Umum| Wajarkah Razali Umar Kembali?

Razali Bin Umar Kandasamy

Tentu ramai dikalangan penyokong Perak berasa kurang senang apabila terdengar berita tentang kehilangan ‘The Tornado’ yang menjadi pujaan suatu masa dulu. Agak mengecewakan seorang anak muda yang berbakat besar seperti beliau terpaksa diketepikan gara-gara masalah disiplin.

Jika kita perhatikan, Razali Umar Kandasamy adalah seorang pemain yang pernah memikat Pengendali Skuad Kebangsaan K Rajagobal suatu masa dulu. Sememangnya disahkan beliau hebat! Namun begitu, beliau gagal memanfaatkan kepercayaan berkenaan dan terpaksa digugurkan. Puncanya, DISIPLIN.

Sejak kebelakangan ini kecoh dikalangan penyokong Perak bercakap berkenaan ‘The Tornado’ ini. Beliau dikatakan telah disingkirkan oleh PAFA atas masalah DISIPLIN. Itu lah tindakan yang sewajarnya diambil ke atas beliau. Sesungguhnya, dalam kehidupan kita seharian perlu ada DISIPLIN.

Beliau dikatakan tidak pernah turun latihan sejak 9 Mac 2011 yang lalu. Sebelum ini pun beliau sering berbuat demikian dan memberi pelbagai alasan.

Pelbagai maklumbalas kita dapat dengar daripada penyokong. Namun begitu, kebanyakannya kecewa dengan apa yang berlaku, terutama tentang sikap insan yang bernama RAZALI UMAR KANDASAMY ini. Alangkah bahagianya jika Razali Umar seorang yang berdisiplin seperti pemain-pemain lain. Bayangkan jentera serangan Perak dikala ini. Sudah pasti digeruni pihak lawan sebilang masa.

Jadi, wajarkah Razali Umar Kandasamy diberi kata dua dan kembali ke Pangkuan Perak? Sila nyatakan pendirian anda melalui undian di bawah:

Wajarkah Razali Umar Kandasamy Diberi Kata Dua Dan Kembali Ke Pangkuan Perak

  • Wajar dan Bersyarat (76% Votes)
  • Wajar (6% Votes)
  • Tidak Wajar (18% Votes)

% Voters Result

Loading ... Loading ...

 

Rumusan Undian:

 

Ternyata Razali Umar Kandasamy masih diperlukan untuk pasukan Perak. Namun begitu, 76% daripada penyokong Perak mengharapkan beliau kembali ke pangkuan Perak tetapi perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan PAFA. Syarat berkenaan, bukanlah syarat yang terlalu mendesak, akan tetapi ianya berteraskan Disiplin yang perlu dipatuhi beliau.

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi memberi kerjasama dalam kita memastikan pasukan kesayangan kita terus maju dan kembali disegani dipersada sukan bolasepak Malaysia.

By: SyidiBlack

Likes(0)Dislikes(0)

5 thoughts on “Umum| Wajarkah Razali Umar Kembali?

  1. active11

    Wajar BERSYARAT..
    Beliau wajar diberi peluang kerana masih darah muda..kadangkala ada tindakan yang kurang matang dan memeningkan kepala banyak pihak.

    Ketidakhadiran dalam latihan perlu diperbaiki dan pihak pengurusan wajib menyelidik mengapa dan kenapa beliau bertindak demikian.

    Andai beliau tidak berminat bermain untuk PERAK, kewajaran untuk kembali harus ditarik balik. Dan biarkan dia pergi tak kembali..

    Kami ada satu pasukan untuk disokong!!!! PERAK

    Likes(2)Dislikes(0)
  2. syidi Post author

    Salam.

    Pada teman Razali ni kurang motivasi diri. Sikap dia perlu diubah agar setara dengan pemain-pemain lain yang dah berjaya. Mungkin dia ada masalah yang amat kritikal siapa tahu?

    Tapi dia gagal manage dan tidak tahu untuk meletakkan keutamaan dalam membuat sesuatu keputusan. Selalu ambik jalan mudah untuk keluar dari masalah. Sedangkan keputusan itu membuat sebelah lagi pihak (kita/Pafa) tidak senang.

    Jadi Razali, lepas ni harap sedar dengan apa yang telah mike buat selama ni. Hargai masa yang ada ni sebaiknya. Mike Hebat, jangan biarkan kerana masalah peribadi kehebatan anda luput dan hilang macam tu je.

    Likes(0)Dislikes(0)
  3. zizou85

    Razali Umar telah pun diberi lampu hijau untuk kembali ke pangkuan pasukan selepas pertemuan dengan presiden kelab. Nampaknya presiden kelab sendiri mempunyai harapan yang cukup tinggi kepada Razali, apatah lagi Razali Umar seorang pemain yang cukup berbakat dan anak kelahiran Perak yang pasti sentiasa mampu menarik penonton ke stadium.

    Beliau baru sahaja berkahwin , dan seharusnya perlu lebih bertanggungjawab serta matang dalam membuat sebarang keputusan.

    Kepercayaan pasukan, pengurusan dan peminat seharusnya dibayar dengan komitmen serta prestasi yang cemerlang di atas padang.

    Show your real potential , Razali....

    Likes(0)Dislikes(0)
  4. yob_ampunk

    Semoga Razali dapat kembali ke pangkuan pasukan Perak dan menunjukkan disiplin yang baik seterusnya dapat membantu pasukan Perak untuk memenangi sekurang-kurang 1 piala tahun ini.

    Likes(1)Dislikes(0)

Comments are closed.