Liga Super 2011 | Sabah Vs Perak (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 9 April 2011
Stadium Likas, Kota Kinabalu
8:45 Malam

Sabah 2 – 1 Perak

Stadium Likas menjadi saksi kekalahan pertama Perak dalam saingan Liga Super 2011. Tekad Sabah sebelum perlawanan bermula menjadi realiti dengan tunduknya Perak di tangan mereka.

Terlebih dahulu Perak mendahului 1-0 hasil tandukan Syafiq Jamal minit ke 17, dan berjaya mengekalkan keputusan itu sehingga separuh masa.

Separuh masa kedua, Sabah yang tidak berputus asa berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 49 yang menyentap semangat pemain-pemain Perak.

Ketika Perak leka sambil mengasak mencari gol kemenangan, minit ke 67, Sabah berjaya memusnahkan harapan Perak.

Namun begitu, Perak terus mengasak sehingga akhir perlawanan, tetapi tidak dapat mengubah keputusan perlawanan Sabah 2 – 1 Perak.

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.