Liga Super 2011 | Terengganu Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 23 April 2011
Stadium Sultan Nasiruddin Shah
8:45 Malam

Terengganu 3 – 0 Perak

Perak tewas lagi buat kali ketiga musim ini apabila ditewaskan oleh skuad Penyu dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Gol awal tuan rumah hadir seawal minit ke 15 melalui sepakan kencang Abdul Hadi Yahya.

Pada separuh masa kedua, Terengganu menambah derita skuad seladang apabila giliran Reeshafiq Alwi yang mendapat umpanan cantik Abdul Hadi pada minit ke 68 untuk menjadikan kedudukan 2 – 0.

Joseph Kalang Tie menyudahkan malam gemilang buat penyokong tuan rumah apabila menyumbang gol ke-3 pasukan hasil bola muntah yang disambar dari penjaga gol Perak, Mohd Nasril Nourdin.

Keputusan Perlawanan Lain 23 April 2011:

Selangor (2) Vs (1) Sabah
Std Likas, Kota Kinabalu

Johor FC (2) Vs (1) T-Team
Std JCorp, Pasir Gudang

Negeri Sembilan (3) Vs (1) Pahang
Std Tunku Abd Rahman, Paroi

Kedah (1) Vs (2) Harimau Muda ‘A’
Std Darul Aman, Alor Star

Likes(0)Dislikes(0)

14 thoughts on “Liga Super 2011 | Terengganu Vs Perak (result)

  1. yobscout

    Lama aku tunggu artikel ni. aku tunggu untuk terus membetulkan apa yang aku cakap sebelum ni. Jelas atau tidak, coach terus meletakkan pemain 'kesayangan' beliau sebagai kesebelasan utama. Dan dari 8 percubaan yang sepatutnya membawa gol kepada terengganu dipersiakan penyerang mereka. Jika ini terus berlaku, Perak tak perlu pasang angan-angan untuk menjadi juara Liga Super atau mengecap sebarang piala tahun ini.

    Oh yer! mesti kamu semua mengatakan mereka pasukan baru dan masih belum genap setengah tahun, Jadual padatlah, pemain cedera lah, stamina kuranglah.. apa lagi alasan kamu untuk terus membangkang pendapat peribadi aku?

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      Hohoho...kalah lagi wehhhhhh...mana2 dia penyokong tegar perak ni??? kamon le wehh.. baru 3 kali kalah bukan 13 kali kalah...alahh lagipun jadual kan padat..so alasan memang konkrit sangat le penatkan? Porahhhhhh.... 2,3 musim dulu pun jadual yang fam buat ni memang haprak, memang padat dan sendat...takde masalah pun nak berbunyik dalam paper bercerita itu ini pasal penat ke haper. Kalau dah tua memang masalah bab fitnest nih, takde dolak dalik lagik..padan le kata yobskot kita ni...kuda2 tua memang jangka hayat tak lama punye. SKang dah turun tangga ke berapa liga ni? hahahaha...nasib le kome dapat harapan palsu.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Raul hashim

        Adat le menang kalah dalam sesebuah game. apa yang kome tak puas hatinya?? Pemain dah cuba yang terbaik..ingat coach tu pilih pemain main ambik suka kerr. kome ada ke tengok prestasi pemain muda dalam latihan..kalau kome tak tau senyap jerr. cikgu jan ada alasan tersendiri pilih pemain berpengalaman..dia pun tak suka kalah..kome cakap pandai ler..cuba kome jadi coach baru tau..tumpo ke tidakk

        Likes(0)Dislikes(0)
      1. saidin

        salam...

        Aku setuju dengan kata kata yobscout dan robslam....
        Coach hanya tahu menggunakan pemain yang sama,walhal team ada 25 pemain,inilah masanya gunakan tenaga baru.

        Pemain tua sebenarnya berguna tapi tak bolehlah dihenjut sampai tamat liga ni. pemain pemain simpanan harus diberi ruang yang secukupnya pula,macam Ariff ismail pemain utama musim lepas tahun ni diberi ruang yang sikit lepas tu posisi yang bukan posisi asal beliau.Azmeer beri peluang sekali menunjukkan peningkatan tapi sekali sahajalah peluang yang dapat pun.

        Khairul Amri langsung tiada ruang untuk beraksi,macam pilih bulu je coach ni. Ingat apa bekas pemain kebangsaan tu hebat sangat ker,udahlah hancur,gol gol yang bolos tak masuk akal. Bukan tak boleh terima kekalahan tapi kekalahan yang menjatuhkan maruah anak anak Perak.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. ayop

          salam..

          biar perak dipalat kan dengan kata-kata nista, di persetankan dengan cemuhan... kenapa kalah 3-0?
          kalah 70-0 pun biarlah.. tetapi untuk sekali ayop mencemar duli meludah kahak diatas tanah bernama perak TIDAK SEKALI-KALI!!!...... pegang erat panji-panji kebesaran, biar berjuta lalang dan kudis buta yang menjatuhkan perak negeriku... berundur tidak.. akan ayop simpan kahak sehingga padat memancut keluar.. untuk ku sembur membunuh lalang tatkala 1 hari nanti perak dinobatkan JUARA PIALA MALAYSIA kelak...

          perak negeriku....

          Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    "Penyokong mahukan KEMENANGAN sahaja selepas ini" jgn ada lagi kekalahan. "ALERT" lah semua warga yang berTANGGUNGJAWAB" ke atas pasukan Perak. teruskan usaha untuk kejayaan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. yusteroy

    Salam semua, teman harap cikgu jan dapat pelbagaikan taktik/formasi & variasikan pemain-pemain yang hendak diturunkan bergantung kepada strategi pasukan lawan sebelum & semasa perlawanan. Pusingan ke 2 nie cabaran semakin besar sebab kita akan bertemu pasukan-pasukan yang sama & semestinya sudah mengetahui corak permainan kita.

    Mungkin cikgu jan boleh mencuba formasi 4-5-1 iaitu menggunakan seorang penyerang tunggal & 5 pemain tengah, ini mungkin serba sedikit akan membantu pasukan sekiranya jentera tengah kita dikunci seperti 2-3 perlawanan lepas. Formasi ini boleh juga divariasikan ke 4-3-3 dengan kedua-dua pemain sayap sebagai pembantu penyerang selain seorang 'attacking midfielder' bertindak sebagai 'playmaker' di belakang penyerang utama.

    Teman rasa cikgu jan lebih arif bab taktikan nie sebab teman nak cakap lebih pun teman takde SPM (Sijil Perjurulatihan Bola Malaysia). Kalau teman tersilap cakap harap jangan lerr marah teman. Cuma pandangan dari insan yang kerdil di hutan batu.

    Semoga yob terus berjaya dari tahun ke tahun. Kejor Yob Kejor!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. keristujuh

    ape kata cikgu jan ambil yobscout & robslam jadi playerz Perak, manatau boleh menang, macam lantangnya komen-komen diorang ni. diorang ni cekap ni. "ape kata" letakkan di mana-mana posisi pilihan diorang , bagi peluang diorang main tengok...Penyokong pasukan manapun tak sanggup melihat kejatuhan pasukan yang disokongnya tetepi dua orang tersebut ternyata sungguh pelik, sokongan apakah yang korang berikan ini,???apepun buat yang berkenaan dengan pasukan perak, realisasikan impian penyokong setia, jangan gadaikan maruah anda semata-mata wang ringgit..."ingatlah"

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      salam... ayop setuju sangat kalau yobscout dan robslam diserapkan dalam pasukan.... memandangkan robslam lebih terarah ke posisi penjaga gol... sering mengutarakan kelemahan posisi no 1 pasukan itu.. kita sokong dia ambil alih keeper perak.. dan yobscout pula kita gantikan dia dengan akmal rizal yang konon nya kuda yang tua, yang tak mampu memberi fitness untuk 90 minit....esok boleh turun latihan... sebab dalam berjuta-juta penyokong perak.. yang dua ni pun pelik sikit dalam semangat kenegerian nya....

      mudah-mudahan

      Likes(0)Dislikes(0)
  5. ausbos

    kepada semua penyokong setia perak tak perlulah layan mamat 2 orang ni yang suka buat kaca...lagi dilayan lagi menjadi-jadi...biarkan deme sahaja yang berceloteh kat sini...kita berkomentar dengan isu-isu yang mampu menaikkan semangat pasukan dan penyokong perak...yang penting jangan layan...aman la nanti ruangan ni...

    Ape yang penting kerja sama
    ape yang penting kerja sama

    hidup perak!!!!!!!

    *target pengurusan tahun ni masih realistik....masih di atas landasan...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.