Piala F.A. | Terengganu vs Perak(result)

Liga Malaysia 2011

Sabtu 19 Mac 2011
Stadium Sultan Nasiruddin Shah
8:45 malam

Terengganu 3 - 1 Perak

(Agregate 5-4)

Terengganu memadamkan bayangan laluan Perak ke Separuh Akhir Piala FA 2011 setelah berjaya bangkit dari kekalahan 2-3 di Ipoh tempohari dengan kemenangan 3-1 di laman sendiri malam tadi.

Namun begitu, tempo permainan agak terganggu dengan masalah lampu limpah yang sering terpadam sebelum dan semasa perlawanan berlangsung.

3 gol masing-masing hasil jaringan Reesyafiq Alwi minit ke 30, Abdul Manaf Mamat minit ke 53 dan Abd Hadi Yahya minit ke 80 sudah cukup untuk mereka ke Separuh Akhir menentang Pahang pada 13 Mei dan 16 Mei 2011 akan datang. Gol saguhati Perak hadir pada minit ke 75 hasil jaringan penyerang berbisa Perak Akmal Rizal Rakhli.

Kekalahan ini merupakan kekalahan pertama Perak untuk musim 2011. Pertembungan Perak dan Terengganu boleh lah diibaratkan ‘buku bertemu ruas’ yang benar-benar mencabar kewibawaan pemain dan pengendali Perak Norizan Bakar. Ini merupakan platfom terbaik Perak membuat ‘post mortem’ demi kebaikan pasukan di masa akan datang.

Keputusan Lain:

Felda United(2)0 - 3 (2)Kelantan
Stadium PBKL, Cheras

Johor FA(1)1 - 2(3) Selangor
Stadium Larkin

Pahang(2)0 – 0 (1)Kuala Lumpur
Stadium Darulmakmur

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2011 and tagged , , on by .

About syidi_black

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Piala F.A. | Terengganu vs Perak(result)

  1. mie

    As Salam,

    Tahniah kepasukan pasukan-pasukan yang telah layak ke separuh akhir.. Tahniah juga kepada pasukan perak kerana menunjukkan semangat dan displin yang tinggi di Stadium Sultan Nasirudin Shah semalam. Perlawanan semalam sebenarnya banyak banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang berguna untuk perlawanan-perlawanan akan datang.. bukan mata dan jgn terus mendongak ke
    langit lagi. masih panjang lagi perjanan perak tahun ni.. masih banyak lagi pasukan yang belum perak temui.. dengan masa yang ada ni, diharapkan, cikgu jan dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada untuk terus memberikan permainan yang lebih bermutu.. kalah menang adat permainan.. yang penting, peminat Kejor yob kejor terhibur dengan permainan anda.. kami sentiasa berada di belakang Perak walau kalah walau mng.. Perak!!!!!

    Likes(0)Dislikes(0)
  2. Raul hashim

    Kalah penuh maruah..itu yang dapat disimpulkan kekalahan kepada terengganu kelmarin. Pemain perak telah berusaha bersungguh-sungguh namun nasib tidak menyebelahi kita.Tahniah kepada team perak..Harap jangan mudah putus asa..Kita bangkit kembali seperti harimau terluka...Bota mali tarak combong..Luv Perak forever..Viva perak

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.