Liga Super 2011 | Perak Vs Felda United (result)

logo-liga-201.jpg

Sabtu, 2 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 0 Felda United

Perak berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah setelah berjaya menumpaskan Felda United 1-0. Gol hasil jaringan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke 37 sudah cukup untuk Felda United pulang ke Lembah Kelang dengan tangan kosong.

Perak memulakan permainan dengan baik. Buktinya, Perak memperoleh beberapa peluang seawal 10 minit pertama permainan. Sehinggalah pada minit ke 37, Akmal Rizal bijak menyudah hantaran silang Syafiq Jamal dari kanan gol Felda United untuk gol tunggal Perak.

Separuh masa kedua, Perak cuba memperlahankan tempo permainan dan bermain secara bertahan. Buktinya, Felda United mengatur beberapa serangan dan memaksa benteng pertahanan Perak berkerja keras untuk mengekang asakan lawan.

Pertahanan Perak yang diketua Mohd Khairi Zainuddin dilihat kental biar pun diasakan bertali arus sehingga ke minit-minit akhir permainan.

Dengan kemenangan ini, Perak kini mengumpul 16 mata satu mata berbeza dengan pendahulu liga Kelantan dan Selangor ditangga kedua. Kedudukan ketiga liga kini dilihat masih belum selesa kerana saingan masih terbuka untuk menjadi pendahulu liga selepas 8 perlawanan.

Ternyata pertahanan Perak masih kental dengan hanya bolos 2 gol dari 8 perlawanan.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Hisyamuddin Sha’ari
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan (Mohd Syahman Zainuddin)
Chan Wing Hoong
Shahrul Nizam Mustapha (K)(K Nanthakumar)
Mohd Norhazrul Mustafa
Mohd Fazrul Hazli Kadri
Isma Alif Mohd Salim (Mohd Nazri Kamal)
Mohd Syafiq Jamal
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain:

Kelantan (2) V Harimau Muda A (1)
Std Sultan Muhammad Ke IV

Negeri Sembilan(1) V Terengganu (1)
Std Tunku Abd Rahman

Selangor(2) V Pahang(1)
Std Shah Alam

T-Team(3) V Sabah (0)
Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah

Perlis (2) V Johor FC (2)
Std Darul Makmur

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Liga Super 2011 and tagged , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

7 thoughts on “Liga Super 2011 | Perak Vs Felda United (result)

  1. yob_ampunk

    Tahniah kepada pasukan Perak. Semoga Perak dapat mengekalkan momentum kemenangan. Majulah sukan untuk bolasepak perak.

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. belanak

    As Salam warga SDN...

    Tahniah di atas kemenangan pada kali ini... semoga kita akan terus bersinar dan teruskan semangat membara untuk perlawanan seterusnya hari Selasa nanti apabila bertemu dengan Perlis....

    Jangan mudah putus asa.. teruskan asakan demi asakan dan mencipta kejayaan.... kita bakal menggegarkan liga Malaysia musim ini.... Namun begitu kita jangan mudah alpa dan leka... Jangan pandang mudah pada setiap lawan... apa yang penting, semangat satu pasukan dan kekalkan momentum....

    Selamat maju jaya dan Kejor Yob Kejor...
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!
    Apa yang penting... KERJASAMA!

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. active11

    Salam kawan-kawan,
    Ulasan peribadi tentang perlawanan malam tadi.

    Suasana stadium memang riuh dengan ramai penyokong hadir. Tetapi aksi yang dipamerkan Perak agak mengecewakan..barangkali dek padang yang tak berapa cantik.

    Penyerang: Akmal masih boleh diharapkan. Cuma Syafiq yang masih banyak ruang untuk meningkat. Selalu 'off position' bila Perak menyerang. Mujurlah gerakan Syafiq yang membuka ruang untuk Akmal dapatkan jaringan malam tadi. Perlu banyak perlawanan untuk keserasian.

    Tengah: Amat mengecewakan. Tiada gerakan cantik selain daripada Kapten. Bila Kapten asyik kena bentes, tempo Perak juga tempang. Kena jugak ada pemain muda yang berani mencorakkan perlawanan. Risau pula bila Kapten kita tak sempat pulih untuk perlawanan akan datang.

    Pertahanan: Bermula baik dan agak tenang sepanjang perlawanan. Tapi awas...kita belum bertemu pasukan yang benar menyengat seperti Selangor & Kelantan. Banyak kerja rumah perlu dilakukan.

    Penjaga Gol: Ada harapan untuk dipanggil semula untuk aksi Skuad Harimau Malaya. Aksi meyakinkan.

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. chuck

    Assalamualaikum dan tahniahh yob....

    Sungguhpun begitu tingkatkan lagi sentuhan penyudah..
    Berulang kali telah teman kabarin kita mesti mau ada backup striker.

    Game semalam mungkin keypoint untuk cekgu Jan benar-benar diuji selepas ini.Ini berikutan dari 2-3 orang player kita yang injured.

    Diharapkan Razali Umar Kandasamy yang masih lagi berbulan madu dapat kembali mempertajam dan memperkemaskan lagi pasukan.

    Deffend terbaik.Hanya dibolosi 2 bijik dari 8 game MSL.Tahniah sekali lagi.Jika pendekatan pasukan dengan menurunkan kembali all timer sebagai guide line untuk player muda,so far rasanya setakat ini,in progrees..

    Tahniah dan Syabas dari teman......

    Salam Qaulan...

    Likes(0)Dislikes(0)
  5. zizou85

    padang agak teruk ...berbanding perlawanan awal2 liga.

    Pertahanan memang solid, chan wing hoong masih boleh diharapkan sementara, Khairi mengetuai barisan pertahanan dengan kemas. Syazwan dan Hisyamuddin sekiranya pamerkan aksi konsisten pasti boleh disenaraikan ke Skuad Sukan Sea. Aksi Akrobatik Hisyam cukup kemas ketika cuba mengeluarkan bola daripada kawasan bahaya.

    Midfielder - sederhana sahaja. Norhazrul perlu lebih bekerja keras kerana Ong Kim Swee sedang menilai prestasi beliau untuk dimasukkan ke dalam skuad Sukan Sea , begitu juga dengan Fazrul Hazli yang mempamerkan persembahan sederhana.

    Striker - Gandingan baik semasa 1st half. Akmal Rizal masih mempunyai teknik yang amat bagus. Namun speed dan stamina kurang ketika memasuki 2nd half, begitu juga dengan Shafiq Jamal...perlu suntikan pemain berbisa dan lebih pantas seperti Razali. Harap PAFA tidak menggantung karier Razali Umar, kerana khidmatnya amat diperlukan.

    Perak amat baik di posisi pertahanan. namun idea menyerang kurang menjadi serta penyerang tidak pantas..

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.