Piala F.A. | Terengganu vs Perak (review)

Liga Malaysia 2011

Sabtu 19 Mac 2011
Stadium Sultan Nasaruddin Shah
8.45 malam

Biar pun Perak berjaya mengatasi Terangganu di Ipoh tempohari dengan jaringan 3-2 ianya masih dianggap tidak cukup sebagai bekalan selesa untuk ke Kuala Terengganu Sabtu nanti.

Pengendali Perak Norizan Bakar dilihat sebagai orang penting yang akan menjadi tumpuan dalam perlawanan akan datang. Percaturan yang baik akan mencetuskan impak yang efektif dalam memastikan Perak mara ke peringkat seterusnya.

Biarpun Perak memiliki 3 gol hasil perlawanan di Ipoh, Terengganu dilihat memiliki sedikit kelebihan setelah berjaya mendapatkan 2 gol di tempat lawan. Namun begitu, berdasarkan rekod, Perak dilihat berkelebihan dengan syarat mengekalkan rekod tanpa kalah. Pihak lawan sudah semestinya akan memikir formula untuk merobek pertahanan Perak.

Jika dilihat prestasi terkini Perak, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tinggal lagi para pemain untuk membuktikannya di Kuala Terengganu nanti.

Perlawanan lain:

19 Mac 2011

Pahang (2) vs Kuala Lumpur (1)
Stadium Darulmakmur

Johor(1) vs Selangor (3)
Stadium Larkin

Felda United (2) vs Kelantan (2)
Stadium PBKL, Cheras

Likes(0)Dislikes(0)
This entry was posted in Piala FA 2011 and tagged , , , on by .

About syidi

Anak Jati Perak Yang Ingin Berjasa. Perak Adalah Tempat Tumpah Darahku, Bumi Kg Permatang Raja menjadi Saksi Kelahiran ku. Kini Aku merantau ke Segenap Bumi Malaysia membawa Diri Mencari Rezeki Untuk Sesuap Nasi Tanpa Melupakan Siapa Diri dan Dari mana Asal-Usulku. Bumi Perak Darul Ridzuan Tetap Aku Kenang Sampai Mati dan Aku sentiasa merinduinya Tika diperantauan.

2 thoughts on “Piala F.A. | Terengganu vs Perak (review)

  1. zizou85

    Jika Perak mampu kekalkan rekod tanpa kalah. pasti pasukan kita akan ke final.

    Jika dilihat pada permainan tempoh hari, Terengganu melancarkan serangan yang lebih berbahaya berbanding Perak. Kita harus mengetatkan lagi pertahanan dan mencari gol awal bagi melemahkan motivasi pihak lawan

    Likes(0)Dislikes(0)

Comments are closed.