Liga Super 2011 | Perak Vs Perlis (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 5 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak bakal berdepan Perlis dilaman sendiri untuk perlawanan ke 9 Liga Super 2011. Seperti semua sedia maklum, Perak berjaya melakar kemenangan tipis 1-0 mengatasi Felda United Sabtu lalu di Ipoh dan menjadi pasukan tunggal dalam liga yang belum pernah tewas.

Di atas kertas, Perak dijangka tidak meghadapi masalah untuk menghadapi Singa Utara ini. Mereka kini menghuni tangga tercorot Liga Super dengan 3 mata hasil daripada 3 seri dan 5 kekalahan.

Namun begitu, Perak dijangkakan tidak mengambil mudah perlawanan ini kerana sudah semestinya Perlis akan cuba bermain sebaik mungkin untuk mencari kemenangan pertama mereka musim ini.

Perlis sebelum ini berjaya mengikat Johor FC di laman sendiri dengan jaringan 2-2. Oleh yang demikian, berkemungkinan mereka sudah mula menemui ramuan ideal untuk mencipta kemenangan untuk perlawanan kali ini.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Chan Wing Hoong
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain:

Kedah V Johor FC
Std Darul Aman, Alor Star

N.Sembilan V Kuala Lumpur
Std Tunku Abd Rahman, Paroi

Pahang V Terengganu
Std Darul Makmur, Kuantan

Harimau Muda ‘A’ V Selangor
Std Shah Alam

T-Team V Kelantan
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United V Sabah
Std PBKL, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

3 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Perlis (review)

  1. Raul hashim

    Kemenangan harus dicapai pada perlawanan esok. Ini kerana kita belum bertemu dengan pasukan yang jauh lebih hebat. Diharapkan bahagian pertahanan dapat bermain seperti biasa. Kita kekurangan kreativiti di bahagian tengah.. Akmal dan shafiq perlukan hantaran yanga baik agar mereka boleh menyumbat gol. Diharap juga Razali dapat diturunkan agar akmal boleh berehat kerana kita menghadapi jadual yang agak padat pada bulan ini. Kecergasan pemain harus diutamakan. Selain itu kurangkan kesalahan yang boleh menyebabkan pemain kita digantung. Padang di Ipoh agak keras menyebabkan perlawanan dengan Felda agak hambar..Ramalan Perak 4 Perlis 0.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. yob_ampunk

    Semoga Razali Umar dapat diturun dan dapat membuktikan kepada rakyat Malaysia tentang kehebatannya.

    Kejor Yob Kejor.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. Jasbisa

    saya turut mengharapkan Razali dapat diturunkan malam ini sebagai supersub menggantikan akmal atau shafiq. Lupakan kisah silam, mulakan hidup baru Razali. You may be a rising star for Perak and Malaysia in future..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.