Liga Super 2011 | Perak Vs Terengganu (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 19 April 2011
Satdium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 1 Terengganu

Perak gagal mengutip mata penuh di Ipoh apabila sekadar seri 1-1 dengan Terengganu malam tadi. Biarpun dijangka Perak akan mencipta kemenangan setelah kecundang di Shah Alam.

Gol tunggal Perak diperolehi melalui sepakan penjuru Isma Alif Salim yang disambut cantik oleh Syafiq Jamal dengan sepakan yang menarik.

Namun begitu, dikala berkira-kira untuk beroleh tiga mata, Mohd Syahman menghadiahkan penalti kepada Terengganu setelah menjatuhkan Ashari Samsuddin dalam kotak penalti. Dengan mudah Abd Hadi Zainal menyudahkan untuk terikat 1-1 hingga tamat perlawanan.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Syahman Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 19 April 2011:

Selangor(1) V Sabah(0)
Std Shah Alam

Perlis(1) V Kelantan (5)
Std Utama, Kangar

Felda United(2) V Kuala Lumpur(1)
Std PBKL, Cheras

T-Team (1)V (1)Johor FC
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Pahang(1) V Negeri Sembilan(1)
Std Darul Makmur, Kuantan

Perlawanan Pada 20 April 2011

Harimau Muda ‘A’ V Kedah
Std Shah Alam

Likes(0)Dislikes(0)

29 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Terengganu (result)

  1. chuck

    Assalamualaikum..

    Credit untuk fan yang hadir pada malam itu.Lama dah tak lalui detik parking kete sejauh roundboard kedua susur ke JPJ depan mobil/esso nun.Kali ni jam baru nak masuk kul 8.00 am parking dah sampai situ.Fuhhhh....

    Sepatutnya dengan sokongan padu yang hadir dari puluhan ribuan penonton sebegitu ditambah lagi dengan hari keputeraan DYM Sultan PErak,player sepatutnya menghadiahkan sesuatu yang berbaloi.

    Maaf untuk kali ini,teman lebih cenderung memuji kehadiran penonton yang hadir.Untuk player,tepuk dada tanyalah selera.

    Sekian..Wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. keristujuh

    semangat pemain-pemain serta semua warga Perak FA amat dihargai, termasuk penyokong-penyokong setia menyokong (tidak termasuk penyokong yang "sokong tetapi menghamburkan ayat-ayat tidak menyokong setianya pada pasukan Perak"). kali ini seri setelah tewas dengan selangor, usaha untuk kemenangan selepas ini, pasti akan dapat dicapai jugak. apepun tahniah buat Perak fa.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. sunrise

    salam......

    Tahniah kepada semua penyokong perak yang hadir demi manikkan maruah warga negeri Perak...

    Teman teramat tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil malam tadi yang menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Terengganu kononnya Shahman pertahanan kanan pasukan Perak mengasari pemain Terengganu didalam kotak penalti,walhal jelas dimata kami semua bahawa pemain lawan dikasari kira kira dua ke tiga inci dari garisan luar kotak penalti.

    Lagipun kedudukan pengadil berada dibelakang pemain lawan,sewajarnya pengadil pergi ke kawasan berkenaan dan melihat kesan dimana ianya berlaku,bukan membuat keputusan sesuka hati.

    Pengadil menghentikan perlawanan kira kira tiga ke empat minit kononnya dengan alasan penyokong menganggu perlawanan dengan membaling objek ketengah padang,walhal ketika perlawanan dihentikan tiada lagi balingan objek cuma kesemua penyokong yang hadir sekadar memaki pengadil,adakah ianya menganggu atau mampu mencederakan pemain pemain.

    Kenapa ketika pasukan Perak beraksi di kuala terengganu, penyokong membaling dengan begitu banyak objek sehingga mampu mencederakan pemain tetapi tiada pula keputusan untuk menghentikan seketika perlawanan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yobscout

    Sudah aku katanya, tidak jauh mananya skuad musim ini jika masih mengharapkan kuda-kuda tua untuk terus bersaing dalam liga super tahun ini. Salah siapa? pengurusankah atau 'juruletih' , balik-balik muka yang sama diturunkan walhal kita sudah tahu kemampuannya hanya setakat itu. Mana penyerang muda seperi Izzat yang menggantikan Syafiq Jamal semasa ketiadaan Razali Umar? bukannye dia masih muda namun kewibawaan beliau untuk setanding dengan pemain handalan lain telah mampu dibuktikan?

    Mana Penjaga gol seperti Amri? sebagai penonton dibangku penonton sahajakah sehinggakan musim ini langsung tidak disenaraikan. Apakahkuda-kuda tua ini masih mampu untuk menjalankan tugas tatkala jadual yang ketat bulan April dan Mei ini? Sudahlah perjalanan perlawanan mudah dibaca lawan, tidak pula mahu mengubah tektikal. Aku tidak lagi ke Stadium musim ini kerana aku tahu apa yang akan berlaku setiap malam.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ayop

      orang-orang seperti yobscout ini lah yang kalau dikumpul menjadi banyak.. perak pasti turun ke liga premier satu hari nanti....orang-orang seperti yobscout ini jugaklah yang sentiasa berdiri di dalam stadium menghamburkan kata-kata nista menjatuhkan team... senyum bila dapat tepukan penyokong yang seangkatan dengan yobscout ni.... jangan persoalkan cara coach bekerja hanya setelah mengalami 2 kekalahan dan berlonggok seri.. dia makan gaji halal... tentu ada sebab dia turun razali dan simpan izzat....dia bergerak bukan seorang... ramai pembantu di belakangnya...bukan calang-calang orang yang sentiasa membantunya... kalau yobscout dah tahu apa akan jadi setiap malam perak beraksi.. baik tak payah adakan perlawanan.. tunggu result dari sedara je...

      berubah..... demi kesejahteraan bersama..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. Fiq

        Salam,

        Sebanarnya apa yang dikatakan oleh Yobscout ada juga benarnya. teman bukan nak menyokong penuh kata-kata saudara yoscout, cuma kadang-kadang kita perlu juga menerima pandangan orang lain. Semua orang sudah maklum bahawa sekiranya jika sesuatu benda digunakan tanpa henti, sudah pasti akan rosak atau perlu dibaiki. Begitu juga dengan player, jika tenaga digunakan dua kali seminggu, setiap perlawanan teman yakin kecederaan pasti berlaku. Jurulatih harus berani mempertaruhkan pemain muda dan harus percaya akan kemampuan pemain.

        Teman juga percaya, para pemain yang berada di bangku simpanan akan berasa iri hati dan amat mengharapkan akan diturunkan sebagai pemain utama. Diharap kita perlulah menerima setiap pandangan orang lain demi Pasukan Perak agar lebih maju dan mantap di masa hadapan.

        Likes(0)Dislikes(0)
    2. spectator

      apekehe yobscout? kalau macam inilah gayanya, ate lebih baik mike buang perkataan'yob' tu....kalau dinilai perlawanan semalam memang kita patut rasa kecewa dengan permainan pasukan.tapi cuba kita bezakan pencapaian perak pada pusingan pertama liga super musim ini berbanding situasi yang sama pada dua musim yang lepas. nah ?! ada beza ke tidak? kita bersaing hebat dengan pasukan-pasukan handalan negara musim ni berbanding dipandang sebelah mata pada dua musim yang lalu. jadi siapa yang bermain musim ini? bukankah si kuda-kuda tua ni yang menyumbang kepada kedudukan ini? dua musim yang lepas? siapa yang bermain? bukankah pemain-pemain muda yang telah diberi peluang namun tidak menggunakan peluang tersebut.siapa yang salah? apa point yang nak menyokong untuk menurunkan pemain-pemain muda yang telah terbukti ketidakkeberkesanannya?

      mike mempersoalkan nasril nourdin.setakat ini penjaga gol mana yang melepaskan gol paling sedikit? pertahanan mana yang paling ampuh? bukankah molek si khairi si kuda tua diadun dengan pemain-pemain muda berbakat seperti hisyamuddin dan syazwan roslan. khairul izzat? berapa gol dia sumbang musim lepas? apa efektifnya dia untuk pasukan perak musim ini? si kuda2 tua ni teman rasa lebih bersemangat cuma memang lumrah pastilah adanya kelemahan. kita still ada pemain2 muda yang cukup meningkat naik musim ini untuk bertindak sebagai 'backup'. kalau setakat baru kalah 2 perlawanan pun mike dah meroyan haihh entah lah...

      harus diingat musim ni kita dalam proses rebulding our team. tapi kita dah nampak sedikit sebanyak hasilnya...penyokong sudah kembali ke stadium. sesuatu yang sangat dirindui setelah 'hilang' 2 musim. itu yang teman nampak paling berjaya setakat ini. walaupun kecewa dengan permainan seperti semalam, tapi penyokong tak perlu menggelabah.penyokong berhak kritik tapi biarlah yang menyumbang kepada kejayaan pasukan. bukan kritik membunuh seperti mike.

      teman setuju mike tak datang stadium dah.elok sangatlah tu. kami penyokong perak tak perlu 'penyokong' seperti mike

      wallahualam...harap maaf..

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. adios

        Lame bebenor teman tak ngomen ye.

        Teman nengok dari kejauhan jek. Mike ni spectator, masa tim kalah dulu dok salahkan pengurusan, politik la haper la.
        Udah2 la tu yob.

        Setia konon. Peerahhh! Mana mike masa 2008/2009?

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. spectator

          salam yob adios...steady!

          teman rasa teman tak kenal mike...mike pn xkenal teman gamaknya...jadi tak payahla nak mempersoalkan kesetiaan teman kepada team perak ni.

          bab pengurusan/politik tu, tak payahla teman nak komen...dah terbukti jelas depan mata...

          mana teman musim 2008/09. eh teman ada je tiap kali perak main di stadium...tiap kali waktu rehat, koje teman ngira berapa ramai penonton yang ada masa tu..syahdu sungguh.tapi kalau disuruh mengira penonton musim ni, tak terdaya le teman.

          ok yob adios...babai

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. adios

            Hahaa..Dari ayat mike dan gaya tulih tu teman tau sapa mike. Janganla berselindung disebalik lalang sehelai wahai Cikgu Azwan Tajuddin.

            Likes(0)Dislikes(0)
    3. syidi Post author

      Yob. Kita minat dan sokong bolasepak. Jadinya, kita kena faham Standard Rules atau Garis Panduan asas dalam menguruskan sesebuah pasukan bolasepak.

      Teman ni bukanlah pandai tapi ada belajar la jugak bab-bab kejurulatihan bolasepak ni dan ada jugak bertanya dengan orang bijak pandai dalam bolasepak ni.

      Sebenarnya, sebagai pemain bolasepak profesional ni, mereka akan sentiasa bersaing sesama sendiri untuk menempatkan diri dalam senarai 18 terbaik. Daripada 18 terbaik akan bersaing pulak untuk yang dikatakan First Eleven.

      Setiap hari dalam latihan Jurulatih akan perhatikan dan kalau jurulatih tu mantop dia ada list atau Graf pencapaian setiap pemainnya. Daripada situ dia akan buat pemilihan untuk membariskan 18 pemain utama untuk perlawanan seterusnya.

      Jadi, selepas ni, kalau rajin turun ke Ipoh tengok pemain-pemain Perak berlatih setiap hari dan kalau Coach silap pilih pemain untuk 18 yang utama baru mike komen kat sini bagi tau yang lain. Jangan sembur je, malu.

      Selepas ni, teman tak nak tengok lagi komen-komen membabi buta dan kadang-kadang tu tak masuk akal. Kita mesti jadi penyokong yang bijak di zaman serba moden ni. Jangan lah nanti kita dikatakan 'Jumud' sangat.

      Teman tidak berniat nak malukan sapa-sapa, cuma nak kongsi pengetahuan. Wallaahuaklam.

      Likes(0)Dislikes(0)
    4. ausbos

      salam...kalau pemain tengah top form tak perlu la tukarkan pemain tersebut atau rehatkan pemain tersebuut...rugi la kalau mcam tu...mike komen nasril sebab dia lepaskan gol...adat la keeper mana yang tak lepaskan gol dan mike kena ingat berapa banyak gol yang dibolosinya...

      tua-tua pun kalu berisi ape salahnya daripada muda tp mangko...betul ke tak?

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. ayop

        salam... yup.. ini teman setuju.... bersabarlah dan bersyukur dengan apa yang telah diperolehi... kalau kita bersyukur nescaya ganjaran selebihnya akan menanti kita kelak.. salam ke ampunan pada para sehabat...

        perak no 1.

        Likes(0)Dislikes(0)
  5. Fiq

    Salam.

    Apa sudah jadi dengan Seladang? Sekarang di tangga ke 5 di dalam carta liga setelah Kedah berjaya menewaskan Harimau Muda A. Semenjak tewas di tangan Selangor tempohari, Perak seakan-akan masih dibayangi oleh kekalahan tersebut.

    Kepada jurulatih dan pemain, gunakan setiap peluang yang ada dan gunakan juga tenaga yang masih segar. tidak salah kalau mencuba sesuatu yang baru. InsyaAllah, Perak akan digeruni.

    *Kereta kalau tidak di servis, lama-lama rosak. Faham2 je la.

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ausbos

    salam...kepada semua pengkritik harap anda semua maklum dan realistik...target team kali ni adalah top 5 dan jika dapat lebih baik dari tu adalah bonus...

    kalu dah pengurusan letak target macam tu harap anda semua pun kena paham...tapi setakat ni keptusan yang pasukan perak capai adalah yang terbaik dan masih lagi dalam target pengurusan...

    janganlah dek kerana 2 kekalahan sudah berbunyi team ni tak bagus la, kuda tua la, juruletih la dan bermacam-macam lagi...kalu setakat duduk rumah tunggu je keputusan dalam paper baik tak payah nak komen melampau-lampau...penyokong yang setia adalah penyokong yang mampu menerima kekalahan dan kemenangan pasukan...

    bagilah moral support pada pasukan jangan nak downkan pasukan...kalau nak downkan pasukan baik tak payah masuk dalam forum ni...bagi tau kat kami semua wahai pengkritik-pengkritik melampau team mana dalam dnia ni tak pernah jatuh?

    Likes(0)Dislikes(0)
  7. yobscout

    Kamu semua tak perlulah nak tunjuk pandai, kerana aku lebih tahu dari kamu semua, lihat sahaja, 1 tangga ke 1 tangga kita jatuh, percayalah nak capai top 5 pun agak sukar kalau pemikiran juruletih seperti kamu semua. Kalau dengan Terengganu pun seri, maka jawabnya ulangan saingan Piala FA akan berlaku sekali lagi di Kuala Terengganu. Perak tidaklah sehebat mana pun jika dibandingkan dengan pasukan elit lain, kononnya bolos Perak paling sikit, kekentalan pertahanan paling mantap, apa gunanya kalau serangan tidak menghasilkan jaringan? Lihat sahaja K. Nanthakumar, masuk minit ke 60 dah pancit tapi tak tukar-tukar juga, kenapa?? pemain muda masih belum bersedia? Habis? buat apa sain kontrak kalau tak boleh main???? Sokongan penyokong pembakar semangat pasukan? mana?? stadium penuh pun seri jugak. Apa?? nak bangga dengan reputasi belum pernah kalah digelanggang sendiri pulak??? sudah lah...

    Apapun aku tak perlu komen kamu semua kononya cakap pandai, tapi habuk pun tarak

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. Fiq

      Salam yob..

      Tak payah la komen panjang lebar kalau tengok game Perak dalam TV je. kalau nak tau datang stadium, jangan berlagak pandai sangat. Kita ni penyokong moden, bukan penyokong jahiliah yang tak dapat bezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Kalau mike rasa komen mike boleh pegi jauh, teman syorkan mike terus berdialog dengan Cikgu Jan. Teman hairan la, dulu masa Perak down tak nampak pun komen mike yang panjang lebar, bila Perak meningkat naik ada pulak mike. Mike ni spesis lalang mana?

      Kalau nak komen terus menerus bagi komen yang membina dan cadangan yang boleh diterima pakai. Maaf kalau terkasar bahasa.

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. wan

      tak payah comment la kalau komen anda tidak menyumbang ke arah positif.yang kamu tahu hanya menyalahkan orang je.cuba bagi kata-kata semangat...

      Likes(0)Dislikes(0)
  8. ausbos

    tak komen pun bagus..tunggu dan lihat je keputusannya..mike pun dah tau dah keputusan sebelum game dilangsungkan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  9. Raul hashim

    Kita sebagai fan perak kena bersatu agar team kita tidak mudah hilang semangat..Time kita menang kome puji bagai nak rak..adat le menang dengan kalah..kita bukanlah teruk sangat main aritu..cuma nasib je tidak menyebelahi kita. kome kena faham bola itu bulat..barcelona pun kadang-kadang main hancur jugak tapi diaorang bangkit game akan datang. teman percaya kita pun macam tu jugak.Coach lebih mengenali pemain nya..Kome jangan nak pandai-pandai tunjuk lagak..Kalau pandai sangat jadi le jurulatih..kita tengok kome mampu ke tidak bagi team menang jerr..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. robslam

      Haa..baru sekarang kome kate coach lebih tau tentang player? musim lepas, musim sebelum tu bukan kome2 jugak yang memandai kata percaturan tak betul le..pemain itu tak bagi main..pemain ni tak kasi main..ater apa lebihnya Cikgu Jan ni kita tak bole tegor? Nasib dia baik sebab management tahun ni bajet banyak, bole amik player macam2...kalau dia bebetul handey pakai budak tahun lepas le nak tengok bole lepas ke idak? dengan perangai Razali yang macam biskut tu takde ke mana team tahun ni pun...harapan palsu wehhh..

      Cuma teman tahun ni belum ada makhluk yang komplen pasal pengadil...pelik jugak puak2 ni takmo komplen dah pasal pengadil...adakah pengadil tahun ni lain dari tahun lepas???? Pendek kata kalau kita tak pandai menari jangan salahkan lantai tinggi rendah..muhasabah diri dan yang paling penting jangan suka RIAK !!! Cikgu Jan punya percaturan bukan coach lain je tahu...peminat pun dah tau dah sape dia kasi main dan style yang sama gitu gitu jugak...takde beza apa pun kita dah no 5 skang kat liga...tunggu le pasnih makin turun kebawah...

      Kenyang le KOME wehhhhhh......

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. yobscout

        Betul tu! apa yang dikatakan oleh kamu mudah je untuk difikirkan, andai kata kuda tua tiada dalam pasukan, nescaya juruletih pun pening memikirkan cara untuk kesebelasan utama yang rata-rata pemain muda. Walhal kenapa kamu semua tahu pula maki hamun ketika pengurusan lama yang tidak mempunyai pilihan seperti sekarang! sokongan apa yang kamu semua berikan pada negeri? Waktu dipuncak sahaja kamu nak sokong? tengoklah nanti pasukan Perak akan terus hanyut! hanyut dek kerana pemain muda mempunyai jurang jauh berbeza dengan sikuda tua.

        Likes(0)Dislikes(0)
        1. ayop

          baru turun tangga ke 5 dah bising... tengok lah pada carta liga.. jauh sangat ke defisit mata ...bila kamu cakap "tengok lah nanti pasukan perak akan terus hanyut"... baru terfikir yang sebenarnya.. perak dalam bahaya ada fan seperti ini...kata-kata adalah doa ....ini menunjukan kamu berdoa perak akan musnah..sebelum ini isu makan duit haram..yakni menjual perlawanan... sekarang isu kredibiliti coach...rakyat perak hari-hari mendoakan kejayaan tim....kamu tidak rasa bersalah ke dengan kata-kata yang menjatuhkan ni.. hebat sangat ke percaturan kamu untuk menidakkan keupayaan coach dalam merencanakan corak dia sendiri...kecewa rakyat kalau melihat pasukan mereka dijatuhkan oleh rakyat sendiri...

          ini lalang jenis pertma ke kedua?

          Likes(0)Dislikes(0)
          1. saidin

            assalamualaikum....

            teman ada beberapa perkara yang stuju teramat sangat dengan saudare yobscout,dimana mengenai penjaga gol Nasril,seharusnya digantikan buat seketika mungkin coach boleh menurunkan Khairul Amri.

            K.nanthakumar seharusnya sekadar bermain kira kira 60 minit and than haruslah digantikan dengan tenaga baru,kerana yang jelas nantha tak mampu bermain 90 minit atau lebih,bukan tak bagus tapi disebabkan usia.

            Mungkin ada yang tidak perasan,bermulanya ketika perlawanan menentang Sabah,prestasi Nasril agak merudum dengan membolos bola bola yang agak mudah untuk ditangkap.Ketika perlawanan menentang skuad kelantan,pertahanan yang paling banyak menyelamatkan keadaan terutamanya Hishamudin,ketika perlawanan menentang skuad Terengganu tiada komen sangatlah sebab tendangan penalti.

            Cuma ketika perlawanan menentang Terengganu,kesilapan pemain pemain,mentaliti pemain jatuh setelah pengadil memberi sepakan penalti kontroversi.masalah utama setelah Isma alif dikeluarkan dengan memasukkan nazri kamal,yang banyak bermain ala ala pertahanan sahaja,bukan menyerang.

            Kesilapan jurulatih juga dimana gemar melakukan pertukaran disaat akhir,seharusnya diminit ke 55 atau 50 sudah membuat persiapan untuk melakukan pertukaran,taktikal jurulatih sepanjang 12 perlawanan tiada perubahan maka ianya dapat dihidu oleh pasukan lawan.

            Kenapa tenaga Azmeer,Ariff ismail,Shazuan marthew tidak langsung digunakan untuk perlawanan ketika menentang terengganu, setelah Hishamudin dikeluarkan akibat kecederaan seharusnya Ariff ismail digandingkan bersama sama khairy di pertahanan tengah,shazwan Roslan boleh diletakkan di pertahanan kanan dan Azmeer diletakkan di pertahanan kiri.Sepatutnya dengan mengeluarkan Isma alif seharusnya memasukkan Shazwan marthew.

            Saya yakin dengan percaturan seperti ini sudah pasti menyukarkan pihak lawan. Kemasukan Razali tidak semestinya mampu menjaringkan gol tapi mampu membuka ruang untuk rakan rakan lain menjaringkan gol.

            Harapan coach Norizan bacalah komentar disini,kalau tidak idea yang kita beri tak berguna langsung.

            Likes(0)Dislikes(0)
          2. spectator

            salam...

            kepada yob2 semua(kecuali yobscout & robslam)

            teman hanya mampu berdoa yang perak akan bangkit selepas ini untuk menutup mulut deme yang berdua ini...

            amin...

            Likes(0)Dislikes(0)
      2. wan

        Ini lagi sorang tin kosong.cubalah hargai jasa player.ada ke panggil orang kuda tua.abis tu mike plak kuda tempang yang tak berguna ke?jangan cuba memperendahkan orang lain jika anda sendiri macam tin kosong je.

        Likes(0)Dislikes(0)
  10. zizou85

    Salam semua, toksah kome nak gaduh. takde faedah pun. terima pendapat orang dan be open minded, yang positif pun terima yang negatif pon terima.

    Mungkin cikgu Jan perlu kaji semula taktikal dan line up, kerana pemain2 tak mampu untuk bertahan dalam deretan gem yg terlalu padat.

    Apa-apa pun, tahniah kepada penyokong yang lebih hebat daripada permainan di padang serta kemajuan pasukan lebih baik sejak 3 tahun. dah 3 tahun stadium tak mencatatkan rekod kehadiran penyokong yang cemerlang pada tahun ini.

    Inilah lumrah bola sepak malaysia, sekiranya tim perform baru lah stadium penuh...lagi 1, player yang established spt Akmal Rizal, Nantha, Shahrul Nizam dan Razali Umar, sentiasa mampu menarik penyokong ke stadium...

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. me 109

    Prestasi PERAK musim ni jauh lebih baik jika dibandingkan dgn dua musim yg lepas. Cik Jan coach yg berwibawa dan team PERAK tahun punya ni karakter tersendiri dan bukan pasukan belasahan seperti musim2 yg lepas. Kita kene beri ruang untuk Cik Gu Jan mengenali lebih dekat lagi pemain2 PERAK dalam membentuk pasukan yg mantap. Musim ini pasukan PERAK adalah salah satu pasukan yang digeruni dan dihormati pihak lawan, tak seperti musim yang lepas. Sebab apa ye? Hmmmm, lu pikior le sendiri. KEJOR YOB KEJOR!

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.