Monthly Archives: May 2011

Liga Super 2011 | Perak Vs T-Team (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 28 Mei 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 0 T-Team

Malam gemilang buat Perak, dua jaringan tanpa balas. Lebih menarik, ianya adalah hasil jaringan dua Syazwan yang berbeza.

Syazwan Roslan terlebih dahulu mencuri peluang meletakkan Perak di hadapan, berpunca sepakan penjuru lewat separuh masa pertama di minit ke 45. Beliau berjaya menanduk masuk untuk gol pertama Perak.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Perlis Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Rabu, 25 Mei 2011
Stadium Utama, Kangar
8:45 Malam

Perlis 1 – 2 Perak

Perak langkah kanan di Kangar malam semalam dengan berjaya membawa pulang 3 mata berharga. Biarpun di kejutkan dengan jaringan awal separuh masa kedua pada minit ke 49.

Biarpun begitu, anak-anak buah Norizan Bakar ternyata tidak mudah melatah dengan jaringan lawan sebaliknya bangkit dengan jaringan melalui Mohd Shazwan Matthew pada minit ke 65 menjadikan kedudukan 1-1.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Perlis Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Rabu, 25 Mei 2011
Stadium Utama, Kangar
8:45 Malam

Perak bakal bertandang ke Kangar untuk perlawanan ke 22 kedua-dua pasukan. Dalam pusingan pertama 5 April 2011 lalu Perak berjaya menumpaskan Perlis dengan jaringan 2-1.

Perlis ternyata masih tercari-cri rentak kemenangan selepas mereka gagal dalam 3 perlawanan terakhir mereka. Lebih tertekan lagi, mereka bakal diturunkan ke Liga Premier musim depan apabila hanya mengutip 10 mata daripada 21 perlawanan dan menghuni tangga terbawah liga ketika ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Felda United Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Ahad, 22 Mei 2011
Stadium PBKL, Cheras
8:45 Malam

Felda United 0 – 1 Perak

Penantian penyokong Perak sejak beberapa perlawanan lalu untuk meraikan kemenangan akhirnya dikecapi juga di Cheras malam Isnin lalu.

Akmal Rizal kembali berbisa apabila meledakkan gol tunggal perlawanan minit ke 10 hasil hantaran Mohd Shazuan Matthew.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)