Liga Super 2011 | Selangor Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 16 April 2011
Stadium Shah Alam, Selangor
8:45 Malam

Setelah bergaya membenam ‘The Red Warrior’ tempohari, Skuad Seladang akan bertandang ke laman ‘The Red Giant’ pula untuk membuat pertaruhan seterusnya yang juga persaingan untuk menerajui takhta Liga Super 2011.

Pertembungan ini dilihat sama kondisinya seperti menentang Kelantan tempohari kerana Selangor juga dilihat sebagai pencabar utama dalam saingan Liga Super 2011.

Terkini, Selangor yang berjaya kembali menemui rentak kemenangan dalam perlawanan lalu setelah dimalukan T-Team 0-2. Mereka bangkit mengatasi Felda United tempohari dengan 1-0.

Pun begitu, Perak dilihat memiliki kelebihan jika dilihat daripada rekod terkini di atas kertas. Itu bukan lesen untuk Perak bersenang lenang ketika ke Shah Alam nanti. Onak ranjau pasti menanti kelak kerana Selangor sememangnya menantikan pertemuan ini kerana sudah semesti mereka mahu menguji barisan anak buah Norizan Bakar yang dilihat rakus membaham Kelantan dalam perlawanan lalu.

Perak diharap dapat mengekalkan keampuhan pertahanan dan menambah keberkesanan barisan tengah serta kejituan barisan serangan dalam menghadapi pasukan yang memiliki taktikal dan teknikal yang tinggi seperti Selangor ini.

Tidak salah jika dikategorikan pertembungan ini sebagai ‘Buku Bertemu Ruas’ yang akan menyaksikan bukan sahaja pemain malah pertarungan kehebatan penyokong yang bakal menghangat suasana di Stadium Shah Alam malam Ahad nanti.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Chan Wing Hoong
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain 16 April 2011:

Terengganu V Felda United
Std Sultan Ismail Nasirrudin, Kuala Terengganu

Kelantan V Sabah
Std Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

Kuala Lumpur V T-Team
Std PBKL, Cheras

Johor FC V Harimau Muda ‘A’
Std JCorp, Pasir Gudang

Kedah V Pahang
Std Darul Aman, Alor Setar

Perlis V Negeri Sembilan
Std Utama, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

15 thoughts on “Liga Super 2011 | Selangor Vs Perak (review)

  1. khairol

    salam..

    apa yang menariknya pada perlawanan menentang selangor sabtu ini dengan kembalinya khairi zainuddin. tak ada apa yang nak di komen dengan pasukan perak. semuanya dalam keadaan terbaik. apapun kekalahan di kota kinabalu harus di jadikan iktibar. bermain di tempat lawan bukanlah sesuatu yang mudah. setakat ini keputusan perlawanan di luar ipoh belum begitu memberangsangkan.

    kalau diamati, penjaga gol selangor, iqbal sering gagal menangkap kemas bila di asak. kelemahan ini harus diambil kesempatan oleh barisan penyerang perak.

    InsyaAllah teman akan bersama-sama turun memberi sokongan di shah alam sabtu ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    sama-sama gegarkan stadium shah alam. kalah atau menang, penyokong harus menyokong dengan setia. jangan bila menang sahaja bangga dengan pasukan pabila kalah beri cemuhan. doa dan harapan agar perak akan akan menewaskan red giant pulak. selangor pun bukan mudah untuk dikalahkan, jadi perlu berusaha keras untuk mencapai kemenangan dengan selangor ini.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Assalamualaikum dan salam perjuanagan...

    Angin perjuangan bertiup kencang dari Ipoh untuk menghadapi selangor pada malam besok.

    semangat perjuanagn hendaklah kian menebal tatkala moral kita dilandasan yang paling selesa dengan sekembalinya pulohan ribuan peminat setia.

    Teman harapkan dengan kepercayaan yang diberikan ini,player kita akan terus berjuang serta bersemangat hingga ke minit akhir permaianan.

    Ayuh kita ber"mexican wave" di Stadium Shah Alam malam besok.......

    wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. ayop

    salam..
    kepada wira-wira ku.. berjuang lah dengan penuh keikhlasan,
    hingga ke tiupan wisel yang terakhir..mudah-mudahan

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. yobscout

    Tidak kemananya pasukan jika masih ramai langau-langau yang makan kenyang diluar 'stadium' , jangan mudah terpedaya dengan kesungguhan pasukan untuk menerajui takhta liga. Ini kerana 'permainan' jutawan-jutawan dunia telah menentukan setiap perjalanan pasukan. Sokongan kamu semua cuma 'tepuk sebelah tangan' sedangkan mereka mengikut telunjuk 'jurulatih' diluar padang. percayalah, Perak akan menemui kekalahan demi kekalahan kelak.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Lain kali jangan komen lagi la kat sini. Kalau berani tampil dengan bukti yang setiap perlawanan ada percaturan haram.

      Teringin gak nak tengok sapa yang mengatur perlawanan ni. Jangan omong kosong je. Binatang kalau diajar pun lagi kan pandai kalau bab bercakap ni.

      Kita manusia kena realistik bukan fantasi semata-mata. Teman katakan kome-kome yang mulakan spekulasi ni BACUL.

      Ni web untuk menyokong bukan nak 'main tarik tali'. 'Baling batu sembunyi tangan' lepas tu pukul dari belakang.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. spectator

        setuju syidi...apa masalahnya yob kita tu..? teman pn naik heran...perkara yang diperkatakan tu semuanya lapuk belaka...boleh menimbulkan kemarahan di kalangan kita sebagai tulang belakang kekuatan pasukan...

        jangan pedulikan...dia sebenarnya yang langau...yang penting kita ni yang tak mudah goyah berikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita...

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. aziz

      Salam...

      Teman setuju dengan kata kata Yobscout,
      dimana keputusan perlawanan sebenarnya banyak ditentukan oleh jurulatih berkelas jutawan diluar padang...

      Yang pastinya keputusan perlawanan esok akan mengejutkan,mungkin dengan kemenangan,seri atau kekalahan untuk pasukan Perak belum pasti.Tapi yang pasti 6 biji bola akan dibolosi.......

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. active11

        Berat pertuduhan sampai lepaskan 6 gol. Andai tiada aral melintang, teman akan hadir pada malam ini untuk menyaksikan Perak. Jadi teman nak lihat sendiri kebenaran disebalik ramalan itu.

        Lagi satu, elok yobs & aziz tampil mengemukakan bukti. Usah sama bersekongkol dengan drama bookies. Junjung tinggi martabat agama dan kesali kesilapan lampau.

        Pemain; bola dikaki anda. Tepuk dada tanya iman.

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. ayop

        salam...

        ada langau rupanya dalam SDN ni.... apa ni sahabat?...
        ingat kat dalam media tv je ada gejala langau suka mentafsir sesuatu kejadian dengan menabur fitnah...ru panya kroni-kroni nya ada dalam SDN ni...nak tuduh siapa dalam kem perak yang buat camtu? nak tuduh cikgu norizan ker? atau nak tuduh khairi zainudin? atau akmal rizal? ada rupa macam pencari wang haram ker? ada bukti boleh sembang chor...jangan buat dosa kering yop... solat minta keampunan... jangan ulangi lagi... orang tak suka sahabat... jangan sembang macam palat..

        Likes(0)Dislikes(0)
    3. chuck

      Assalamualaikum...

      Teman nak menafi mahupun menidakkan seperti apa yang mike nyatakan tu.Cuma teman tertanya-tanya samada ianya benar-benar berlaku dalam pasukan mahupun tidak.

      Jika ianya benar,buktikanlah.Jika betul jumlah jaringan yang yob Aziz katakan itu betul menunjukkan jumlah jaringannya 6,maka perkara ini mungkin akan kita sama-sama siasat serta cari kebenarannya.Kalo takat mike kata maybe menang,kalah or seri?Apa kejadahnya??dah memang itu result yang bakal terbit..Takde pulak result mangko ke,kanjer ke,nyeronggeng pun yang kuar.

      Harap perkara sebegini tak mengangu moral pemain kita menjelang sepak mula pada malm ini.kita seharusnya mengelakkan serangkan anasir dalam ataupun espionaj sebegini kerana ianya bakal menjahanamkan pasukan.

      Teman juga bersetuju dengan pendapat yang saudara teman Seasan katakan dibawah.Kerana apa??kerana dalam baik ada buruk dan dalam buruk ada baik.Pro & kontra inilah yang bertahun telah teman perjuangkan bersama rakan-rakan lain di SDN.net ini.Berkali di "BAN"hanya kerana dahulunya apa yang deme nampak teman seakan menegakkan benang yang basah.Tapi kini teman bersyukor pada hadrat Ilahi kerana dengan perkenannya kita masih lagi disini bersama memperjuangkan bola sepak Negeri Perak yang tercinta ini.

      "Berani kerana benar"usahla kita hanya pandai membaling batu tapi bacul menyembunyikan tangan.

      Pandangan teman ini lebih bersifat peribadi tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun waima PFA sendiri.Jika ade khilah teman mohon ampun dan maaf.Ayuh bangkit dan bangunlah kita bersama-sama untuk memperjuangkan pasukan yang selama ini kita perjuangkan biarpun kita pernah berada di Zaman kejatuhan dan kemelesetan performance sebelum ini.

      Likes(0)Dislikes(0)
  6. Aizat2011

    Assalamualaikum.......

    Sebelum teman memberi komen tentang perlawanan dengan selangor dengan Perak, terlebih dahulu teman ingin pendapat sebenarnya web site seladang.net adalah web site memberi pendapat yang bernas,memberi komen kepada pasukan Perak dari segi kebaikan bukan mencaci dan menghina,lagi satu berkaitan komen-komen yang pedas,menghina pasukan serta menuduh berlaku menjual permainan adalah tanpa bukti yang kukuh dan nyata adalah di larang ini kerana ia akan memberi kesan negatif kepada pembaca dan peminat di seladang.net..Di harap pihak pengurusan seladang.net menapis komen-komen yang tidak berasas sebelum menyiarkan di dalam web site seladang.net.

    Mengenai perlawanan menentang Selangor teman arap dan yakin Perak akan memenangi dan mengalahkan selangor jika bermain dengan "TEAM WORK" seperti perlawanan menentang Kelantan tempohari..Di atas kertas Perak memilki kelbihan dari segi Pertahanan, mildfied yang bagus dan aktif serta serangan yang mengucar-kacir pertahanan lawan sehingga menghasilkan gol..Di harap juga watak penting seperti Akmal Rizal dan Razali bermain sebagai twin striker di bantu Shafiq jamal dan arul di barisan tengah bermain pada malam ini..Teman menyeru semua penyokong Perak di Lembah Kelang datang beramai-ramai memberi sokongan kepada pasukan kesayang kita Perak..IPOH MALI TARAK SOMBONG

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. seansan

      salam, untuk makluman semua, setiap komen dan pendapat sememangnya telah ditapis oleh pihak admin di selasang.net ini. Dan banyak komen tidak diluluskan kerana perkara yang remeh temeh seperti berpolitik, berbaur perkauman, provokasi dan penggunaan perkataan lucah. Walaubagaimanapun, komen yang tidak melanggar peraturan walaupun bersifat 'negatif' terhadap pasukan, sebenarnya memberi pro dan kontra agar ianyalah boleh dibahaskan disini selagi ianya tidak melanggar 9 of rules yang ditetapkan oleh pihak seladang.net

      apapun pihak admin senantiasa mengambil perhatian terhadap beberapa individu yang 'panas' disini untuk mengambil tindakan termasuk 'ban' user dari terus menjadi komuniti di seladang.net . Berkomentarlah secara dedikasi dan tanggungjawab kerana komuniti SDN adalah semua komuniti elit dalam memberi info dan pendapat yang bernas untuk dibahaskan.

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. slash

    Salam

    Memang tak dinafikan 'bookie' ni ada malah result2 EPL, World Cup dan lain2 kebanyakkannya dah dikawal oleh 'bookie'. Jadi jutawan-juatawan laknat akan 'betting' - menang, seri @ kalah - menang, seri @ kalah (jaringan). Macam tak percayakan. Tapi World Cup yang lepas benda ni la yang jadi. Apa yang dikatakan oleh Yobscout & aziz ada betulnya.

    Tapi aku tetap akan menyokong pasukan perak! Jumpe di Shah Alam nanti!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. Jasbisa

    teman ada kelas malam ni, insyaallah kalau sempat teman turun shah alam. Kali terakhir tengok Perak main live kat stadium semasa lawan KL tempoh hari. Teringin sangat nak tengok twin striker Akmal dan Razali di barisan hadapan. Shafiq boleh jadi attacking midfielder. Arul, Isma dan Hazrul boleh feed bola. Defend so far nak komen, mantap..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.