Liga Super 2011 | Perak Vs Kedah (result)

logo-liga-201.jpg

Jumaat, 29 April 2011
Satdium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 3 Kedah

Rekod cemerlang Perak di gelanggang sendiri akhirnya lebur apabila ditumbangkan oleh skuad Kenari malam tadi di Ipoh. Kedah membuka jaringan seawal minit ke 30 melalui Khyril Muhymeen yang pantas menyambar bola yang terbias untuk gol pertama pelawat.

Separuh masa kedua, Firdaus Faudzi menambah gol kedua Kedah apabila berjaya merembat leret melepasi kawalan Nasril Nourdin minit ke 75 sebelum gol ketiga menyusul melalui jaringan sendiri Syazwan Roslan yang menanduk masuk bola sepakan Firdaus Faudzi.

Pada lewat babak kedua permainan, Perak berjaya mendapatkan gol saguhati melalui Noor Hazrul minit ke 90 untuk kedudukan muktamad, Perak 1 – 3 Kedah.

Keputusan Perlawanan Lain 29 April 2011:

Terengganu 1 – 1 Selangor
Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Likes(0)Dislikes(0)

4 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Kedah (result)

  1. adib_mat

    Pada pandangan teman, game semalam antara game terburuk Perak pada musim ni dan ditambah pula dengan keputusan pengadil yang kurang memberansangkan...kalau dilihat pada game semalam, bagi teman midfield perak tak menjadi...yang paling teman hairan macam mana Wan Hossein boleh main 1st eleven...sedangkan sudah dua game beliau tidak menunjukkan prestasi yang baik...tempat beliau mungkin boleh digantikan dengan Nazri Kamal ataupun K.Nanthakumar...passing beliau amat lah mengecewakan peminat yang hadir ada malam itu...kemudian Perak lebih gemar bermain hantaran-hantaran jauh...mengapa tidak bermain secara hantaran dekat sahaja??mungkin coach mempunyai taktikal tersendiri...apabila tiba masa untuk membuat lontaran masuk, player yang lain akan berada jauh dengan player yang akan membuat lontaran itu...mengapa tidak berada dekat?hurm..kemasukan chan pada 2nd half sedikit sebanyak telah membantu ketika Perak menyerang..setelah tiga game, perak telah dibolosi dengan 9 gol dan hanya menjaringkan 6 gol sahaja...coach harus lakukan sesuatu jika tidak mahu perak jatuh dan terus jatuh...

    ipoh mali talak sombong,
    kejor yob kejor,
    skor yob skor!!!!

    sekian....

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. chuck

    Assalamualaikum...

    Kegagalan malam itu ialah kegagalan menyeluruh(all sysytem shut break down )

    Pasukan Perak,

    Player seakan-akan weak bila bermain.Possiblelity untuk benar-benar weak disebabkan away game.Sungguhpun begitu sebelum game dengan Kedah kita main 2 game home.So alasanya??

    Ketidak konsistenan barisan pertahanan mengapa begitu teruk terjadi?

    Cekgu Jan,

    Jika kita kehilangan Hazli pada malam itu,mengapa kita tak gunakan formasi 4-3-3??sedangkan kita tahu kita takde player untuk menggantikan tempat beliau pada malam itu??

    Kita boleh letakkan Akmal dan Syafiq untuk support Jali dibahagian hadapan.so kita tinggalkan wan Hossen,Shahrul Nizam dan Nantha dibahagian tengah..Isma Alif mungkin boleh mengantikan Syafiq tadi..

    Percaturan kurang bijak..

    fan,
    Kesempatan balik ke kampung tadi ramai fan yang hadir ke stadium waima yang dah sampai ke kampung mahupun otw pulang ke kampung.Jem!!!

    Yang naik motor dari sungkai,Tg malim,Teluk Intan,bagan datohpun ada..sempat teman eskot deme nie..Sian yoB!!!Cer berpikior sikit..Aduyaiii..Sedih benor rasanya..

    banyak lagi nak cakapni,tapi dah terlalu bereomosi pulak teman nate.Aduhai owh aduyaiiii...itu jelah yang mampu terhela nafasni bila ngenagkan nasib yob sekarangni..

    Pada Web master,

    Kalo tak cukup staf untuk manage web kenapa tak mintak bantuan??
    kenapa selalu sering gagal untuk upload latest update??
    Adakah dah jadi Seladang sdn.bhd??
    Mintakla bantuan jika tak mampu nak handle disebabkan bebanan tugas lain.Sedia maklum bendani ikhlas dan tanpa gaji.tapi perjuangan hendaklah diteruskan!!Bukanya ikut mood dan bermusim!!
    sejauh mana perbincangan ahli didalam ini sampai ke telinga pihak pengurusan??adekah sekadar chit-chat kosongjer??
    teman bukan nilai sekarangni,tapi dari sebelum sepak mula setiap season,murungjer..ape ke heynya??
    Janganlah kita bijak mentafsirkan fan itu ini lalang sedangkan selebih jari menunjukkan kepada diri sendiri??
    Memperjuangkan "un bias" tp tak sedarkah kita sendiri di SDN pun ber'kroni"sehinggakan lalai melakukan tanggungjawab yang diamanahkan??

    kesimpulanya,

    Apa yang teman dapat lihat sekarangni,kegagalan kita adelah berpunca dari setiap base yang ade sebagai pendokong skuad yob sekarangni.Bukanlah sekadar player yang gagal dimedan perang semata-mata.
    Janganlah kita menjadi terlalu kebal untuk dikritik untuk menuju kearah kelebih-mantopan semua sysytem yang ada.

    Marilah kita bersama-sama memperbetulkan keadaan yang mana selamani kita rasakan terdapat banyak sangat lompang-lompang kesilapan dan kenaifan.

    "ditakuti lawan,disegani rakan seangkatan"

    Wallahualam bissawab....

    Nota Dari Admin - YB

    (Walaupun komen CHUCK ni memang tak menepati syarat sepatutnya untuk memberikan komen tapi teman LULUSKAN juga untuk bacaan kita semua termasuk krew dan admin yang lain)

    Likes(0)Dislikes(0)
    1. syidi

      Bagusla komen macam tu. Lantik je Chuck jadi admin. Teman terasa jugak sebab teman pun admin. Bagi pihak teman sendiri, teman mintak maaf sebab ada komitmen lain yang lebih penting.

      Kome2 fahamkan? Admin bukan satu batalion pun. Setiap hari kadang-kadang makan pun miss yob atas sebab TUGAS. Cuba berfikiran lebih matang dan cuba fikir masalah orang lain. Teman tak boleh letakkan priority lain kat depan selain tugas.

      So. Chuck terima kasih banyak2.

      Likes(0)Dislikes(0)
      1. chuck

        Salam..

        Sama-sama Syidi..

        Bukan sebab nak bagi admin terasa atau segala..Tapi apa yang ingin teman sampaikan disini ialah admin kena duduk satu meja bulat dan membincangkan permasalahan ini bersama-sama.

        Sebab teman pahamlah teman tak bantai dan suggest agar pengurusan tertinggi SDN membuat sesuatu agar perjuangan yang selama ini diperjuangkan tidak terkubur ditengah jalan sebegitujer.

        Diharapkan rakan-rakan admin yang lain sedia maklum akan maksud sebenar teman bila kita berbicara tentang perjuangan,pengorbanan ini.

        Sekian..maaf jika artikel teman ini disalahtafsir-ertikan oleh segelintir pihak yang terus melatah tanpa mengambilkira tujuan dan motif utama SDN ditubuhkan..

        Wallahualam bissawab..

        Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.