Liga Super 2011 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 26 April 2011
Satdium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 5 – 3 Kuala Lumpur

Perak membenam cabaran pelawat dengan jaringan 5 – 3 apabila Razali Umar membuka tirai jaringan seawal minit ke 2 untuk gol pertama. Kegembiraan penyokong Perak tidak bertahan lama apabila See Kok Luen menanduk cantik untuk gol penyamaan minit ke 14.

Minit ke 33 Perak menambah gol kedua hasil dari kesilapan 2 pertahanan Kuala Lumpur yang diasak oleh Razali Umar dan bola yang cuba dikeluarkan Ahmad Dashila terkena Arman Fareez dan membias masuk ke gawang pelawat.

Pada minit ke 59, Fazrul Hazli yang menerima umpanan menarik berjaya memperdayakan penjaga gol lawan dengan satu lambungan bola yang melencong masuk untuk gol ketiga Perak. Muhammad Afiq berjaya merapatkan jurang untuk gol kedua pelawat minit ke 65 hasil sepakan leret di dalam kotak penalti Perak yang gagal ditangkap kemas Nasril Nourdin.

3 minit kemudian Shafiq Jamal menambah gol ke 4 tuan rumah setelah mendapat bola yang terbias dari Isma Alif di dalam kotak penalti pelawat. Gol ke 5 dihasilkan melalui satu sepakan percuma dari jarak 25 meter oleh Noor Hazrul setelah Shahrulnizam dikasari.

Pelawat berjaya menjaringkan gol ke 3 melalui Khairul Anuar pada masa kecederaan sebelum pengadil perlawanan pada malam itu, Subkhiddin Salleh meniup wisel penamat untuk keputusan muktamad, Perak 5 – 3 Kuala Lumpur.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan
Noor Hazrul
Shahrul Nizam (K)
Wan Hossen
Mohd Fazrul Hazli
Isma Alif Salim
Razali Umar
Akmal Rizal Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 26 April 2011:

Sabah 1 – 2 Terengganu
Stadium Likas

Felda United 0 – 0 Johor FC
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Harimau Muda 1 – 1 Negeri Sembilan
Stadium Shah Alam

Kelantan 1 – 0 Selangor
Stadium Sultan Mohd Ke-4, Kota Bharu

T-Team 3 – 1 Kedah
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Perlis 1 – 2 Pahang
Stadium Utama, Kangar

Likes(0)Dislikes(0)

6 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

  1. saidin

    assalamualaikum...
    Tahniah diucapkan kepada perubahan yang berlaku dalam pasukan Perak,dimana jelas ada reaksi gembira dan ada reaksi selamba setelah menjaringkan gol.

    Walaupun jumlah dijaringkan tidak penting,tapi ianya mengukuhkan pasukan dipersada liga. Tapi harus diingat kepada segelintir pemain,janganlah longlai pula apabila bertemu dengan pasukan Kedah nanti.setiap gerak geri anda sebenarnya sedang diperhatikan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Alhamdulillah kita menang..Tutup mulut pengkritik yang selama ini tau nak jatuhkan team sajerr..cikgu jan dah buktikan kemampuan kita. teruskan coach..jgn peduli apa orang kata. deme bukan tau pun pasal taktikal..cakap jer boleh lerr..

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. chuck

    Assalamualaikum..

    first eleven Razali replaced Syafiq dan wan Hossen replaced K.Nantha Kumar.Terbaik dahni..

    Game yang hambar..Tak pasti kenapa.Tapi mungkin faktor kepenatan dan tak perform.

    First half biarpun Razali score,cuma dia seorangjer yang nampak form pada malamtu.Yang lelain hancus passing and clearance.

    Chancess banyak terlepas..Fazrul Hazli yang banyak teman puji sebelum kurang menjadi pada malam tu.Mike janganlah banyak gentil sangat dalam kotak tu,ade peluang shoot jela.

    Akmal Rizal sumer bola tembak langit.Defend Syazwan clear bola merapu.

    KL punya goal sumernya ketara hasil kelembikkan defend yang tak form malam tu.Jauh benor beza dengan game yang lepas-lepas.Sangat-sangat memalukan dan turut diakui juga oleh En.Norizan bakar dalam siaran Nadi Arena 801.

    Ralat berkali ganda pada player baru yang diberi muka untuk masuk selain Syafiq yang menggantikan Razali yang injured dikasari pihak lawan.Nyandar kawan kat kerusi simpanan penyudahnya.Lembik..weak sangat..terhuyong-hayang.

    Kehadiran fans juga sugur..Tak seperti ketika bertemu dengan Terangganu dulu.

    Yang duduk Ipohpun tak lalu nak datang.Awak yang duk Teluk Intan hari koje selasapun datang jugak.Sembang pong-pang,pong-pang.Sokong time menang jer.Lepas kena 3 bijik dengan Terangganu udah hilang.Memang dasar lalang.Hani Jumaatni nak kipoh lagi.

    Tak berduet nak masuk first half,second half masuk free yob.Teman dari jaman sekolah kat Ipoh nun,fly pagor pergi stadium masuk second half free jer..Nak seribu daya,Taknak seribu dalih.Bayngkanlah sekarangni umor teman dah nak mencecah 30tahun.

    Sembang lalangla la apelah.ngalahkan kome hebat benor gayanya..Berani,dare,rare turun..jangan nak men labun jer..;p

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. adib_mat

      teman sokong ape yang mike cakapkan tu...defend memang teruk malam tu...3 gol yang dilepaskan tu bagi teman adalah gol mudah dan kesilapan player itu sendiri...fazrul hazli pula tak menjadi pada malam tu...passing dan crossing beliau hancus..player yang lain tu boleh la...ape ape pun tahniah PERAK....

      Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Owh yer lupa nak tokok sikit lagi,free kick Noor hazrul memang superb!!!teman salute and tabik pada dia.

    Tapi sayang..dek kehambaran defend malamtu,gol beliau kurang meaningfull..walaupun ianya terbaik..

    Teman harap.head coach Norizan dapat mengesan punca sebenar defend kita beraksi dibawah keupayaan sebenar malam selasa lepas..Disgusting sangat!!

    Pada lautan putih,kuning,hitam moh kita gelorakan stadium Ipoh malam ni..

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. adib_mat

      yeahhh....mari kite gegorkan stadium perak malam ni...
      kejor yob kejor..
      skor yob skor..
      ipoh mali talak sombong...

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.