Liga Super 2011 | Harimau Muda ‘A’ Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Isnin, 9 Mei 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Harimau Muda ‘A’ 1 – 1 Perak

Perak masih gagal mencari rentak kemenangan biar pun berdasarkan keputusan mereka menampakkan sedikit peningkatan. Ketiadaan penyerang sensasi Akmal Rizal dan Razali Umar dalam senarai 18 pemain utama mengundang tanda tanya penyokong Perak.

Babak pertama, permainan Perak agak hambar dan dihukum oleh Harimau Muda A dengan jaringan lewat separuh masa pertama oleh Gary Steven Robbat untuk tuan rumah mendahului 1-0.

Babak kedua, Perak bangkit dengan jaringan dari luar kotak penalti oleh Wan Hossen pada minit ke 47. Selepas itu, permainan bertambah rancak dengan Perak mendapat satu lagi jaringan melalui Nor Hazrul Mustapha namun dibatalkan oleh pengadil perlawanan.

Akhirnya Perak akur terpaksa berkongsi satu mata dengan Harimau Muda A di Shah Alam.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Khairy Zainuddin
Azmeer Yusof
Syazwan Roslan
Mohd Nurridzuan (Mohd Nor Hazrul)
Fazrul Hazli
Shahrulnizam Mustapha (K)
Wan Hossen Wan Abd Ghani (K Nantha Kumar)
Shafiq Jamal
Shazwan Matthew(Isma Aliff Salim)

Keputusan Perlawanan Lain:

Kedah (0) V Selangor (2)
Std Darul Aman, Alor Setar

Johor FC (2) V Terengganu (1)
Std JCorp, Pasir Gudang

Kuala Lumpur (3) V Perlis (2)
Std PBKL, Cheras

T-Team (2) V Felda United (0)
Std Sultan Ismail Nasiruddin

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

6 thoughts on “Liga Super 2011 | Harimau Muda ‘A’ Vs Perak (result)

  1. sunrise

    Assalamualaikum...

    Tahniah diucapkan kepada pemain pemain pasukan Perak kerana masih mampu untuk merangkul 1 mata demi maruah pasukan negeri Perak...

    Apa yang menariknya,walaupun kedua dua pasukan terpaksa beraksi dalam keadaan yang terterkan disebabkan mutu pengadilan yang paling buruk,tetapi kedua dua pasukan mampu mendapatkan mata.Tapi sayang sekali seharusnya pasukan Perak pulang dan merangkul 3 mata namun disebabkan pengadil yang bertugas amatlah ceteknya keilmuan tentang pengadilan maka yang jadi mangsa seluruh anak anak Perak...

    Harapan untuk melihat mutu pengadilan bertambah baik dari hari ke hari hanyalah angan angan mat jenin.Kononnya dibawah pimpinan F.A.M yang baru akan ada perubahan,rupa rupanya sekadar kata kata........

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yobscout

    Aku harap kedatangan FIFA ke Malaysia mampu melakukan sesuatu dan 'melalukan' aku kembali ke Stadium yang selama ini muak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zizou85

      kedatangan FIFA tidak membantu mewujudkan pemain setaraf Kugawa, Nagomoto atau mana-mana player hebat di Asia...apatah lagi setanding dengan bakat Javier Henandez dan Valencia yang berasal dari negara kecil sahaja.

      Kalau mike taknak sakit hati atau terkena sakit jantung, muak ke, baik mike tak payah fikir pasal tim Perak , lagi baguih...sokong je la tim2 penjajah...org putih sebenarnya gelak besar sbb mereka hanya menyokong pasukan negeri/ tempatan bukan seperti orang kite yang terkinja-kinja sokong tim deme..

      Kualiti pengadilan di Malaysia mmg bermasalah, tapi itu bukan punca utama corak permainan hambar pasukan di Liga M , ok..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        maafla yer,teman nak menyibuk sikit nie,
        bagi teman apa kata kata yobscout tuer sebenarnya memang teman setuju,kedatangan wakil wali F.I.F.A ke malaysia sebenranya amat bagus,dimana di Malaysia sukan bola sepak menjadi agenda rasuah paling besar,dan membuatkan keutusan perlawanan boleh diketahui sebelum perlawanan bermula.

        Mike zizou janganlah emosi sangat,info yang diberikan oleh si yobscout tuer adakalanya benar belaka,cuma perkara perkara nie,tak didedahkan oleh F.A.M kerana sudah pasti perjudian diharamkan.

        Kalau pemain pemain di Malaysia terutama di Perak kalau mereka mereka nie,tak terlibat dengan rasuah kualiti perlawanan liga M lebih baik dari kualiti Liga luar negara.
        Kalau tak percaya research dalam youtube dimana rakaman perlawanan yang dibuat disana.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. syidi Post author

          Ramai yg belum sedar benda ni sebenarnya. Bolasepak kita dalam kategori tenat sebenarnya. Jadi, elokla FIFA datang bawak Interpol. Bersihkan Bolasepak Malaysia.

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. ayop

            biar ada bukti kukuh baru boleh buat tindakan.... angin yang bertiup kencang belum tentu hujan akan turun... jangan lemparkan tohmahan... buat siasatan.. yang salah tetap akan bersalah......memfitnah lebih besar dosanya dari membunuh.....

            Anti Pemfitnah:

            Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.