Liga Super 2011 | Perak Vs Terengganu (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 19 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Ramai dikalangan penyokong Perak meramalkan kebangkitan Skuad Seladang di Ipoh malam Rabu ini. Perak bagaimana pun perlu berbuat demikian dalam memastikan rekod cemerlang di laman sendiri.

Terengganu, merupakan pasukan yang dilihat agak konsisten dengan kini menghuni tangga kedua Liga Super 2011 ketika ini dengan 24 mata. Kemenangan ini amat penting dalam Perak menghambat pendahulu liga Selangor.

Tidak dinafikan, 2 perlawanan kebelakangan ini dan perlawanan menentang menentang pasukan dari pantai timur ini amat memeritkan buat Perak. Mana tidaknya, ketiga-tiga pasukan iaitu, Kelantan, Selangor dan Terengganu merupakan pesaing paling hebat tahun ini.

Tahap kepercayaan penyokong Perak kepada pengendali dan persatuan kini dilihat semakin meningkat. Buktinya, penyokong Perak yang dulunya ‘menghilangkan’ diri kini kembali ke pangkuan skuad kesayangan mereka.

Namun begitu, kekalahan bukanlah asing bagi penyokong Perak setelah beberapa musim ‘ditimpa musibah’. Oleh yang demikian, kemenangan malam Rabu ini amat ditagih. Harapan penyokong amatlah tinggi musim ini.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Chan Wing Hoong
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain 19 April 2011:

Selangor V Sabah
Std Shah Alam

Perlis V Kelantan
Std Utama, Kangar

Felda United V Kuala Lumpur
Std PBKL, Cheras

T-Team V Johor FC
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pahang V Negeri Sembilan
Std Darul Makmur, Kuantan

Perlawanan Pada 20 April 2011

Harimau Muda ‘A’ V Kedah
Std Shah Alam

Likes(0)Dislikes(0)

2 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Terengganu (review)

  1. Fiq

    Salam 1 Perak..

    Teman amat berharap Perak akan melakar kemenagan kali ini. Jika 3 mata penuh berjaya di kutip, nescaya ini adalah hadiah kepada DYMM Tuanku Sultan Perak, memandangkan tanggal 19 April setiap tahun adalah Hari Keputeraan Tuanku. Dengan berkat hari bahagia ini, diharapkan Perak akan mencipta satu kejayaan untuk dipersembahkan kepada para peminat setia Skuad Yob. Lupakan kekalahan lalu, teruskan perjuangan.

    Digeruni Lawan, Disegani rakan seangkatan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    doa dan harapan agar Perak dapat menewaskan pasukan terengganu...usaha dan bermainlah dengan penuh ketenangan, gunakan akal fikiran bukannya kudrat semata-mata serta capai kemenangan berharga buat perak

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.