Monthly Archives: April 2011

Liga Super 2011 | Perak Vs Kedah (result)

logo-liga-201.jpg

Jumaat, 29 April 2011
Satdium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 1 – 3 Kedah

Rekod cemerlang Perak di gelanggang sendiri akhirnya lebur apabila ditumbangkan oleh skuad Kenari malam tadi di Ipoh. Kedah membuka jaringan seawal minit ke 30 melalui Khyril Muhymeen yang pantas menyambar bola yang terbias untuk gol pertama pelawat.

Separuh masa kedua, Firdaus Faudzi menambah gol kedua Kedah apabila berjaya merembat leret melepasi kawalan Nasril Nourdin minit ke 75 sebelum gol ketiga menyusul melalui jaringan sendiri Syazwan Roslan yang menanduk masuk bola sepakan Firdaus Faudzi.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Perak vs Kedah (review)

logo-liga-201.jpg

Jumaat, 29 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Setelah menang bergaya keatas Kuala Lumpur dengan jaringan 5-3, anak buah Cikgu Jan tidak seharusnya leka dengan jaringan balas yang dilakukan Kuala Lumpur tempoh hari.

Tatkala Razali Umar Kandasamy menjadi pemusnah kepada pasukan Kuala Lumpur seawal minit pertama tempoh hari, Kelekaan pertahanan Perak akan terus membawa padah jika terus dibiarkan untuk perlawanan dengan Kedah pada malam ini.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super 2011 | Perak Vs Kuala Lumpur (result)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 26 April 2011
Satdium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Perak 5 – 3 Kuala Lumpur

Perak membenam cabaran pelawat dengan jaringan 5 – 3 apabila Razali Umar membuka tirai jaringan seawal minit ke 2 untuk gol pertama. Kegembiraan penyokong Perak tidak bertahan lama apabila See Kok Luen menanduk cantik untuk gol penyamaan minit ke 14.

Minit ke 33 Perak menambah gol kedua hasil dari kesilapan 2 pertahanan Kuala Lumpur yang diasak oleh Razali Umar dan bola yang cuba dikeluarkan Ahmad Dashila terkena Arman Fareez dan membias masuk ke gawang pelawat.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)

Liga Super | Perak vs Kuala Lumpur (review)

logo-liga-201.jpg

Selasa, 26 April 2011
Stadium Perak, Ipoh
8:45 Malam

Ramai dikalangan penyokong Perak meramalkan kebangkitan Skuad Seladang di Ipoh malam Selasa ini. Perak bagaimana pun perlu berbuat demikian dalam memastikan rekod cemerlang di laman sendiri.

Di Stadium Cheras ketika perlawanan pusingan pertama, Perak berjaya membawa pulang 1 mata setelah terikat 1 – 1 hasil jaringan Syafiq Jamal.

Continue reading

Likes(0)Dislikes(0)