Liga Super 2011 | Perak Vs Kelantan (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 12 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Setelah diaibkan Sabah tempohari, Perak bakal berdepan satu lagi tugasan yang agak sukar iaitu berdepan dengan pendahulu takhta Liga Super 2011 iaitu Kelantan.

Sememangnya perlawanan ini amat dinanti-nantikan oleh semua peminat bolasepak tempatan yang mana ianya akan memberi kesan kepada kedudukan Liga ketika ini.

Terkini, Kelantan bangkit membelasah Felda United 6-0 selepas tewas 3-4 kepada T-Team. Ini merupakan kebangkitan drastik yang dilakukan Kelantan untuk memulihkan semangat pasukan mereka.

Pun begitu, Perak dilihat bakal bangkit daripada kesilapan menentang Sabah tempohari dan sudah semestinya segala kelemahan lalu akan diperbetulkan dalam perlawanan akan datang.

Kekuatan Pertahanan Perak bakal meresahkan barisan serangan kendalian M Karuthu. Buktinya, mereka hanya bolos 5 gol daripada 10 perlawanan berbanding Kelantan bolos 10 gol. Di atas kertas, peluang adalah 50-50 untuk kedua-dua pasukan memenangi perlawanan ini.

Namun begitu, kita perlu nantikan 90 minit terakhir untuk menentukan siapa lebih hebat ibarat ‘Buku Bertemu Ruas’.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Chan Wing Hoong
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Perlawanan Lain 12 April 2011:

Pahang V Johor FC
Std Darul Makmur, Kuantan

N.Sembilan V Kedah
Std Tunku Abd Rahman, Paroi

Pahang V Johor FC
Std Darul Makmur, Kuantan

Harimau Muda ‘A’ V Kuala Lumpur
Std Shah Alam

T-Team V Terengganu
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United V Selangor
Std PBKL, Cheras

Sabah V Perlis
Std Likas, Kota Kinabalu

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

5 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Kelantan (review)

  1. zizou85

    kami harap Perak bermain lebih positif dengan menyerang dari semua sudut yang boleh...

    dalam perlawanan menentang Sabah, Perak mampu menang jika peluang yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada penghasilan gol2, namun pasukan Sabah juga beraksi mantap dengan penjaga golnya menyelamatkan 3 percubaan bahaya skuad Perak.

    Lagipun sememangnya Skuad Perak jarang memperoleh 3 mata di Sabah, begitu juga dengan pasukan2 lain dari semenanjung.

    Cikgu Jan harus pertimbangkan kemasukan Razali Umar sebagai super sub dan dimasukkan dalam masa 30 minit terakhir, kerana beliau adalah pemain yang sentiasa mampu menjaringkan gol dalam minit2 akhir.....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. sunrise

    salam...

    Teman mengharapkan Coach berilah peluang kepada penjaga gol muda pasukan beraksi.dimana setelah lihat gol gol yang dilepaskan oleh Nasril memang memalukan terutama gol kedua ketika tewas ditangan pasukan Sabah.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. tmgsari

    Selamat sejahtera semua.

    Teman mengharapkan Cikgu Jan akan memantapkan lagi pasukan,terutama sekali pastikan pemain-pemain yang akan diturunkan malam ini mempunyai ketahanan mental dan semangat juang yang tinggi.

    Sebabnya penyokong pasti mahu melihat kebangkitan pasukan perak,andaikata pasukan kelantan berjaya menjaringkan gol dahulu,pastinya pemain-pemain perak akan tertekan dan ini boleh menjejaskan rentak pasukan.

    Teman dan penyokong mengharapkan Cikgu Jan berani meletakkan pemain-pemain simpanan seperti Razali Umar,Nazri Kamal,Kamarul Effendi di dalam pasukan seperti yang dilakukan oleh pasukan kelantan ketika bertemu Felda apabila tidak menurunkan Badri Razi.

    Andaikata malam ni pasukan perak kalah kami semua terima tapi biarlah persembahan yang ditunjukkan bermutu dan bersemangat.Anggaplah perlawanan malam ini perlawanan akhir, dimana pemain-pemain yang diturunkan memberikan persembahan lebih daripada 100%.

    Kami semua hanya boleh menyokong dan berdoa untuk kejayaan pasukan perak.

    Semoga pasukan perak berjaya menewaskan pasukan kelantan.

    KEJOR YOP KEJOR.....................

    SKOR YOP SKOR................

    KEJOR YOP KEJOR................................

    SKOR YOP SKOR.......................

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jasbisa

    teman juga bersetuju agar Razali dimasukkan sebagai supersub. Larian-larian pantas beliau amat mengelirukan lawan. Kalau pun beliau tidaka dapat jaringkan gol, at least, pemain2 lain mampu score sebab tumpuan pertahanan sudah tentu kpd Razali..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.