan dengan ini, pihak Admin berharap anda semua berkomentar secara berhemah dan mengikut rules of 9 di seladang.net , jika tidak, kami tidak teragak-agak mengambil tindakan termasuk ban user tersebut. terima kasih.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. belanak

      Salam semua... komen diluluskan sendiri... jeng.. jeng.. jeng...

      Harap korang semua memberi komen yang berhemah dan berbudi bahasa.. memang kita ada hak dalam bersuara tetapi biarlah sebelum kita komen tu, fikir dahulu semasak-masaknya samada komen kita itu tidak mengguris hati dan perasaan kengkawan, biarlah komen kita beserta dengan fakta yang sahih dan benar... Komen-komen yang bernas datangnya dari orang yang berbudi bahasa yang tinggi dan memberikan idea yang dapat dikongsi bersama...

      Berbudi Bahasa Amalan Mulia!
      Apa yang penting... kERJASAMA!
      Apa yang penting... KERJASAMA!
      Apa yang penting... KERJASAMA!

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.