Liga Super 2011 | Selangor Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 16 April 2011
Stadium Shah Alam, Selangor
8:45 Malam

Selangor 1 – 0 Perak

Kebanjiran Yob Yong di Stadium Shah Alam pada mulanya membayangkan Sang Seladang akan terus ‘naik minyak’. Akan tetapi, biarpun Perak ‘menang’ dengan penyokong yang lebih ramai jika dilihat dari mata kasar, Perak gagal mempamerkan aksi yang seperti sebelumnya.

Biar pun dihidangkan dengan beberapa aksi yang hampir-hampir menceriakan penyokong-penyokong Seladang, namun itu hanya tinggal ulasan yang tidak bermakna.

Rentak kemenangan Selangor dilihat makin menjadi dengan kombinasi semua posisi dilihat begitu ampuh dan berkesan. Perak pada mula bermain agak baik, namun sekali sekala Selangor menyerang memang mendatangkan bahaya. Ternyata Selangor menemui ramuan ideal untuk merobek kubu Perak yang dikatakan kebal.

Perak mendapat beberapa peluang antaranya percubaan Akmal Rizal yang tersasar melewati palang dan terbias pertahanan Selangor dikala beliau telah berjaya memperdaya 4 orang pertahanan lawan.

Razali Umar Kandasamy yang masuk menggantikan Syafiq Jamal juga dilihat tidak mampu memecah kebuntuan setelah Selangor berjaya memperkuatkan pertahanan mereka.

Hasilnya, minit ke 71 Syafiq Rahim berjaya menyempurnakan peluang terhidang dengan rembatan deras setelah bola gagal dikeluarkan ke kawasan selamat oleh pertahanan Perak sebelumnya.

Secara kasarnya, barisan tengah Perak gagal mengatasi kelincahan barisan tengah Selangor yang dilihat lebih efektif membuat hantaran-hantaran kepada barisan serangan mereka.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Nasir Basharuddin)
Mohd Syafiq Jamal (Razali Umar Kandasamy)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 16 April 2011:

Terengganu(1) V Felda United(0)
Std Sultan Ismail Nasirrudin, Kuala Terengganu

Kelantan(0) V Sabah(0)
Std Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bahru

Kuala Lumpur(3) V T-Team(1)
Std PBKL, Cheras

Johor FC(0) V Harimau Muda ‘A’(1)
Std JCorp, Pasir Gudang

Kedah(1) V Pahang(0)
Std Darul Aman, Alor Setar

Perlis(3) V Negeri Sembilan(2)
Std Utama, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

13 thoughts on “Liga Super 2011 | Selangor Vs Perak (result)

  1. Fiq

    Salam 1 Seladang..

    Kekalahan kali ini bagi teman amat mengecewakan. Ternyata semua pemain perak seperti terkunci di setiap posisi. Semua hantaran tidak menemui rakan. Terutama pemain tengah Perak, K. Nanthakumar dan Shahrul Nizam. Terlalu banyak kesilapan yang boleh mengundang padah. Kita sudah sedia maklum yang pemain selangor mempunyai pemain sayap yang cukup gemarkn 'Counter Attack', siapa lagi kalau bukan Amirulhadi Zainal.

    Setelah Selangor mendapat gol awal, ternyata selangor menukar strategi bertahan, tetapi Perak bermain seperti sedang mendahului perlawanan dan keadaan itu lah selangor mengambil kesempatan melancarkan serangan mengejut yang boleh mengejutkan pemain pertahanan perak. Permainan Perak hanyalah 60 peratus dari yang sebenarnya.

    Apa yang dapat simpulkan di sini adalah biar kita kalah, tetapi teman amat terkejut apabila penyokong Perak lebih ramai daripada penyokong tuan rumah. Tahniah Fan Perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yob_ampunk

    Syabas Perak.... Biarpun kalah namun kesungguhan untuk menang telah ditunjukkan. Ayuh bangkit pasukan Perak. Kita ajar selangor bila main kat ipoh nanti.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. slash

    Salam.

    Perak tak berjaya mengekalkan momentum permainan seperti melawan kelantan selasa lepas. Ntah kenapa terlalu longgar sampai pemain selangor terlalu rileks berlari sana-sini dalam kawasan perak. Perak tak compact!. Tengah selalu hilang bola expecially nantha. macam ada yang tak kena! Barisan depan pulak agak lembik dan perak sememangnya memerlukan penyerang yang berani mati untuk terjah dalam kotak penalti. itu yang missing.

    Apa pun harap cikgu jan dapat baiki terlalu banyak kelemahan yang dapat dilihat semalam. harapan aku yang dok jauh dr ipoh sememangnya mengharapkan permainan yang bermutu drp team perak smlm tapi apakan daya. hanya game yang sekali sekala bermain dilembah kelang baru mengizinkan aku untuk pergi memberi sokongan.

    memang aku hampa tapi nak buat macam mana. tunggu jela next game yang entah bile. apa pun diharapkan graf pasukan perak bercerun +ve dan bukan -ve.

    Kejor yop kejor. Lain kali kite jumpe lagi. Tahniah Selangor.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. syidi Post author

    Salam.

    Apa yang teman dapat simpulkan, Perak is not perform as well as before. Seperti dalam artikel yang teman tulis di atas Selangor dapat ramuan untuk pecahkan defend Perak.

    Mari kita rungkaikan. Pertama sekali macam mana Selangor dapat? Kalau tak silap berpunca daripada set pieces corner kick by Hardi Jaafar. Dia punyer kelebihan in swinger yang baik membuatkan keeper nak keluar tak keluar 50-50. Defend kita dah huru hara time tu.

    Then, bola dikeluarkan dari kawasan gol. Banyak kali jadi macam tu. Teman memang dah agak akan terhasil gol. Memang betul, cara tu saja yang boleh Selangor cari gol. Dikala semua defend tumpu dalam kotak penalti untuk bantu Nasril nourdin, mereka lupa untuk marking player yang diluar kotak penalti.

    Kelemahan yang teman nampak, Perak terikut cara permainan Selangor dan jentera serangan kurang dapat umpanan, puncanya, Midfield tak hidup.

    Seperkara lagi menarik teman tengok, pertarungan Isma dan Amirul Hadi. Ternyata Isma kena banyak belajar lagi. Buktinya, AmirulHadi dengan mudah melepasi Isma Alif di bahagian tepi. Samalah juga dengan Fazrul Hazli.

    Selangor pun bukanlah hebat sangat. Banyak peluang yang Perak dapat. Dalam keadaan kita bertemu lawan yang taktikal dan teknikal nya mantap macam Selangor ni, pemain Perak kena SHARP bila beroleh peluang. Inilah yang lazimnya diamalkan oleh tim yang orang kata kurang kuat dan terdesak.

    Setiap peluang mesti gol. Biarlah kita dipaksa bertahan 90 Minit pun. Create counter attack, lepas tu make sure berpeluang untuk buat gol.

    Lain-lain perkara. Pertahanan lepas ni kena kerja keras sambil bahagian tengah membantu. Compactkan kubu pertahanan dan tambah tahap 'alert' terhadap setiap lawan. Gol padang adalah mustahil kepada lawan kalu bertemu Perak. Tapi diorang boleh makan melalui Set Pieces yang accurate.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. robslam

    Apa cerita kak limah wehhhhhh.... udah kalah tapi jawapan pengurus kat dalam paper kata still puas hati walau kalah? Haritu kalah dengan Sabah puas hati jugak ke? Lepas ni lawan Ganu plak, stanby le jawapan...Kami berpuas hati walaupun kalah !!!! Takat nak kalah bodo2 camni baik bagi team dulu time Karathu & Raja Azlan main jek, tentu kalah tak penat peminat datang dari jauh semata2 nak tengok team kalah dah le tiket mahal....

    Sama je musim ni dengan musim2 dulu peminat semua tertipu dengan sandiwara pemain sendiri yang tutttt tuuttt tuuuttt, LU PIKIRLAH SENDIRI !!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      Ha..sori teman lupa nak tambah...mana dia peminat setia dibelakang pasukan yang konon sokong sangat pasukan walaupun menang dan kalah???? skang dah kalah berapa kerat je nak komen??? yang lain mana??? tutup muka dengan bantal ke wehhh??? itulah Tuhan marah kalau kita RIAK !!! asal kalah je mesti tak ramai yang nak komen tapi kalau menang semua mengaku die hard fan...porahhhlah !!!

      PENYOKONG LALANG !!!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. spectator

        yob..bawak bersabar...biasa la kalah..adat menang....mike kalau nak marah-marah macam ni tak payahla nyokong perak...semua fans tak nak perak kalah...siapa-siapa yang ke shah alam tempoh hari teman percaya mesti teruja dan bersemangat tengok kebanjiran penyokong-penyokong...itu yang kita nak...menang kalah tu adat...bab pengurus komen tu benda biasalah yob...mike tak tau perkembangan bolasepak dunia ke? nun di epl team-team giant yang kalah pun macam-macam la alasan deme...mike jangan la menyempitkan lagi fikiran tu...malu teman baca komen mike...dari yang lain2 ni komen baik mike jangan komen...bagus lagi deme-deme yang mike kata tak nak komen tu...apa hak mike nak menyuruh deme komen...komputer-laptop-broadband deme mike yang bayar ke?

        kesimpulannya...kalau nak jadi penyokong kuat, baik kita bersatu hati menyokong...bukannya cari perkara-perkara negatif untuk 'cucuk' penyokong-penyokong lain supaya jangan kuat menyokong...penyokong yang ampuh takkan banyak komen walau terpaksa berabis masa,wang dan tenaga...kecewa kalah itu tetap ada...tapi semangat PASTI takkan hilang! LU YANG KENA PIKIR SENDIRI!

        Likes(0)Dislikes(0)
      2. active11

        Teman bukan lalang. Baru pagi ni dapat singgah di web SDN.

        Rumusan perlawanan dengan Selangor, pemain Perak longlai..kena tingkatkan prestasi untuk pertemuan akan datang.

        Ps: Elok kiranya pemain PERAK berguru dengan mufti, tahu halal haram duniawi. Penyokong juga sama, patut tahu hukum memfitnah. Betul tak robslam? Kita juga kena rajin-rajin berguru juga. Jangan baling batu sembunyi tangan.

        Likes(0)Dislikes(0)
      3. Fiq

        Salam Yob Robslam..

        Memang teman dah agak perkara 'lalang' ni akan berlaku. Kebanyakan yang berlagak pandai memberi komen dan pandangan di dalam ruangan komen ni hanya wayang semata-mata. Tengok la bila dah kalah macam ni senyap. Tiga tahun lepas teman sudah jangkakan perkara ni akan jadi. Hakikatnya, memang banyak 'Penyokong Lalang' daripada penyokong setia. Kepada yang terasa hati tu, minta maaf la ye.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. ayop

          salam semua...

          penyokong lalang ada dua jenis... pertama penyokong negeri lain and jadi ahli SDN, berpura-pura mencintai perak...tunggu masa yang sesuai perak mengalami kekalahan dan kejatuhan.. penyokong lalang yang pertama ini akan mengerakkan jentera pemusnahnya memporak perandakan keadaan... jadi batu api segera untuk lihat kemusnahan perak.

          penyokong lalang yang jenis kedua nya, ialah anak jati hidup nya di perak...hati dan jiwa raga nya hanya untuk perak...tetapi dia tak sanggup melihat perak kalah mahupun terjatuh..marah dimulut dihati tidak... sembunyi-sembunyi ambil tahu tentang perak, beli jersi dan sebagai nya....ini hakikat 2 jenis penyokong lalang yang yob roslam maksudkan... yop roslam ni yang pertama ke atau yang kedua?....

          tepuk dada tanya selera.... wallahualam

          Likes(0)Dislikes(0)
  6. syidi Post author

    Panas memang panas. Teman nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua sekali yang komen di atas. Memang bertuah Perak dapat fans macam kome-kome semua.

    Dunia semua tu. Lupakan. Yang penting kita kena bersatu. Pemain-pemain Perak must be alert at all time dengan penyokong. Kita nampak kesungguhan deme-deme ni. Nak pulak yang kaki tengok live kat stadium.

    Jujur teman katakan ada segelintir pemain yang tidak pamerkan kesungguhan semasa bermain lawan Selangor. Satu Malaysia tengok live di TV masa belasah Kelate tempohari. Macam mana main? Ok sangat-sangat.

    Tapi masa dengan Selangor? Fikir la sendiri. Sayangilah Fans anda. Tanpa Fans siapa lah pemain. Belajar hargai orang lain selain dari diri sendiri.

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. keristujuh

    Perak tetap dihati walau kalah dan menang...terima kasih semua pemain yang sudi berjumpa bersalam dan tandatangan pada jersey teman pada malam game di shah alam hari tu...apepun tahniah buat team perak fa..syabas dan usaha untuk mencapai kemenangan demi kemenangan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. syidi Post author

    Yob..tak dinafikan banyak dah fans page sekarang ni. Tapi sejak bila?

    Facebook tu kira baru la. Teman admin web ni teman pun nampak. Reaksi orang. Dalam FB pun teman pantau.

    Masalah nya sekarang coach tak baca web ni lagi. Kalau coach Raja Azlan dulu hari-hari dia baca komen-komen dalam ni.

    Apa-apa pun teman bangga dengan SSU. You All The Best! Keep Support Our Team. Adat mana-mana tim pun kalau kalah kirim salam di angin lalu je memang tak ler. Tu yang kategori lalang.

    Sape-sape yang kenal teman deme tau. Last minute nye geng sampai stadium. Cakap mula-mula tak nak pegi, tiba-tiba sampai ke Kuantan. Hehe..

    Pachenko, keep support. SDN always here for you.

    Sayangi Perak!!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.