Liga Super 2011 | Perak Vs Perlis (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 5 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 2 – 1 Perlis

Ketinggalan 1-0 di minit ke 43 tidak mematahkan semangat anak buah kendalian Norizan Bakar untuk bangkit seterusnya memenangi perlawanan dengan jaringan 2-1.

Biarpun Perlis dilihat mudah di atas kertas, namun mereka boleh dikatakan berjaya memaksa Perak berhempas pulas 90 minit sebelum meraih kemenangan tipis dan mengekalkan rekod tanpa kalah.

Separuh masa kedua, hasil kerja keras pemain-pemain Perak, minit ke 61 Shahrul Nizam Mustapha berjaya menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan setelah salah seorang pemain perak dikasari di dalam kotak penalti.

Selepas itu, Perak dilihat semakin rancak dan bersemangat di hadapan ribuan penyokong yang hadir untuk mencari gol kemenangan. Buktinya Perak gagal menyempurnakan banyak peluang terhidang. Manakala Perlis hanya sekali sekala mengatur serangan ke kubu Perak.

Akmal Rizal Rakhli akhirnya muncul sebagai wira dengan menjaringkan gol kedua yang juga gol kemenangan Perak pada minit-minit akhir perlawanan untuk mengesahkan 3 mata untuk Perak.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin Sha’ari
Mohd Khairi Zainuddin
Chan Wing Hoong
Mohd Syahman Zainuddin(K Nanthakumar)
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Norhazrul Mustafa
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Nazri Kamal)
Mohd Syafiq Jamal (Khairul Izzat)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain:

Kedah (1) V Johor FC (2)
Std Darul Aman, Alor Star

N.Sembilan (0) V Kuala Lumpur (1)
Std Tunku Abd Rahman, Paroi

Harimau Muda ‘A’(1) V Selangor (2)
Std Shah Alam

T-Team(4) V Kelantan(3)
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United (1) V Sabah (1)
Std PBKL, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)

11 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Perlis (result)

  1. yob_ampunk

    Tahniah Pasukan Perak. Ini barulaa semangat kejor yob kejor. Kalau ada Razali Umar ni mau 4-1 result malam ni.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum....

    Terlebih dahulu tahniah teman ucapkan kepada semua staf dan player skuad yob kerana sekali lagi berjaya mengekalkan rekod bersih Seladang..tahniah!!!

    Sungguhpun begitu,seperti apa yang pernah teman kabarin dahulu,tolongla cekgu Jan pelbagaikan bentuk serangan dan gandingan baru dibahagian hadapan.

    Teman dah nampak dah tanda-tanda kita sukar untuk mendapatkan gol dari awal dulu lagi.Buktinya,gol disaat akhir,chancess penalty kick or free kick.Ini semua nasib sangat dahni.

    Sampai bila kita nak mengaharapkan sepakan penalti dan free kick je yang masuk??pendek kata ehsan pengadil lah.Waima jika kita memang desrve sekalipun kalo refree tak bagi,tetap tak bagi jugak.

    Teman berlepek-lepek disini bukan saja suke-suke.Dah berulang kali teman nyatakan agar kesilapan dan kelemahan sebegitu dapat diperbaiki.jangan dah sampai berlaku baru kita nak mula berpikior.

    Harap sangatlah pihak coach dapat berbuat sesuatu sebelum terlambat.Jangan kata orang dah nak memerut sangat2 and dah sampay pankey leheor baru nak mencari jamban.

    Itujer pesan dari teman.Harapkan Akmal Rizal sorang sampai bila yob??dia bukan orang ker??Takde sakit or suspended??

    Jika Khairi dikatakan guide line untk defend,Akmal Rizal pulak??sape striker yang dia guide??Sepatutnya si Jalak nun(Razali Umar Kandasamy)..

    Sila amek iktibor dan tindakan segera!

    Nak meramaikan dan memeriahkan susah yob..ambik masa..nak menghilangkan mudah ajer,kome try ler kalo tak percaya..

    Udah..itu ajer..sekian wassalam..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. active11

      Setuju sangat pandangan Chuck..harap ada kalangan pengurusan Perak yang membaca luahan hati kami penyokong setia di SDN. Terlalu kerap kita terpaksa menjaringkan gol dengan ikhsan pengadil (mujur juga kita mempunyai pemain yang berkaliber untuk menjaringkan gol pada bola mati)

      Perak kena memperbagaikan orentasi serangan dan jentera tengah. Kena promosi pemain muda agar lebih bertanggungjawab dan tidak ambil mudah. Idea kena la banyak ketika bermain.

      Lagi satu, padang kelihatan amat uzur. Tiba masa untuk MBI / Perak fikir sesuatu untuk stadium Ipoh. Jangan nanti pemain boikot bermain di Ipoh sebab padang yang 'mesra kecederaan'.

      Akhir kata; jaringan Akmal semalam memang Kelasss!!!

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. sunrise

        wahai active11,
        mike tahu tak,pihak pekerja M.B.I hanya tahu potong rumput,lepas potong rumput tak reti nak sapu,and than sepatutnya lepas selesai semua kenalah ratakan pula padang.

        Ini semua nak makan gaji buta saja.

        Likes(0)Dislikes(0)
  3. wan

    Ketiadaan razali di bangku simpanan menimbulkan tanda tanya. Mohon pihak berwajib menjelaskan.Penonton masih samar-samar

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi Post author

      Tanda Tanya?

      Teman nak bertanya kepada mike Wan. Mike ada tim congkak. Dalam tim tu ada 5 orang. Tapi yang sorang tu datang training ikut suka dia kejap datang kejap tak.

      Jadinya, masa tournement agak-agak mike nak ke mamat yang kejap ada kejap tak de tu main tournement tu? Tak tahu prestasi dia OK ke tak OK. Gamaknya mike nak ke dia main?

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. fazly73

    tahniah !kekalkan rentak kemenangan ini.....skor yob skor!pasal Razali umar....kena ambil tindakan tegas,,,terror macam mana pun disiplin tak de..tak guna juga yob!sekian wassalam.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zizou85

    Diharapkan coach merehatkan Akmal Rizal untuk game penting iaitu Kelantan dan Selangor.

    Disamping itu, Perak mempunyai ramai pemain muda yang bersedia untuk diturunkan. Shafiq Jamal pula tidak mampu bertahan selam 90minit...

    Shafiq Jamal penyumbang gol terbanyak semasa aksi pra-musim tetapi aksi nya kini kurang memuaskan tetapi serasi dengan akmal...

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.