Liga Super 2011 | Sabah Vs Perak (review)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 9 April 2011
Stadium Likas, Kota Kinabalu
8:45 Malam

Perak bakal bertandang Ke Malaysia Timur iaitu Sabah untuk meneruskan cabaran perlawanan Ke 10 Liga Super 2011.

Jika sebelum ini Perak menentang pasukan terbawah liga, kali ini Perak akan berdepan pasukan di tangga kedua dari bawah liga. Sabah ternyata masih tercari-cari rentak, daripada 8 perlawanan mereka hanya menang sekali, 3 seri dan kalah 4 kali.

Seperti perlawanan sebelum ini, Perlis hampir-hampir mengejutkan Perak dan kali ini, Perak harus lebih berwaspada dan Jurulatih Norizan Bakar perlu lebih bersedia mengaturkan strategi yang ampuh untuk memastikan kemenangan Perak di Likas nanti.

Perak ketika ini mula menjadi bualan ramai terutama media yang mana telah berjaya mengekal rekod tanpa kalah selepas 9 perlawanan. Keadaan ini sekali gus bakal membangkitkan semangat juang yang jitu kepada setiap pemain Perak untuk meraih kemenangan seterusnya.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Chan Wing Hoong
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain:

8 April 2011

Perlis V Kedah
Std Utama, Kangar

9 April 2011

Johor FC V N.Sembilan
Std JCorp, Pasir Gudang

Kelantan V Felda Utd
Std Sultan Muhammad Ke IV

Terengganu V Harimau Muda ‘A’
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Selangor V T-Team
Std Shah Alam

Kuala Lumpur V Pahang
Std PBKL, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

One thought on “Liga Super 2011 | Sabah Vs Perak (review)

  1. tmgsari

    Assalamualaikum,teman sentiasa mengikuti perkembangan pasukan perak dari zaman dari dulu hingga sekarang.Memang teman mengharapkan pasukan perak dapat meneruskan rentak kemenangan apabila bertemu dengan pasukan sabah.Cuma disini teman ingin meluahkan pendapat agar cikgu Jan dapat menyediakan pemain-pemain sokongan andaikata pemain-pemain utama cedera atau digantung kelak seperti yang diperkatakan oleh saudara chuck,active dan zizou85.Sekarang ini stadium perak semakin ramai penyokong yang hadir apabila melihat kebangkitan perak.

    Tetapi perlu diingat apabila kekalahan pasukan berlaku ,besar kemungkinan peratusan penyokong datang ke stadium akan menurun.Memang betul mana ada pasukan yang tidak pernah kalah dalam liga,sekurang-kurangnya pasukan perak cuba bersedia untuk mengatasinya dengan menyediakan pasukan yang mantap.Oleh itu saya berharap pihak pengurusan dan jurulatih dapat memantapkan pasukan dengan mengunakan sumber pemain yang ada.Paling ketara bahagian serangan kalau boleh cuba pemain- pemain penyerang simpanan yang ada seperti razali umar khandasamy,mohd shazuan dan khairul izzat.

    Mungkin peminat pernah melihat atau mendengar nama razali umar khandasamy dan khairul izzat tetepi mohd shazuan mungkin asing.Liga sudah 9 perlawanan dilalui tidak termasuk piala fa tetapi jentera serangan masih mengharapkan akmal untuk menjaringkan gol.Teman harap cikgu Jan dapat mempelbagai jentera serangan agar lebih mantap.

    Memang teman tidak arif tentang kejurulatihan,tetapi sebuah pasukan kalau menguasai permainan tetapi gagal menjaringkan gol tak ada guna jugak dan lebih memburukkan lagi keadaan pasukan kalah.Pada pendapat teman tak salah menurunkan pemain simpanan sekarang agar menghasilkan keputusan yang positif di penghujung liga daripada menurunkan pemain tersebut dipenghujung liga kerana liga akan bertambah sengit di penghujung liga kerana ada pasukan memburu kejuaraan liga dan ada juga yang mengelakkan pasukan dari terjatuh ke liga perdana.

    Ibarat kata perpatah SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN TAPI KALAU DAH TERANTUK BARU NAK TENGADAH DAH TAK ADA GUNA LAGI.

    Semoga pasukan perak dapat meneruskan rentak kecemerlangan ini.

    SKOR YOB SKOR..........

    KEJOR YOB KEJOR....................

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.