Liga Super 2011 | Perak vs Kedah (review)

logo-liga-201.jpg

Jumaat, 29 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Setelah menang bergaya keatas Kuala Lumpur dengan jaringan 5-3, anak buah Cikgu Jan tidak seharusnya leka dengan jaringan balas yang dilakukan Kuala Lumpur tempoh hari.

Tatkala Razali Umar Kandasamy menjadi pemusnah kepada pasukan Kuala Lumpur seawal minit pertama tempoh hari, Kelekaan pertahanan Perak akan terus membawa padah jika terus dibiarkan untuk perlawanan dengan Kedah pada malam ini.

Tidak dinafikan, jadual yang padat menyukarkan para pemain untuk memastikan mereka dalam keadaan yang bersedia 100%. Tahap kepercayaan penyokong Perak kepada pengendali dan persatuan kini dilihat semakin meningkat. Buktinya, penyokong Perak yang dulunya ‘menghilangkan’ diri kini kembali ke pangkuan skuad kesayangan mereka.

Namun begitu, kekalahan bukanlah asing bagi penyokong Perak setelah beberapa musim ‘ditimpa musibah’. Oleh yang demikian, kemenangan malam ini amat ditagih. Harapan penyokong amatlah tinggi musim ini.

Barisan Kemungkinan:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin
Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Mohd Norhazrul Mustafa
Shahrul Nizam Mustapha (K)
K. Nanthakumar
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim
Razali Umar Kandasamy
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Umum on by .

About seansan

Anak kelahiran Perak jam 5 ptg di Ipoh (bukan mcm yb lahir kat KL). Tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, IPTS, IPTA tak pernah diluar Perak. Sekarang kerja pun dalam Perak. Memang sayangkan Perak bumi tercinta. Akan terus berbakti pada negeri Perak insyallah.

One thought on “Liga Super 2011 | Perak vs Kedah (review)

Comments are closed.