Liga Super | Perak vs Kuala Lumpur (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 26 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Ramai dikalangan penyokong Perak meramalkan kebangkitan Skuad Seladang di Ipoh malam Selasa ini. Perak bagaimana pun perlu berbuat demikian dalam memastikan rekod cemerlang di laman sendiri.

Di Stadium Cheras ketika perlawanan pusingan pertama, Perak berjaya membawa pulang 1 mata setelah terikat 1 – 1 hasil jaringan Syafiq Jamal.

Tidak dinafikan, jadual yang padat menyukarkan para pemain untuk memastikan mereka dalam keadaan yang bersedia 100%. Tahap kepercayaan penyokong Perak kepada pengendali dan persatuan kini dilihat semakin meningkat. Buktinya, penyokong Perak yang dulunya ‘menghilangkan’ diri kini kembali ke pangkuan skuad kesayangan mereka.

Namun begitu, kekalahan bukanlah asing bagi penyokong Perak setelah beberapa musim ‘ditimpa musibah’. Oleh yang demikian, kemenangan malam ini amat ditagih. Harapan penyokong amatlah tinggi musim ini.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Chan Wing Hoong
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)