Liga Super 2011 | Perak Vs Kelantan (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 12 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 4 – 0 Kelantan

Perak menebus kekecewaan di Likas dengan menjadikan Kelantan sebagai mangsa dengan membenam pasukan itu dengan jaringan besar 4-0.

Bersaksikan puluhan ribu penyokong Perak, mereka tidak menunggu lama untuk mendahului apabila Mohd Fazrul Hazli bijak memperdaya pertahanan Kelantan dengan larian menarik sebelum melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk menewaskan Khairul Fahmi Che Mat minit ke 5 untuk gol pertama Perak.

Minit ke 26, giliran Shafiq Jamal mencatat nama sebagai penjaring apabila bijak menyudahkan hantaran silang dari sebelah kiri oleh Akmal Rizal untuk gol kedua Perak.

Babak kedua, Kelantan mempertingkatkan serangan mereka namun itu tidak melemahkan semangat anak-anak buah Norizan Bakar dan hasilnya minit ke 79, Akmal Rizal Rakhli menyambut hantaran pemain yang baru dimasukkan iaitu Razali Umar dan merembat mudah menewaskan penjaga gol Kelantan untuk gol ketiga Perak.

Menariknya, kemasukan Razali Umar Kandasamy di lewat perlawanan diiringi sorakan puluhan ribu penyokong Perak. Ternyata penyokong menginginkan sesuatu daripada beliau. Sebagai membalas kepercayaan Jurulatih dan penyokong beliau berjaya menjaringkan gol keempat Perak di minit ke 82 setelah menerima lorongan cantik Nor Hazrul Mustafa.

Ini adalah perlawanan terbaik Perak dan berjaya menewaskan gergasi bolasepak dalam Liga Malaysia.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin Sha’ari
Mohd Syazwan Roslan
Chan Wing Hoong
K Nanthakumar
Shahrul Nizam Mustapha (K)
Mohd Norhazrul Mustafa
Mohd Fazrul Hazli Kadri (Mohd Nasir Basharuddin)
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Syafiq Jamal (Razali Umar Kandasamy)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli (Wan Hossen)

Keputusan Perlawanan Lain:

N.Sembilan(0) V Kedah(2)
Std Tunku Abd Rahman, Paroi

Pahang (0)V Johor FC (0)
Std Darul Makmur, Kuantan

Harimau Muda ‘A’(1) V Kuala Lumpur(0)
Std Shah Alam

T-Team(0) V Terengganu(1)
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Felda United(0) V Selangor(1)
Std PBKL, Cheras

Sabah(2) V Perlis(2)
Std Likas, Kota Kinabalu

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

29 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Kelantan (result)

  1. keristujuh

    Terbaik di antara terbaik, Tahniah pasukan Perak, kekalkan tahap permainan konsisten ini malah adalah lebih baik jika dipertingkatkan lagi mutu permainan yang berkualiti ini...teman amat bangga dengan pasukan perak yang berjaya menewaskan serta membuatkan "the red warriors" tersungkur layu di ipoh"...satu variasi permainan yang amat teman berpuas hati...

    TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH...cuba jadikan pasukan selangor pula sebagai mangsa seterusnya....cipta kemenangan ke atas selangor pula, tidak mustahil pasukan perak tidak boleh menang dengan selangor. doa dan harapan agar kemenangan demi kemenangan hinggalah pasukan perak dapat bergelar juara liga super. usaha, usaha, usaha lah...terima kasih warga perak fa, pemain dan warga penyokong serta semua yang berdiri di atas payung naungan "seladang" atau penyokong setia Perak FA...anda hebat...realisasikan keampuhan dan kekuatan Perak agar kembali menjadi "seladang" yang digeruni di dalam liga bola sepak MALAYSIA.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum...

    Tahniah dan syabas diucapkan..

    Biarpun kekecewaan tewas ditangan Sabah tempoh hari masih dirasai teman bangga dengan keupayaan serta kesungguhan yang dipamerkan semalam.Ibarat membalas setiap titisan peluh keringat penyokong setia dihalaman sendiri.

    Sungguhpun begitu,teman harapkan momentum sebegini dapat diteruskan bukan setakat berhadapan dengan heavy weigth team jer tapi team lain juga perlu kita ambil serius agar kita tidak terus keciciran mata-mata mudah.

    Razali,terbaik dari anda biarpun bukan mike yang jadi player terbaik malamtu,tapi percayalah kami semua masih lagi sayang dan perlukan sentuhan"MAGIS" miker lagi.Berusahalah untuk kejayaan diri sendiri serta mengharumkan tanah tumpahnya Negeri mike.Syabas!!

    Prepare for the glory sabtu ini-insyallah kami semua mendoakan yang terbaik..

    sekian

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. syidi Post author

    Salam.

    Jika sebelum ini teman malas nak bagi komen melampau sebab Perak main 90 minit yang tidak konsisten. Semalam, teman agak lepas dapat satu gol akan main ala-ala bertahan.

    Memang Perak bertahan, tapi bijak menggunakan peluang. Tahniah pemain dan Cikgu Jan kerana main pakai otak, buat counter attack yang perfect untuk gol kedua.

    2-0 teman tetap tak sedap hati lagi. Masa tu harap sangat babak pertama 2-0 jangan 2-1. Sebabnya terbayang masa Kelantan dengan T-team, deme boleh cari 3 gol babak kedua.

    Tapi babak kedua memang jadi macam teman ramalkan. Kelantan akan menyerang gila-gila. Teman puji pertahanan Perak terutama Syazwan Roslan dan Hisyamuddin yang hampir-hampir cedera teruk.

    Setelah gol ketiga teman mula rasa senang sikit sebab masa tu dah minit ke 79. Mustahil Kelantan dapat kejar melainkan ada pemain Perak kena buang padang. Masa tu ramai dah kena kad kuning risau jugak. Nak pulak masa tu Razali Umar masuk.

    Memang Razali Umar bukan yang dulu, dapat bola terus tolak ke depan race dengan defend, itu dulu. Tapi semalam dia main lain macam sikit, tenang alert dengan posisi rakan lain. Itulah kunci utama gol ketiga.

    Tidak disangka-sangka, Razali Umar dapat peluang one on one dengan defend, memang makanan dia, dia beat defend walaupun nampak macam mati step tapi masih boleh ke depan dan tolak mudah masuk bola tu.

    Teman teruja dan memang seronok betul tengok stadium penuh. Rindu terubat, hampir 4-5 tahun tunggu saat-saat semalam. Rugi tak turun stadium. Tapi tak pe, Perak memang best semalam. Jadi bualan pulak tu rakan-rakan di pejabat pagi ni. Bangga sekejap tadi. Sebab dah lama menelan perit tadah telinga kena kutuk sebab dulu Perak asyik kena je.

    Apa-apa pun, semua pemain Perak semalam Man of The match!

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. zulzia

      Baca komen mike ni buatkan teman rasa rugi tak join mengkome semua ke stadium semalam.
      Ikutkan hati memang nak ke sana tapi apakan daya, komitmen di sini lagi beso tanggungjawabnya. InsyAllah sabtu ni kita bersama.

      Tahniah skuad Perak. Kekeikan momentum kemenangan.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. ayop

        salam .... meng upgrade kan komen syidi ni...ayop turut rasa tergamam dengan aksi kilat yang di sajikan tim semalam.. dalam kalut buat persiapan untuk mengundi di miri... ayop off kan hanphone mula pukul 8.30 malam sampai 11 malam.. tidak mahu diganggu...speaker tv yg paling kuat dalam kem kat umah ayop lah....start pagi tadi sampai ke malam ni, kemana saje ayop pergi... tak lekang dengan jersi perak...(arini cuti pilihanraya)... hidung ni kembang usah cite lah.. sampai nak pecah rasenye bila kena puji... terima kasih perak.... terima kasih penyokong semua... terima kasih coach....rasa seperti di FINAL....

        terima kasih...

        Likes(0)Dislikes(0)
  4. Jasbisa

    lega Razali kembali dengan larian derasnya yg mengkucar-kacirkan lawan. Hasilnya Akmal score gol ketiga. Maintain the momentum.

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. me 109

    wow...perak memang best . kelantan tersungkur di Ipoh, manis nye, selama ni di gembar gembur betapa hebatnye The Red Warriors. skrg ni bolasepak tempatan di beri 'reminder' bahawa PERAK juga satu FORCE persada liga tempatan. ok Sabtu ni giliran The Red Giant. Red juge tu. Kita tunggu dan lihat strategi Cik Gu Jan. dia memang ada kelas. Kata org Kelantan."kelah mu, kelah gitu"...KEJOR YOP KEJOR!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  6. ausbos

    teman memang tak sangka keputusan malam tadi adalah 4 gol berbalas 0...teman sangkakan kalu menang pun mungkin 2-1 je....memang terbaiklah pasukan perak semalam...teman hilang suara la sorakkan jaringan semalam....permainan teratur serta tidak banyak buang bola...tetapi teman puji habis la pada defend...memang defend main cemerlang hinggakan pemain kelantan tak tau nak buat ape...masuk je dalam kawasan perak mudah je defend perak patahkan...apa-apa pun semalan teman boleh bagi 5 bintang kepada semua pemain perak....tahniah dan usaha lagi bagi merebut piala tahun ni....score yob score...ipoh mali tarak sombong....huuuuuuuuuraaaaaaaaayyyyyyyyyyyyy

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. ausbos

      kepada penyokong perak yang datang stadium semalam teman ucapkan syabas...sokongan anda pemangkin kepada kejayaan pasukan perak....teruskan sokongan anda lagi...tahniah

      Likes(0)Dislikes(0)
  7. active11

    Memang terbaik aksi Perak malam tadi.
    Rugi teman tak dapat ke stadium memberi sokongan..

    Harap boleh buat yang lebih baik bila bertandang ke Lembah Klang hari sabtu ini...

    Kami tunggu tau!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  8. pachenko

    Tahniah skuad Seladang & para penyokong setia Perak diatas kemenangan yg paling bermakna semalam.
    Sesungguhnya perlawanan semalam telah berjaya menutup mulut ramai pihak yang sebelum ni masih lagi ragu-ragu terhadap kemampuan pasukan Perak pada saingan liga tahun ini.
    Segalanya telah diterjemahkan dengan baik sejak dari awal permainan lagi.
    Diharapkan momentum ini dapat diteruskan untuk perlawanan menentang musuh tradisi kita Selangor di Shah Alam.
    Kami para penyokong tetap setia dibelakangmu wahai Seladangku.

    Akhir kata terima kasih Perak kerana menghadiahkan kegembiraan yg tak terhingga kpd seluruh rakyat negeri Perak.

    p/s Silver State Ultras mempelawa seluruh rakyat Perak untuk memenuhkan stadium Shah Alam pada hari sabtu ni. Kalau tidak keberatan boleh la join kami di bahagian curva stadium Shah Alam. Kita ada perhitungan dgn Ultras Selangor nanti. Kami nak buktikan Silver State Ultras adalah Ultras yg terbesar & berpengaruh di Malaysia ini. Tqvm. "Sayang Perak Sampai Mati"

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. active11

      Bro Pachenko,
      Gunakan segenap medium dalam media massa untuk bagi promosi Silverstate Ultras. Biar bumi Shah Alam digamatkan dengan sorakan untuk Perak pada malam sabtu nanti. Jangan sampai berkelahi sudahlah.

      iAllah, akan hadir untuk sama-sama bersorak di Shah Alam.

      Ps: Buatlah promosi Seladang.net / silverstate ultras / seladangfc...semua berkaitan Perak dalam sehari dua ini di Lembah Kelang.

      Likes(0)Dislikes(0)
  9. zizou85

    hahaha...akhirnya pemain favourite awok, Razali diturunkan...mungkin Cikgu Jan tidak banyak pilihan melainkan meletakkan Razali sebg supersub...teman nampak Razali mampu menjadi supersub yang bagus kerana corak permainan beliau amat berkesan ketika berhadapan depan pertahann yang semakin kurang stamina...

    walaupun bermain dalam tempoh 20 minit, Razali bukan seperti dulu yang kerap membawa bola dengan menewaskan pertahanan melalui larian deras dan kekuatan fizikal...beliau lebih tenang dan bermain secara berpasukan dan banyak buat hantaran...

    gem semalam adalah yang terbaik setakat ini, Harap2 hisyamuddin juga boleh disenaraikan ke skuad sukan sea disamping fazrul hazri, syazwan dan norhazrul...

    shafiq jamal juga telah mendapat sentuhan penyudah, akmal semakin menunjukkan prestasi cemerlang sesuai dengan status bekas penyerang kelab luar negara...

    Nantha perlu baiki gem...pemain2 yang lain juga beraksi hebat.

    seperti sebuah perlawanan akhir...memang best

    Likes(0)Dislikes(0)
  10. yob_ampunk

    Perak memang pasukan terbaik..... Sebab menang malam tadi. Yang paling baik sekali Razali Umar main dan dapat score goal lagi. Tahniah....

    Likes(0)Dislikes(0)
  11. robslam

    Lama dah teman tak mengomen kat sini...tahniah le sebab dapat balun team kelate sampai 4 gol tapi teman sikit tak heran sebab bolasepak Malaysia sekarang ni memang pelik. Lawan team kuat bole menang lawan team corot bole kalah...apa makna ni semua? adakah sebab adanya pengaruh kaki judi dan bookie yang berluasa sejak akhir2 ni?

    Apapun tahniah sekali lagi sebab menang tapi kome semua jangan le seronok sangat sebab Perak pasti kalah dengan team cap ayam tak lama lagi...masyukkkkk le sape yang terlibat tu...hahahahaha.

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. keristujuh

      pandanglah positif dan jangan hanya pada negatif sahaja...renung-renungkankan...kesungguhan pemain harus dibalas dengan kata-kata semangat bukan cemuhan dan prasangka, tidak baik untuk usaha memantapkan moral pasukan. , ayat ini ada benarnya tetapi kekadang akan melunturkan semangat juang pemain jika ianya tidak benar, diarang berusaha untuk capai yang terbaik untuk siapa? untuk PERAK dan semua penyokong setianya serta untuk diri mereka sendiri. apepun kita doakan jangan ada yang proses "jualbeli" perlawanan atau apa-apa lagi termasuk rasuah dalam team perak, ianya amat merugikan. ayuh PERAK FA jadilah satu pasukan yang bersih dan terhebat di Malaysia seterusnya melangkah lagi jauh. apepun tahniah PERAK dan selamat berjuang. "keranamu PERAK FA"

      Likes(0)Dislikes(0)
    2. syidi Post author

      Perkara-perkara negatif macam ni sepatutnya 'Ignore' kan je. Bukan ape, ini boleh merencatkan minat kita pada sukan ni.

      Kalau ada pun, bukan dekk je. Kalau la benar bagai dikata, elok la buat report dan siasat betul-betul. Ni masalah orang kita berani cakap pung pang pung pang. Terang-terang dia tau itu salah ini tak betul tapi sekadar di web atau mana-mana platform lain.

      Tapi tak berani tampil buat report dan pihak berwajib boleh siasat. Kalau dok bercakap macam ni, orang jadi confuse, betul ke? Kenapa tak ada tindakan? Kenapa orang yang tahu benda ni berlaku tak laporkan?

      Jadi, sama-sama kita jadi lebih bertanggungjawab. Teman mengaku kat sini, teman tak tau kesahihan benda ni selagi tak nampak dengan mata kepala sendiri atau selagi tak ada yang dihadapkan ke muka pengadilan.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. ayop

        salam..
        kalau ayop player pun ayop terguris dan terkilan dengan kata-katamu itu yop robslam.. ditengah-tengah kemuncak ni, bagi lah support yang terbaik.. ini tidak.. bunyi macam nak menjatuhkan jer...sabtu ni game paling penting.. benda-benda temeh camni ..kalau the young boys tu ambil berat.. boleh lari tiun nak main nanti... come on chor... ambil berat sikit...
        semoga allah meneruskan kejayaan pada pasukan bola sepak negeri kita... skor yop skor..

        Likes(0)Dislikes(0)
    3. yobscout

      Setelah sekian lama aku memendam rasa curiga sejak 5 bulan aku memerhatikan tanpa komen, aku sekali lagi tergerak hati untuk merungkai Kewibawaan skuad Perak yang kini kononnya dalam prestadi terbaiknya. Aku sikit pun tak yakin, pasukan Perak ni paling layak menduduki tangga ke 7 terbaik sahaja. Tapi disebabkan aturan pihak luar yang menjadikan mereka 'juara' dimata kamu semua.
      Jangan rasa tertipu, ini semua permainan jutawan-jutawan dunia dan kamu semua cuma 'melabur' dalam saham mereka sahaja. Sudahlah, jangan tertipu lagi.

      Likes(0)Dislikes(0)
  12. Fiq

    Salam 1 Perak..

    Sudah lama teman tidak mendengar nyanyian lagu 'Ipoh Mali' daripada puluhan ribu penyokong setia skuad yob. Tahun yang sebelumnya hanya ratusan penyokong saja yang nyanyi lagu tu. Tetapi sorakan itu sudah digemakan kembali dan teman harap momentum itu dikekalkan. Perlawanan menentang Kelantan teman boleh berikan antara yang paling terbaik diantara yang terbaik. Walaupun Kelantan sedikit menguasai perlawanan tetapi pemain pertahanan perak amat-amat cemerlang.

    Kita semua sudah maklum bahawa sudah lama perak tidak menang besar ke atas Kelantan, tetapi kali ini pasukan kesayangan kita sudah buktikan kepada Malaysia 'Pahlawan Merah' tumbang dengan aibnya. Ternyata selepas perlawanan tersebut, ia menjadi bualan di laman-laman sosial dan menjadi topik hangat di dada akhbar. Teman amat yakin sekiranya permainan terbaik yang ditunjukkan ketika menentang Kelantan di bawa ke Shah Alam, 'Red Giant' akan menjadi mangsa seterusnya. Teman jugak terkejut dengan 'Counter Attack' yang dilakukan Perak. tidak seperti dulu kerana player sudah mula menunjukkan kematangan di dalam bola sepak profesional.

    Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan terutamanya 'Goal Keeper' yang menunjukkan aksi yang mungkin menarik minat K. Rajagobal untuk Skuad Kebangsaan nanti. Teman percaya selepas ini ada segelintir pemain muda Perak akan menyarung jersi Malaysia di Kelayakan Piala Dunia Jun ini. Apa pun teman harapkan para penyokong yang ada sekarang tidak berpaling tadah dan tidak menjadi seperti 'Lalang Ditiup Angin'. Ingat, penyokong Perak pernah suatu ketika dahulu dianugerahkan penyokong terbaik. Oleh itu, tidak mustahil kita dapat dinobatkan kembali anugerah itu.

    Kepada semua pemain Perak yang kami sayangi dan kagumi ini, kekalkan rentak kemenangan, jadikan setiap perlawanan adalah perlawanan akhir. Seladang tetap terbaik.

    Digeruni Lawan, Disegani Rakan Seangkatan...

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. keristujuh

      setuju dengan komen ini. Ingat penyokong "setia" perak, jangan jadi penyokong lalang. haruslah setia walaupun apepun terjadi pada pasukan, bila menang atau kalah, kuat atau lemah, tidak stabil atau stabil, dan apa jua situasi sekalipun, mesti setia dengan memberi sokongan padu demi memantapkan pasukan PERAK. SAYANG PERAK. " Jangan jadi LALANG tatkala menyokong".

      Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.