Liga Super 2011 | Felda United Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Ahad, 22 Mei 2011
Stadium PBKL, Cheras
8:45 Malam

Felda United 0 – 1 Perak

Penantian penyokong Perak sejak beberapa perlawanan lalu untuk meraikan kemenangan akhirnya dikecapi juga di Cheras malam Isnin lalu.

Akmal Rizal kembali berbisa apabila meledakkan gol tunggal perlawanan minit ke 10 hasil hantaran Mohd Shazuan Matthew.

Pun begitu, rentak perlawanan dicemari kekasaran demi kekasaran yang menyaksikan 2 pemain Felda United dilayangkan kad merah.

Perak bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang ketika pasukan bermain 9 orang untuk menambah jaringan.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2011 | Felda United Vs Perak (result)

  1. chuck

    Assalamualaikum..

    Alhamdulillah teman panjatkan rasa syukur kehadratNya...
    Semoga kemenangan semalam menjadi turning point kebangkitan skuad Perak.

    Game yang boleh tahanlah hambarnya...

    Pujian untuk semua staf PAFA dan juga player untuk kemenangan semalam beside fan yang hadir.

    Shazuan Matthew agak ok untuk first half.

    Nuridzuan rasanya masih belum bersedia untuk menggalas posisi yang ditinggalkan oleh Isma Alif semalam.

    Wan Hossein baik.

    Fazrul Hazli- Bukan malam miker

    Lain-lain - Baik

    Walau apapun tahniahlah untuk kemenangan tersebut.

    Jika penambaih-baikan kesebelasan akan datangpun mungkin Nuridzuan patut dan layak untuk direhatkan.

    Untuk penggantian Shahrulnizam dan Hisyamuddin yang suspended mungkin coach ade player yang baik untuk pengisian posisi tersebut.

    Sekian wassalam...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Alhamdulillah..

      Harap dapat menang dengan Perlis pulak. Bukan ape, pening nak menjawab dengan kawan-kawan kenapa Perak teruk sangat sekarang ni.

      Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Insyallah misi best 5 bukanlah mustahil untuk Perak season nih..

    Benar bak kata cekgu Jan,kita amek game Perak satu persatu.

    Tapi untuk memuaskan hati penyokong Perak biarlah game bertemu Kelantan dan Selangor nanti menjadi game terbaik untuk membuktikan Perak mampu menumbangkan sesiapapun.

    Insyallah jika game dengan selangor jatuh pada ari jumaat or sabtu,stadium Perak di Ipoh akan penuh serta dibanjiri dengan lautan putih,kuning dan hitam..Insyallah.....

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.