Liga Super 2011 | Terengganu Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 23 April 2011
Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu
8:45 Malam

Perak gagal memanfaatkan peluang meraih tiga mata berharga ketika bermain di Ipoh tempohari, dan kini berdepan tugasan yang agak sukar untuk mencari tiga mata berharga di Kuala Terengganu.

Permulaan musim agak baik oleh Perak, namun dipertengahan musim agak tercalar reputasi dan memerlukan sedikit rombakan untuk meneruskan saingan dalam Liga Super 2011.

Jelas sekali pihak lawan telah dapat membaca strategi permainan Perak. Oleh yang demikian, Norizan Bakar perlu memerah otak untuk mencari idea baru agar dapat diserap dengan sempurna ketika bertandang ke Kuala Terengganu nanti.

Harapan penyokong begitu tinggi sekali. Mereka amat mengharapkan agar ada pemain-pemain muda yang selama ini sekadar mengisi bangku simpanan di bawa masuk sebagai kesebelasan utama Perak.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Chan Wing Hoong
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain 22 April 2011:

Kelantan V Perlis
Std Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

Kuala Lumpur V Felda United
Std PBKL, Cheras

Perlawanan Lain 23 April 2011:

Selangor V Sabah
Std Likas, Kota Kinabalu

Johor FC V T-Team
Std JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan V Pahang
Std Tunku Abd Rahman, Paroi

KedahHarimau V Muda ‘A’
Std Darul Aman, Alor Star

Likes(0)Dislikes(0)